ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Oktober 28, 2024 -Isnin

 
  TOKIO MARINE NORTH AMERICA SERVICES (TMNAS) MENGUMUMKAN KERJASAMA BAHARU DENGAN AKUR8 UNTUK MEMPERKUKUHKAN PROSES PENENTUAN HARGA MEREKA

Tuesday 14/06/2022



NEW YORK & BALA CYNWYD, Pa., 14 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Tokio Marine North America Services (TMNAS) dan Akur8 sangat teruja untuk mengumumkan perkongsian baharu mereka, yang menguat dan memperkenalkan keupayaan penentuan harga insurans di TMNAS di dalam pasaran operasi utama mereka. Dengan menggunakan Akur8, TMNAS akan dapat menukar data kepada tindakan pengunderaitan dengan menyediakan model ramalan merentasi semua barisan produk berikutan penggunaan teknologi Pembelajaran Mesin Telus (ML) Akur8. Kerjasama ini mengukuhkan jejak kehadiran Akur8 di Amerika Utara, sebuah wilayah strategik.

Dibangunkan secara khusus untuk penanggung insurans, penyelesaian Akur8 meningkatkan proses penentuan harga dengan mengautomasikan pemodelan risiko dengan menggunakan teknologi ML telus proprietari. Faedah teras untuk penanggung insurans termasuk peningkatan kecekapan dan kepantasan untuk mendapatkan maklumat untuk penemuan dan penilaian data yang lebih pantas, dan keupayaan pemodelan ramalan lanjutan walaupun dengan set data yang kecil dan bising yang membuka jalan ke arah pengunderaitan yang dipacu oleh data, sambil mengekalkan ketelusan dan kawalan penuh bagi model yang diwujudkan.

Tokio Marine North America Services (TMNAS) ialah sebahagian daripada Kumpulan Tokio Marine, satu daripada kumpulan insurans terbesar di dunia, dan menyediakan perkhidmatan profesional yang menyokong operasi insurans bagi syarikat Kumpulan Tokio Marine, termasuk Philadelphia Insurance, Tokio Marine America dan First Insurance Company of Hawaii. Di Amerika Syarikat, Kumpulan Tokio Marine adalah di antara penyedia insurans korporat terkemuka, dan menerajui pasaran insurans khusus. Dengan bekerjasama bersama Akur8, TMNAS memperkukuhkan keupayaan penentuan harga mereka dengan membina model-model ramalan dengan cepat untuk mengekstrak isyarat terbaik daripada data dan mengenal pasti pandangan baharu, dan akhirnya dengan menyampaikan keluaran yang telus kepada penaja jamin.

“Kami sangat teruja untuk menyokong TMNAS dalam perjalanan transformasi digital mereka dengan melengkapkan mereka dengan satu penyelesaian penentuan harga insurans yang berkuasa yang membantu membina satu kelebihan daya saing sebenar merentasi bidang perniagaan mereka, dengan model-model ramalan yang intuitif dan mudah dijelaskan,” kata Samuel Falmagne, Ketua Pegawai Eksekutif di Akur8.

“Akur8 teruja untuk mengembangkan perkongsian kami dengan Kumpulan Tokio Marine melalui TMNAS dan terus mengembangkan kehadiran kami di Amerika Utara, sebuah pasaran yang sangat strategik untuk kami. Perkongsian ini adalah bukti tambahan tentang kaitan Akur8 merentasi bidang perniagaan - barisan peribadi, komersial dan khusus,” kata Brune de Linares, Ketua Pegawai Pelanggan di Akur8.

“Pengautomatan, pendigitalan dan pemudahan bagi proses perniagaan dan teknologi utama telah menjadi pendekatan utama bagi kami ketika kami memperoleh kecekapan operasi dan berusaha untuk penyelesaian baharu dan berinovatif. Memanfaatkan teknologi baharu dan penyedia penyelesaian terbaik dalam kelasnya yang muncul untuk mempercepatkan inovasi adalah satu bahagian penting di dalam strategi kami. Akur8 membawa kedua-dua teknologi yang unik dan kepakaran mendalam yang bersama-sama menguatkan nilai yang disampaikan dalam fungsi-fungsi utama, seperti penentuan harga, di mana kami telah lama kukuh. Mereka menjadikan kami lebih baik, menyediakan alat untuk lincah dan tepat pada masanya dalam sebuah pasaran yang berubah-ubah, di mana kelajuan dan kualiti penting dalam bahagian yang sama,” kata Robert Pick, Naib Presiden Eksekutif & Ketua Pegawai Maklumat di TMNAS.

