DEXLEVO, sebuah syarikat yang khusus di dalam peranti perubatan kosmetik, telah melengkapkan pembiayaan pra-IPO sebanyak 26 bilion won untuk pelabur sedia ada, Magna Investment, Smilegate Investment, Hyundai Technology Investment dan Shinhan Capital. Ia sedang bersedia untuk penyenaraian pada tahun 2023, dan DEXLEVO telah menetapkan pasca nilai sebanyak 276 bilion won selepas pelaburan.
DEXLEVO telah ditubuhkan pada tahun 2013 oleh Jaewon Yoo, seorang bekas penyelidik di Samyang Corporation, dan berjaya mencecairkan Polycaprolactone (PCL), sebuah polimer terbiodegradasi, buat kali pertama di dunia. Berdasarkan pada teknologi ini, DEXLEVO telah membangunkan satu suntikan PCL cecair ‘GOURI’ dan mengambil bahagian di dalam pameran kecantikan terbesar dunia AMWC (Kongres Dunia Perubatan Estetik dan Anti-penuaan) pada September tahun lalu dan Mac tahun ini sebagai sebuah penaja utama untuk mengumumkan kehebatan dan kecemerlangan teknologi GOURI. Ia juga akan mengambil bahagian di dalam Kursus Master Antarabangsa mengenai Sains Penuaan (IMCAS) yang diadakan di Paris pada Jun ini untuk merangsangkan aktiviti pemasaran bagi meningkatkan bahagian pasaran global mereka.
Berbeza dengan pengisi yang sedia ada, oleh kerana GOURI berada dalam bentuk cecair tanpa zarahan, ia merebak ke seluruh muka apabila disuntik dan mendorong pembentukan kolagen.
DEXLEVO sedang mengembangkan bahagian pasaran kecantikan mereka dengan bukan sahaja GOURI, sejenis peranti perubatan kosmetik, tetapi juga KABELLINE, sebuah produk kontur, dan Touch BR, sebuah produk pemutihan. Pada masa ini, DEXLEVO memberi tumpuan kepada pengedaran di rantau Asia Tenggara seperti Indonesia, Vietnam dan Thailand. KABELLINE bakal tiba ke benua Amerika.
KABELLINE ialah sebuah produk kontur yang memecahkan lemak dengan menggunakan asid deoksikolik. Tidak seperti produk kontur yang sedia ada, tiada kesakitan atau kesan sampingan, dan ia adalah sebuah produk yang pada asasnya menghalang kesan yo-yo daripada mensintesiskan semula asid lemak bebas (FFA) yang terdapat di dalam badan menjadi lemak.
Touch BR ialah sebuah produk pemutihan dengan peptida dan vitamin C sebagai bahan utamanya. Ia menghalang penuaan kulit dan pengeluaran melanin, dan meningkatkan kelembapan kulit. Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut di laman web DEXLEVO (
www.dexlevoaesthetic.com).