ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 09, 2024 -Khamis

 
  NANSHA MENAWARKAN SEPINTAS LALU BERHUBUNG KOMITMEN GBA TERHADAP PEMBANGUNAN BERKUALITI

Tuesday 28/06/2022

AsiaNet 96732

GUANGZHOU, China, 28 Jun, 2022 /Xinhua-AsiaNet/--

Di tengah-tengah Kawasan Greater Bay Guangdong-Hong Kong-Macau (GBA) di China selatan adalah Nansha, yang juga terletak di sebelah dua wilayah pentadbiran khas (SAR). Sebuah taklimat mengenai Pelan Induk bagi Guangzhou Nansha mengenai Mendalami Kerjasama Komprehensif di antara Guangdong, Hong Kong dan Macau dengan Perspektif Global yang dikeluarkan baru-baru ini telah diberikan pada satu sidang akhbar yang diadakan oleh Pejabat Penerangan Majlis Negeri China pada 24 Jun.

Nansha mempunyai keadaan geografi yang menggalakkan, dengan ruang pembangunan yang luas dan asas perindustrian yang kukuh. Di bawah keinginan kuat untuk kerjasama dan pembangunan, Nansha menikmati kelebihan yang unik dalam menggalakkan kerjasama menyeluruh di antara Guangdong, Hong Kong dan Macau, kata Guo Lanfeng, seorang anggota bagi Kumpulan Ahli Parti Peneraju bagi Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Kebangsaan China.

Di antara wilayah yang paling terbuka di China, GBA yang dinamik dari segi ekonomi merupakan contoh bagaimana negara itu menjajarkan sistem ekonomi terbuka mereka dengan dunia pada laluannya ke satu tahap yang lebih tinggi dalam kerjasama kewangan global, memacukan penyelarasan yang lebih besar yang diterajui oleh GBA di antara Guangdong, Hong Kong dan Macau ialah Nansha, Qianhai di Shenzhen, dan Hengqin di Zhuhai. Pelan yang bercita-cita tinggi itu untuk Nansha menandakan satu lagi kejayaan penting di dalam membina GBA dengan kualiti yang tinggi. Daerah itu kembali menjadi tumpuan selepas pembangunan selama beberapa dekad, menurut Kerajaan Rakyat Daerah Nansha bagi Bandar Raya Guangzhou.

Pelan itu menekankan keperluan bagi Nansha untuk meningkatkan pembinaan bagi pangkalan kerjasama industri untuk inovasi berteknologi sains, menurut sidang akhbar itu. Selain itu, daerah tersebut dikehendaki memperkukuhkan usaha bersama Guangdong-Hong Kong-Macau bagi inovasi berteknologi sains melalui pelancaran platform utama bagi tujuan ini dan untuk mengembangkan industri berteknologi tinggi dengan menarik minat kakitangan berkaliber tinggi dengan satu perspektif global. Lebih-lebih lagi, pelan itu menyatakan bahawa untuk menjadikan Nansha sebagai sebuah tarikan bagi firma dan bakat di dalam teknologi tinggi, perusahaan berasaskan Zon Permulaan di dalam industri yang digalakkan oleh negeri itu akan layak untuk mendapat cukai pendapatan korporat pada kadar pengurangan sebanyak 15%, dan pendapatan individu bagi warga Hong Kong dan Macau yang bekerja di Nansha akan dikecualikan daripada kenaikan cukai. Tambahan pula, Nansha memperkenalkan beberapa langkah untuk menggalakkan pembangunan industri semikonduktor dan litar bersepadu. Oleh itu, kawasan perdagangan bebas perintis akan menawarkan sokongan dalam sembilan bidang, daripada melancarkan projek-projek utama dan membiayai perniagaan kepada meningkatkan rantaian industri litar bersepadu dan memberi subsidi bagi penggunaan elektrik dalam pengeluaran kepada menggalakkan standard gred automotif di kalangan syarikat.

Nansha kini menempatkan lebih 400 syarikat kecerdasan buatan (AI) ketika ia menghubungkan Koridor Inovasi Sains dan Teknologi Guangzhou-Shenzhen-Hong Kong kepada rakan sejawatan mereka yang menghubungkan Zhuhai dengan Macau.