“Penyelesaian penentuan harga insurans Akur8 akan membolehkan TMNAS untuk membina model ramalan yang intuitif dan mudah dijelaskan merentasi semua produk, memberikan pandangan baharu untuk penaja jamin. Sebagai sebuah syarikat perkhidmatan yang dikongsi, adalah penting bagi kami untuk dapat menterjemahkan maklumat ramalan kepada langkah-langkah yang berguna bagi pelanggan kami. Akur8 akan membantu kami mengisi komponen yang hilang untuk melengkapkan rangka kerja bagi membuat keputusan yang telus dan dipacu oleh data,” kata John Ferraro, Naib Presiden Kanan & Aktuari Penentuan Harga di TMNAS.

Maklumat mengenai Akur8

Akur8 sedang merevolusikan penentuan harga insurans dengan Pembelajaran Mesin Telus, meningkatkan keupayaan penetapan harga syarikat insurans dengan kelajuan dan ketepatan yang tidak pernah berlaku sebelum ini merentasi proses penetapan harga tanpa menjejaskan kebolehauditan atau kawalan. Platform harga modular kami mengautomasikan pemodelan premium teknikal dan komersial. Ia memberi kuasa kepada penanggung insurans untuk mengira kadar yang diselaraskan dan tepat selaras dengan strategi perniagaan mereka sambil memberi kesan material kepada perniagaan mereka dan mengekalkan kawalan mutlak bagi model yang dicipta, seperti yang dikehendaki oleh pengawal selia negeri. Dengan Akur8, masa yang dihabiskan untuk pemodelan dikurangkan sebanyak 10x, kuasa ramalan model meningkat sebanyak 10% dan potensi peningkatan nisbah kerugian dirangsang sebanyak 2-4%. Akur8 sudahpun melayani lebih 50 pelanggan di lebih 20 buah negara, termasuk AXA, Generali dan Munich Re; penanggung insurans khusus Canopius  dan MGA Bass Underwriters; rakan perunding Xceedance dan Perr & Knight; dan insurtech Bought by Many dan wefox. Lebih 600 aktuari menggunakan Akur8 setiap hari untuk membina model penentuan harga mereka merentasi semua bidang perniagaan. Perkongsian strategik Akur8 termasuk Milliman, Duck Creek, Guidewire dan Sapiens.

Akur8 baru-baru ini telah menyiapkan satu kertas saintifik baharu mengenai Kredibiliti dan Regresi yang Dihukum. Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut: https://bit.ly/Akur8-Credibility-and-Penalized-Regression

Maklumat mengenai Tokio Marine North America Services (TMNAS).

Tokio Marine North America Services (TMNAS) telah ditubuhkan pada tahun 2012 sebagai syarikat perkhidmatan dikongsi untuk Tokio Marine North America. Dengan ibu pejabat yang terletak di luar Philadelphia di Bala Cynwyd, Pennsylvania, TMNAS menyediakan perkhidmatan profesional yang menyokong operasi insurans bagi syarikat-syarikat Kumpulan Tokio Marine, termasuk Philadelphia Insurance, Tokio Marine America dan First Insurance Company of Hawaii, dengan penyelesaian yang berinovatif dan peneraju pasaran merentasi kawasan perkhidmatan yang menyokong lebih daripada 4,000 orang dan hasil premium tahunan sebanyak $5 bilion. TMNAS diiktiraf sebagai sebuah tempat kerja utama di kedua-dua peringkat serantau dan di dalam industri insurans. TMNAS bekerjasama dengan penyedia perkhidmatan dan teknologi terkemuka pasaran di Amerika Syarikat, Jepun, Eropah, India dan Amerika Tengah untuk beroperasi pada skala, kelajuan, kualiti dan tahap kecemerlangan yang sesuai dengan sejarah 150 tahun bagi Kumpulan Tokio Marine.

Galeri Foto/Multimedia Tersedia:
https://www.businesswire.com/news/home/52739147/en

Hubungi

Media
Bagi pihak Akur8
Heide Sacher
AKUR8
+1 908-977-6526
heide.sacher@akur8.com

Bagi pihak Tokio Marine North America Services (TMNAS)
Bill Procopio
Penolong Naib Presiden bagi Komunkikasi Korporat
610.538.2279
Bill.Procopio@tmnas.com

Sumber : Akur8

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.