ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Disember 17, 2024 -Selasa

 
  AGROBANK MENJADI RAKAN PENAJA KARNIVAL BEKWOH, SANTUNI KOMUNITI SETEMPAT DI TUMPAT, KELANTAN DENGAN PELBAGAI PENGISIAN PROGRAM MENARIK

Monday 13/06/2022



Table

Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin, Presiden/ Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank ketika menyempurnakan simbolik pelepasan atau ‘flag off’ Siri Konvoi Kereta Volkswagen di Pantai Geting, Tumpat, Kelantan pada 11 Jun 2022.  


TUMPAT, 13 Jun (Bernama) -- Agrobank dengan kerjasama Kelab Pemilik Volkswagen Klasik Kelantan, menjadi rakan penaja Karnival Bekwoh di Pantai Geting, Tumpat, Kelantan sepanjang 11 – 13 Jun 2022.

Karnival yang berlangsung selama tiga hari dua malam itu sarat dengan pelbagai pengisian dan aktiviti menarik berkonsepkan kekeluargaan seperti sukaneka kanak-kanak, sukan pantai, persembahan kebudayaan seperti dikir barat, wayang kulit, gerai jualan dan promosi serta pameran khas kereta Volkswagen klasik yang dipamerkan sepanjang karnival itu berlangsung.

Karnival ini turut dimeriahkan lagi dengan siri konvoi 350 buah kereta Volkswagen klasik dengan penyertaan lebih 600 orang peserta daripada seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak serta Indonesia dan Thailand ke lokasi tumpuan pelancong menarik di sekitar Kelantan seperti Masjid Kg Laut yang merupakan masjid tertua di Asia Tenggara.

Simbolik pelepasan atau ‘flag off’ siri konvoi ini telah disempurnakan oleh Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin, Presiden/ Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank.

Mengulas mengenai penyertaan Agrobank dalam karnival ini, Tengku Ahmad Badli berkata, program yang disertai oleh Agrobank bersempena musim cuti sekolah ini adalah sebahagian daripada inisiatif berterusan Agrobank untuk menyantuni dan mendekati komuniti setempat di Kelantan dan sekaligus meningkatkan kesedaran tentang produk dan perkhidmatan kewangan Agrobank dalam kalangan masyarakat.

“Program yang berlangsung selama tiga hari dua malam ini pastinya merupakan platform yang terbaik buat Agrobank untuk mendekati komuniti setempat di Tumpat, Kelantan secara santai dan meningkatkan kesedaran mereka akan jenama dan produk serta solusi kewangan Agrobank yang patuh syariah, merentasi pelbagai segmen pelanggan termasuk pelanggan korporat, komersial, konsumer, pembiayaan perdagangan dan pembiayaan mikro.”

“Kaunter promosi Agrobank turut dibuka di tapak karnival dan beroperasi sepanjang hari bagi memudahkan para peserta karnival dan penduduk setempat mendapatkan maklumat terkini mengenai produk dan perkhidmatan yang ditawarkan Agrobank seperti pembukaan akaun deposit, Takaful Kasih Plus, dan program-program pembiayaan Agrobank berkaitan sektor pertanian dan agromakanan yang begitu sinonim dengan aktiviti ekonomi komuniti setempat di Kelantan,” tambah beliau lagi.

Penduduk setempat di Tumpat dan di sekitarnya telah hadir untuk memeriahkan karnival serta turut singgah di kaunter Agrobank untuk menyertai pelbagai aktiviti yang menawarkan pelbagai hadiah menarik menanti pengunjung bertuah.

Mengenai Agrobank

Agrobank adalah peneraju dalam pembiayaan pertanian dan perbankan berasaskan nilai (VBI)* di Malaysia. Ditubuhkan pada 1969, Agrobank terlibat secara aktif mencatatkan pertumbuhan dan pembangunan industri pertanian di Malaysia dengan menawarkan produk dan solusi kewangan yang patuh syariah merentasi pelbagai segmen pelanggan termasuk pelanggan korporat, komersial, konsumer, pembiayaan perdagangan dan pembiayaan mikro. Agrobank merupakan sebuah institusi perbankan Islam sepenuhnya sejak 1 Julai 2015.

Sebagai sebuah IKP (Institusi Kewangan Pembangunan) yang berorientasikan pelanggan, fokus utama Agrobank adalah untuk mengukuhkan sektor pertanian. Justeru itu, Agrobank beriltizam untuk bergerak seimbang dalam melaksanakan peranan pembangunan dan komersialnya bagi memanfaatkan sektor pertanian. Agrobank menyediakan solusi pembiayaan yang menyeluruh untuk komuniti pertanian; merangkumi aktiviti huluan seperti bekalan input pengeluaran pertanian dan untuk aktiviti hiliran seperti pemprosesan, pemasaran dan jualan produk pertanian kepada pengguna.

Agrobank juga menawarkan penyelesaian pembiayaan perbankan runcit untuk meningkatkan taraf kehidupan komuniti-pertanian. Ini dapat dilaksanakan menerusi kesemua 207 buah rangkaian untuk pelanggan Bank merangkumi 140 cawangan, 32 kiosk, 19 pusat perdagangan dan 16 rangkaian perbankan.

Pada tahun 2019, Agrobank meraikan ulang tahun Jubli Emas menandakan 50 tahun penubuhannya membangunkan industri agro.

www.agrobank.com.my

*VBI atau perantaraan berasaskan nilai merupakan satu inisiatif daripada Bank Negara Malaysia (BNM) yang bertujuan untuk menambah nilai produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh institusi kewangan Islam bagi menggalakkan keusahawanan, kesejahteraan komuniti, kelestarian alam sekitar dan pertumbuhan ekonomi tanpa mengabaikan pulangan kepada para pemegang saham.

Dikeluarkan oleh Jabatan Komunikasi Korporat, Agrobank

SUMBER: Agrobank

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI: 
Nama: Shahreen Rahim
Ketua Bahagian Perhubungan Awam
Jabatan Komunikasi Korporat, Agrobank
Tel: 03-2731 1660 / +6012-943 6217
E-mel: shahreen.rahim@agrobank.com.my

Nama: Syarifah Syameen Syed Johari
Eksekutif Kanan, Perhubungan Awam
Jabatan Komunikasi Korporat, Agrobank
03-2731 1652 / +6012-310 1766
E-mel: syameen@agrobank.com.my

--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.