ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Oktober 28, 2024 -Isnin

 
  BELIA MEMPUNYAI IMPIAN BESAR DI DALAM MENGINTEGRASIKAN QIANHAI KE DALAM KAWASAN GREATER BAY

Wednesday 29/06/2022

AsiaNet 96755

SHENZHEN, China, 29 Jun, 2022 /Xinhua-AsiaNet/--
 
Pada 27 Jun, “Pertandingan Inovasi Belia dan Keusahawanan Qianhai Guangdong-Hong Kong-Macau-Taiwan 2022” telah dimulakan secara rasmi, menandakan bermulanya siri aktiviti “Kerjasama Shenzhen-Hong Kong untuk Mencipta Masa Depan” bagi meraikan ulang tahun ke-25 kembalinya Hong Kong kepada tanah besar China, menurut Pihak Berkuasa bagi Zon Kerjasama Industri Perkhidmatan Moden Qianhai Shenzhen-Hong Kong.

Bagi ramai anak muda yang bercita-cita tinggi, ini menjanjikan lebih banyak peluang dan satu permulaan yang lebih baik. Sunny Zhou, seorang wanita muda dari Guangdong, adalah pengarah bagi sebuah syarikat yang dibiayai oleh Macau. Projek beliau telah memenangi pingat perak di dalam pertandingan akhir tahun lepas. “Peraduan itu telah memberikan kami satu peluang untuk bertemu ramai pakar industri dan rakan keusahawanan dari tempat yang berbeza, dan telah membawa kepada kami idea-idea baharu berkaitan keusahawanan,” kata Sunny Zhou.

Untuk memberikan sokongan yang lebih besar kepada peserta, pertandingan tahun ini dinaik taraf sepenuhnya. Projek yang menang boleh terus mara ke Peringkat Akhir Industri bagi Pertandingan Inovasi dan Keusahawanan China (Shenzhen). Mentor profesional diperkenalkan untuk memberikan kaunseling satu dengan satu. Selain itu, pemenang boleh diberikan keutamaan untuk menetap di Hab Inovasi dan Usahawan Belia Qianhai Shenzhen-Hong Kong (QSHKYIEH) dan menikmati dasar-dasar keutamaan yang berkaitan. Acara itu akan juga menjalankan aktiviti seperti Kem Pencipta, Sesi Kaunseling Keusahawanan dan Sesi Mencari Padanan Pelaburan untuk membina sebuah platform yang baik untuk belia berkomunikasi, bekerjasama dan meningkat maju. Pertandingan itu telah menetapkan empat sub-wilayah, dengan jumlah hadiah melebihi CNY7 juta.

Acara itu telah diadakan selama enam tahun berturut-turut sejak tahun 2016, dengan menerima kira-kira 6,000 penyertaan, termasuk hampir 3,000 dari Hong Kong, Macau dan tempat lain. Dengan menggalakkan transformasi bagi pencapaian saintifik dan teknologi yang berkaitan, Qianhai telah menjadi sebuah “tempat yang sangat diimpikan” bagi ramai belia.

Lee Jee Bong dari Hong Kong, yang pernah mengambil bahagian di dalam pertandingan itu, adalah seorang daripada usahawan di Qianhai. Tahun lalu, projek syarikat beliau telah dianugerahkan hadiah perak di dalam Kategori Pertumbuhan Perusahaan pada peringkat akhir pertandingan. “Keperluan teknikal bagi produk kami adalah tinggi, dan kami memerlukan ramai bakat profesional. Qianhai mempunyai dasar dan perkhidmatan yang menarik minat bakat, oleh itu otak dan pemikiran yang cemerlang berkumpul. Ia adalah mudah untuk mendapatkan akses kepada Kawasan Greater Bay dan pasaran domestik yang lebih luas. Itulah sebabnya kami berpangkalan di sini,” kata Lee Jee Bong.

“QSHKYIEH adalah tempat di mana impian kami bermula dan akan menjadi tempat di mana kami boleh memenuhi impian kami,” kata Lee Jee Bong. QSHKYIEH yang dinyatakan oleh beliau adalah sangat terkenal di kalangan belia keusahawanan Hong Kong dan dianggap oleh kebanyakan warga Hong Kong sebagai pilihan pertama untuk memulakan sebuah perniagaan. Di sini, keseluruhan rantaian ekosistem inovasi dan keusahawanan telah diwujudkan dengan “enam rantai dalam satu”: rantaian inovatif, rantaian industri, rantaian modal, rantaian dasar, rantaian maklumat dan rantaian bakat, dan sejumlah besar pasukan usahawan muda dari Hong Kong telah tertumpu di sini. Menjelang akhir Mei, 2022, QSHKYIEH telah menginkubasi sejumlah 591 pasukan keusahawanan. Baru-baru ini, Qianhai terus memajukan pembinaan bagi pelbagai kawasan untuk QSHKYIEH untuk menyediakan lebih banyak ruang bagi golongan usahawan muda; sementara itu, beberapa siri langkah sokongan seperti mengeluarkan dana sokongan khas bagi belia Hong Kong dan Macau, melaksanakan 15% cukai pendapatan korporat, insentif pelaburan asing, subsidi sewa pejabat, dan lain-lain untuk meningkatkan keusahawanan belia.

Pada majlis pelancaran bagi pertandingan itu, Qianhai mengeluarkan sembilan faedah praktikal untuk warga Hong Kong, yang meliputi perumahan, keusahawanan, perkhidmatan, pekerjaan, platform, inovasi saintifik, kewangan, penempatan, mata pencarian, dan lain-lain, yang bertujuan menyediakan sokongan menyeluruh bagi warga Hong Kong dan perusahaan Hong Kong untuk membangun di Qianhai, dan untuk menyediakan kemudahan bagi golongan belia menjalankan perniagaan di Shenzhen.

“Qianhai ialah pangkalan terdepan bagi Hong Kong-Shenzhen dan persinggahan pertama bagi belia Hong Kong untuk membangun di tanah besar. Saya berharap lebih ramai belia Hong Kong dapat mengejar impian mereka dan memenuhinya di Qianhai dan Kawasan Greater Bay,” kata Kenneth Fok Kai-kong, seorang ahli Jawatankuasa Kebangsaan bagi Persidangan Perundingan Politik Rakyat China dan ahli Majlis Perundangan Hong Kong, pada majlis pelancaran itu.
 
Sumber: Pihak Berkuasa bagi Zon Kerjasama Industri Perkhidmatan Moden Qianhai Shenzhen-Hong Kong

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.