ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 08, 2024 -Rabu

 
  NANSHA DI CHINA MENYUNTIK DORONGAN BAHARU KE DALAM PEMBUKAAN DAN KERJASAMA DI DALAM GBA

Monday 20/06/2022

AsiaNet 96558

GUANGZHOU, China, 20 Jun, 2022 /Xinhua-AsiaNet/--

Majlis Negara China telah mengeluarkan satu pelan keseluruhan untuk menggalakkan kerjasama yang menyeluruh di antara Guangdong, Hong Kong dan Macau dengan memperdalamkan lagi keterbukaan di daerah Nansha di wilayah Guangdong, China Selatan, demikian menurut satu pekeliling yang dikeluarkan pada 14 Jun.

Nansha akan meningkatkan kerjasama sedemikian untuk membinanya menjadi sebuah pusat bagi kepentingan strategik yang bekerjasama dengan Hong Kong dan Macau dan memberi manfaat kepada Kawasan Greater Bay (GBA) dan seterusnya, kata pekeliling itu. Daerah itu bersedia untuk memacukan lagi kerjasama dan keterbukaan di dalam GBA ketika ia menerima satu peluang untuk berkembang daripada pusat geografi rantau itu kepada satu peranan fungsian utama.

Daerah itu bersambung dengan ketara kepada kluster bandar di GBA kerana ia berfungsi sebagai satu-satunya gerbang masuk Guangzhou ke laluan laut. “Kira-kira 38 batu nautika dari Hong Kong dan 41 batu nautika dari Macau, Nansha boleh dihubungkan ke 11 bandar raya GBA dan lapangan terbang antarabangsa Guangzhou, Shenzhen dan Hong Kong dalam satu radius 100 kilometer,” kata Dong Ke, datuk bandar bagi Nansha. Daerah itu telah menempatkan bangunan bagi satu “bulatan pengangkutan setengah jam” pada satu laluan pantas sejak bermulanya pembinaan GBA itu. Ia menyediakan asas yang lebih kukuh untuk kerjasama dengan Hong Kong dan Macau bagi membangunkan Nansha menjadi pintu bagi keterbukaan peringkat tinggi, menurut Kerajaan Rakyat Daerah Nansha bagi Bandar raya Guangzhou.

Trak kontena berwarna ulang-alik ke seluruh kawasan Pelabuhan Nansha yang didominasi oleh dengungan bunyi kren. Pada tahun 2021, pelabuhan itu menjadi satu daripada pelabuhan paling sibuk di dunia, yang menyaksikan sehingga 17.66 juta TEU kontena dihantar merentasi rangkaian perdagangan asing mereka yang terdiri daripada 135 laluan laut. Pada 30 Mei, 2022, sebuah kereta api barang China-Eropah berlepas dari Pelabuhan Nansha, satu langkah yang menandakan penyepaduan Jalur Ekonomi Laluan Sutera dengan Laluan Sutera Maritim Abad Ke-21. Sistem pengangkutan rel-air-jalan raya pelbagai mod itu telah dimungkinkan oleh operasi Kereta Api Pelabuhan Nansha, kata Song Xiaoming, naib pengurus besar bagi Syarikat Pelabuhan Guangzhou, sambil menambah bahawa satu peningkatan di dalam perkhidmatan kereta api barang China-Eropah menempatkan daerah itu pada kedudukan yang lebih baik untuk menyokong GBA dalam membina Belt and Road dan bagi berhubungan dengan seluruh dunia.

Beli dari dan jual kepada dunia. Komitmen untuk keterbukaan telah mengubah Nansha menjadi sebuah hab untuk e-dagang rentas sempadan, dengan hampir 600 syarikat berdaftar untuk perniagaan tersebut sehingga kini. Nilai perdagangan dalam e-dagang rentas sempadan di antara Januari dan Mei meningkat kira-kira 87% tahun ke tahun kepada kira-kira RMB 15 bilion.

Pada masa yang sama, Nansha membuat penampilan yang lebih menonjol di dalam landskap perniagaan global kerana ia berada pada kedudukan yang sesuai untuk muncul sebagai sebuah pusat serba baharu bagi pertukaran antarabangsa. Sementara tapak tetap bagi Forum Sains Greater-Bay itu sedang dirancang, mesyuarat tahunan Forum Kewangan Antarabangsa (IFF) telah dihoskan tanpa henti. Bagaimanapun, Nansha akan membina sebuah platform baharu untuk GBA bagi meningkatkan kerjasama ekonomi antarabangsa di bawah kerangka kerja Belt and Road. Beginilah cara Nansha menyepadukan lagi ke dalam ekonomi serantau dan global.

Nansha kini mengetuai GBA di dalam usaha inovasi teknologi sains. Secara khusus, ia adalah tempat kepada lebih 620 syarikat di dalam kecerdasan buatan dan bioteknologi. Sebilangan firma berteknologi tinggi tempatan, seperti Zhaoke Ophthalmology dan CloudWalk Technology, bertukar menjadi syarikat awam, dan CAS Space Exploration, syarikat unikorn yang pertama di Guangdong dalam penerbangan angkasa lepas komersial, telah ditempatkan semula ke Nansha. Inovasi muncul pada satu kadar yang lebih pantas. Selain itu, daerah itu terus komited kepada sistem dan mekanisme inovasi teknologi sains bersama Guangdong-Hong Kong-Macau, seperti yang dibuktikan oleh Universiti Sains dan Teknologi Hong Kong (Guangzhou), yang akan mula beroperasi pada September ini. Projek HKUST (GZ) itu pula membolehkan Nansha untuk memotivasikan universiti agar memainkan peranan mereka di dalam memacukan inovasi. Dan antara lain, sebuah taman perindustrian untuk usahawan dan inovator dari Guangdong, Hong Kong dan Macau akan disediakan di sekitar kampus HKUST (GZ) sebagai satu cara untuk mewujudkan sinergi di antara kerajaan, industri, universiti dan institut penyelidikan.

Diwujudkan sebagai sebuah kawasan baharu peringkat negeri dan sebahagian daripada Zon Perdagangan Bebas Perintis China (Guangdong), Nansha telah berkembang daripada sebuah zon demonstrasi bagi kerjasama menyeluruh di antara Guangdong, Hong Kong dan Macau kepada pembawa kepentingan strategik yang menghadapi dunia bagi kerjasama yang lebih besar dengan Hong Kong dan Macau. Ini bermakna daerah itu mempunyai peranan yang semakin penting untuk dimainkan di dalam strategi pembangunan negara. Lebih penting lagi, ia menunjukkan kepada dunia di mana GBA akan pergi dan bagaimana China terus komited untuk melakukan pembaharuan dan menjadi lebih terbuka.
 
Sumber: Kerajaan Rakyat Daerah Nansha bagi Bandar raya Guangzhou

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.