“Sebab utama kami memulakan perniagaan di Nansha ialah kerana daerah itu telah mewujudkan sinergi yang mencukupi di kalangan industri, universiti dan institut penyelidikan untuk pertumbuhan AI,” kata Cao Tiantian, pengasas bersama bagi DeepMirror, sebuah pembangun kecerdasan ruang.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, pelbagai institut penyelidikan yang cemerlang dan kemudahan saintifik berskala besar termaju telah berkembang di Nansha, dengan tujuan untuk memacukan pertumbuhan di dalam sains asas dan teknologi canggih, antara lain. Pendatang baharu ini akan mendapat manfaat daripada kekuatan asas inovasi dan teknologi di Qingsheng dan Bandar raya Sains Nansha seluas 99 kilometer persegi, yang masih dalam pembinaan. “Dengan momentum terbaharu mereka di dalam inovasi berteknologi sains, Nansha mula menunjukkan kekuatan sebagai sebuah kawasan yang bermula lewat,” kata Fu Zhengping, pengarah bagi Institut Zon Perdagangan Bebas, Universiti Sun Yat-sen.

Sebuah magnet bagi syarikat-syarikat teknologi global terkemuka, Lembah Silikon, menikmati pengaruh yang jauh lebih penting daripada San Francisco Bay Area. Bandar raya-bandar raya global bercita-cita untuk menjadi saingan terkuat mereka. Di Nansha, sinar harapan yang memberangsangkan ialah belia dari seluruh pelosok dunia mendapatinya sebagai sebuah tempat yang ideal untuk menggalakkan inovasi dan keusahawanan.

Diasaskan pada tahun 2017, TIMETABLE, sebuah inkubator perniagaan yang berpangkalan di Nansha untuk belia dari GBA, telah membantu lebih daripada 40 syarikat permulaan Hong Kong dan Macau untuk berinovasi dan berkembang. Ia direka untuk menawarkan perkhidmatan inkubasi bagi mengembangkan bidang seperti teknologi digital dan hiburan serta jenis-jenis penggunaan dan peruncitan baharu.

“Bagi mereka yang bercita-cita untuk memulakan perniagaan, masa yang sesuai dan iklim yang membolehkan sememangnya sangat penting,” kata pengasas TIMETABLE Wu Jiahui, “GBA yang memajukan teknologi menyediakan peluang pasaran yang luar biasa dan melihat satu aliran faktor bagi pengeluaran yang tidak terhalang melangkaui rangkaian penuh perkhidmatan keusahawanan sokongan dan satu persekitaran perniagaan yang tiada tandingan yang ditawarkan oleh Nansha. Semua ini menjadikan daerah ini satu pilihan yang baik bagi usahawan Hong Kong dan Macau.”

Selain peluang-peluang pembangunan, satu persekitaran bandar yang moden juga memainkan peranan untuk mengekalkan bakat. Sebagai sebuah komponen penting dalam sesebuah “kuasa yang menyakinkan” bagi sebuah bandar raya, kempen bandar raya pintar meletakkan GBA pada satu landasan pertumbuhan yang lebih pantas. Dan Nansha menunjukkan aspeknya yang bersinar apabila mata pencarian orang ramai diperkasakan oleh teknologi berinovatif, daripada data besar sehingga kepada pengkomputeran awan.

Menurut seorang pemimpin bagi program bandar raya pintar Nansha, daerah itu sedang bergerak menuju ke sebuah destinasi yang lebih prihatin dan bijak. Ini bermakna ia akan meletakkan asas yang kukuh bagi persepsi data bandar sejagat dan membina sebuah hab untuk semua operasi pintar. Dengan berbuat demikian, satu sistem inklusif yang direka bentuk untuk menjadikan perkhidmatan pendidikan, penjagaan kesihatan dan penjagaan warga emas lebih dipacukan oleh teknologi dan dapat diakses akan disediakan, dan perkhidmatan kepada warga Hong Kong dan Macau, serta profesional dari seluruh dunia, akan dimodenkan lagi.
 
Sumber: Kerajaan Rakyat Daerah Nansha bagi Bandar Raya Guangzhou

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.