ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Oktober 28, 2024 -Isnin

 
  TOSHIBA BEKERJASAMA DENGAN FARNELL UNTUK MEMPERKUKUHKAN RANTAIAN BEKALAN BAGI SEBUAH RANGKAIAN LANJUTAN BAGI PRODUK BAHARU DAN BERINOVATIF

Wednesday 15/06/2022



Perkongsian global yang diperluaskan akan meningkatkan rangkaian semikonduktor kuasa berinovatif dan peranti diskret yang ditawarkan oleh Farnell

KAWASAKI, Jepun, 15 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation (“Toshiba”) hari ini mengumumkan bahawa Toshiba Electronics Europe GmbH, anak syarikat jualan dan pemasaran mereka di Eropah, telah melanjutkan perhubungan mereka dengan Farnell, sebuah pengedar global bagi komponen, produk dan penyelesaian elektronik yang berdagang sebagai Farnell di Eropah, Newark di Amerika Utara dan element14 di seluruh Asia Pasifik. Hasil daripada perjanjian ini, Farnell akan menyimpan lebih banyak stok produk Toshiba dalam kuantiti yang lebih besar, meningkatkan sokongan mereka terhadap rantaian bekalan pelanggan Toshiba.

Penyusunan baharu itu terhasil daripada satu keinginan oleh kedua-dua syarikat untuk mencerminkan penyelesaian peneraju pasaran Toshiba untuk pelbagai pasaran / aplikasi termasuk automotif, perindustrian, Internet Benda (loT), kawalan pergerakan, telekomunikasi, rangkaian, pengguna dan aplikasi barangan putih. Akan terdapat peningkatan tumpuan terhadap kekuatan Toshiba termasuk penyelesaian kuasa dan kawalan motor lanjutan. 

Portfolio Farnell akan kini berkembang untuk memasukkan lebih banyak peranti Toshiba yang paling berinovatif, merangkumi kira-kira 800 produk menjelang akhir tahun dan terus meningkat kepada 1,000 item pada tahun 2023. Tumpuan akan diberikan pada optocoupler dan geganti Toshiba, MOSFET bervoltan rendah dan tinggi, IGBT diskret , diod dan transistor isyarat kecil, alat kawal atur voltan, peranti logik dan penyelesaian kawalan motor. 

Mengulas mengenai perkongsian yang dipertingkatkan itu, Ian Wilson, Pengurus Kanan - Pengedaran Jualan - di Toshiba Electronics Europe GmbH berkata: “Dalam masa kekurangan global ini adalah penting untuk mengukuhkan sokongan kami bagi memenuhi ketersediaan produk dan keperluan sokongan bagi komuniti kejuruteraan yang berterusan untuk mereka bentuk, melayakkan, menaik taraf dan membaiki dengan komponen terkini. Kami amat gembira untuk melihat beberapa daripada produk kami yang lebih berinovatif tersedia melalui Farnell.” 

Simon Meadmore, Naib Presiden bagi Pengurusan Produk dan Pembekal di Farnell menambah: “Farnell mempunyai hubungan jangka panjang yang berjaya dengan Toshiba, dan ini adalah masa yang sesuai untuk mengembangkan rangkaian kami dengan jenama yang kukuh, berinovatif dan dihormati ini. Pelanggan kami kini boleh menikmati ketersediaan yang dipertingkatkan bagi produk Toshiba, ditambah dengan akses pantas kepada teknologi baharu ke pasaran. Perjanjian baharu itu mengukuhkan perhubungan keseluruhan di antara Toshiba, Farnell dan Kumpulan Avnet. Kami komited untuk secara kerap melancarkan peranti baharu untuk meningkatkan portfolio sedia ada kami daripada Toshiba.” 

Sama dengan keinginan Toshiba untuk menyediakan sokongan teknikal yang sangat baik kepada pangkalan pelanggan kejuruteraan mereka, Farnell menawarkan akses percuma kepada pelbagai sumber dalam talian teknikal, lembaran data, nota aplikasi, video, webinar dan sokongan teknikal 24/5. 

Rangkaian produk Toshiba yang semakin meningkat kini disokong, disediakan dan tersedia untuk penghantaran pantas dari Farnell di EMEA, Newark di Amerika Utara dan element14 di APAC.

* Nama syarikat, nama produk dan nama perkhidmatan adalah merupakan tanda perniagaan bagi syarikat mereka masing-masing.
* Maklumat di dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah tepat pada tarikh pengumuman itu tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.
 
Maklumat mengenai Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
 
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation, sebuah pembekal terkemuka bagi penyelesaian semikonduktor dan penyimpanan termaju, menggunakan lebih dari setengah abad pengalaman dan inovasi untuk menawarkan kepada pelanggan dan rakan perniagaan dengan produk semikonduktor diskret, sistem LSI dan HDD yang terunggul.
 
Seramai 23,000 orang pekerja syarikat itu di seluruh dunia berkongsi satu keazaman untuk memaksimumkan nilai produk, dan menggalakkan kerjasama erat dengan pelanggan dalam penciptaan bersama bagi nilai dan pasaran baharu. Dengan jualan tahunan kini melebihi 850 bilion yen (AS$7.5 bilion), Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation berharap dapat membangun dan menyumbang kepada sebuah masa depan yang lebih baik bagi semua orang di mana sahaja.
Dapatkan maklumat lanjut di https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/top.html
 

Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20220613005388/en/ 


Hubungi 

Pertanyaan Pelanggan:
Hubungi Kami

Pertanyaan Media:
K.Tanaka, E.Sugizaki
Komunikasi Korporat & Kumpulan Perisikan Pasaran
Bahagian Perancangan Strategik
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
Tel: +81-44-548-2122
E-mel: tdsc-publicrelations@ml.toshiba.co.jp

Sumber : Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. 
 
--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.