ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 10, 2024 -Jumaat

 
  MARY KAY INC. MENYERLAHKAN PEMULIHARAAN TERUMBU KARANG PADA HARI SEGITIGA TERUMBU KARANG 2022

Friday 10/06/2022



Table
Papua New Guinea ©Mark Godfrey (Foto: Mary Kay Inc.)

HONG KONG, 10 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Segitiga Terumbu Karang adalah nadi antarabangsa bagi terumbu karang dan penghubung hayat bagi lautan kita. Untuk meraikan Hari Segitiga Terumbu Karang, Mary Kay, sebuah penyokong kelestarian global, menjelaskan usaha yang sedang dilakukan untuk memulihara kesihatan rantau ini yang penting bagi kesihatan keseluruhan dunia kita. 
 
Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20220609005686/en/ 


Segitiga Terumbu Karang, yang menempatkan lebih 120 juta orang, merupakan satu sumber makanan dan kepelbagaian biologi yang penting untuk planet ini. Perairan Indonesia, Malaysia, Papua New Guinea, Filipina, Pulau Solomon, dan Timor-Leste setakat ini merupakan ekosistem yang paling pelbagai dan produktif di lautan oleh itu menjadikannya lebih dikenali sebagai hutan hujan bagi lautan. “Segitiga Terumbu Karang mempunyai kepelbagaian karang yang paling tinggi di dunia. Hampir 80% spesies karang dunia ditemui di sana. Lima belas spesies karang adalah endemik di rantau itu, bermakna ia tidak ditemui di tempat lain di planet ini,” kata Dr. Elizabeth Mcleod, yang mengetuai usaha pemuliharaan terumbu untuk The Nature Conservancy. “Kawasan ini juga merupakan tempat bagi kepelbagaian ikan terumbu karang yang paling tinggi di dunia, termasuk tiga puluh tujuh peratus daripada spesies ikan terumbu karang dunia, dan 56% daripada ikan terumbu karang di rantau Indo-Pasifik. Perkongsian kami dengan pembiaya seperti Mary Kay membolehkan TNC dan rakan kongsi tempatan kami untuk memulihkan dan melindungi kawasan terumbu karang yang kritikal ini.”

Menyedari kepentingan ekosistem yang berharga ini dan kepelbagaian biologinya yang luas, enam buah negara yang membentuk Segitiga Terumbu Karang itu bergabung untuk memberi tumpuan kepada pemuliharaan kawasan itu. The Nature Conservancy, dengan sokongan daripada Mary Kay, telah mewujudkan inisiatif pemuliharaan peringkat serantau yang mempunyai impak yang ketara ke atas wilayah tersebut. Selama lebih dua dekad, TNC telah mewujudkan program negara yang kukuh di Indonesia, Papua New Guinea dan Kepulauan Solomon sambil mengembangkan perkongsian yang boleh dipercayai dengan komuniti, perniagaan dan kerajaan tempatan. Usaha meluas telah dilakukan untuk mewujudkan rangkaian Kawasan Perlindungan Marin merentasi Segitiga Terumbu Karang. Di Papua New Guinea dan Kepulauan Solomon, perancangan ‘Ridges to Reefs’, yang menyatukan pengetahuan tempatan dan sains terbaik yang ada, telah disokong dan dibangunkan untuk memudahkan pengurusan sumber marin dan pantai yang mapan.

The Nature Conservancy juga bekerjasama secara kolektif dengan Inisiatif Segitiga Terumbu Karang, satu perkongsian pelbagai hala oleh enam buah negara yang bekerjasama untuk mengekalkan sumber pantai dan marin, bagi memastikan bahawa sebuah platform yang responsif dan inklusif gender untuk pemuliharaan diwujudkan. Dengan sokongan Mary Kay, usaha telah dilakukan untuk memartabatkan program yang diterajui oleh wanita di Segitiga Terumbu Karang termasuk pemuliharaan berasaskan peribumi dan komuniti di Indonesia. Kejayaan pemuliharaan yang ketara telah dicapai hasil daripada inisiatif ini untuk memajukan penyelesaian bagi pengurusan sumber asli dan penyesuaian perubahan iklim. Keutamaan pemuliharaan penting di Indonesia termasuk: Raja Ampat, Laut Savu, Wakatobi, dan Berau; kawasan ini mempunyai nilai pemuliharaan yang tinggi dan sangat penting untuk menyokong kehidupan tempatan.

Melalui pemuliharaan berasaskan komuniti yang strategik, kita sebagai sebuah komuniti global boleh melindungi saki baki terumbu karang yang ada di planet ini dan memastikan lautan yang sihat dan berkembang maju untuk generasi akan datang. Sertai kami ketika kami meraikan usaha mendalam yang dilakukan di Segitiga Terumbu Karang, yang setara dengan keadaan dalam air di Amazon.

Maklumat mengenai The Nature Conservancy

The Nature Conservancy adalah sebuah organisasi pemuliharaan global yang berdedikasi kepada memulihara tanah dan perairan yang menjadi tempat bergantung semua kehidupan. Dengan berpandukan sains, kami mencipta penyelesaian yang berinovatif dan di lapangan untuk cabaran kami yang paling sukar di dunia agar alam semula jadi dan manusia boleh berkembang maju bersama. Kami menangani perubahan iklim, memulihara tanah, perairan dan lautan pada satu skala yang belum pernah berlaku sebelum ini, menyediakan makanan dan air secara mapan dan membantu menjadikan bandar raya lebih mapan. Berusaha di 79 buah negara dan wilayah, kami menggunakan satu pendekatan kolaboratif yang membabitkan komuniti tempatan, kerajaan, sektor swasta dan rakan kongsi yang lain. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari www.nature.org atau ikuti @nature_press di Twitter.

Maklumat mengenai Mary Kay

Satu daripada pemecah glass ceiling yang asal atau yang merujuk kepada kesukaran kaum wanita untuk naik pangkat ke peringkat lebih tinggi, Mary Kay Ash telah mengasaskan syarikat kecantikan impiannya pada tahun 1963 dengan satu matlamat: memperkayakan kehidupan wanita. Impian itu telah berkembang menjadi sebuah syarikat bernilai berbilion dolar dengan berjuta-juta anggota tenaga jualan persendirian di hampir 40 buah negara. Sebagai sebuah syarikat pembangunan keusahawanan, Mary Kay komited untuk memperkasakan wanita dalam perjalanan mereka melalui pendidikan, bimbingan, advokasi, rangkaian dan inovasi. Mary Kay berdedikasi untuk melabur di dalam sains di sebalik kecantikan dan pembuatan penjagaan kulit, kosmetik warna, pemakanan tambahan dan wangi-wangian yang berinovatif. Mary Kay percaya dalam memperkayakan kehidupan hari ini untuk hari esok yang lestari, dengan bekerjasama bersama organisasi dari seluruh dunia dengan memberi tumpuan kepada menggalakkan kecemerlangan perniagaan, menyokong penyelidikan kanser, memajukan kesaksamaan jantina, melindungi mangsa yang terselamat daripada penderaan rumah tangga, mencantikkan komuniti kita dan menggalakkan kanak-kanak untuk mengikuti impian mereka. Ketahui lebih lanjut di marykayglobal.com, cari kami di FacebookInstagram, dan LinkedIn atau ikuti kami di Twitter
 
 
Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20220609005686/en/


Hubungi

Komunikasi Korporat Mary Kay Inc.
marykay.com/newsroom
972.687.5332 atau media@mkcorp.com

Sumber : Mary Kay Inc.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.