ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 09, 2024 -Khamis

 
  EIG MELANCARKAN PLATFORM BOLEH DIPERBAHARUI CHILE, GRUPO CERRO

Thursday 30/06/2022



Entiti yang baharu dibentuk termasuk pemerolehan yang dimuktamadkan baru-baru ini bagi portfolio ANPAC untuk 11 loji hidroelektrik aliran sungai serta loji Cerro Dominador yang sedia ada

Platform berada pada kedudukan yang baik untuk menyokong peralihan tenaga di Chile dengan projek-projek berinovatif yang menyediakan tenaga boleh diperbaharui 24/7

WASHINGTON & SANTIAGO, Chile, 30 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- EIG, sebuah pelabur institusi kepada sektor tenaga global dan satu daripada pelabur infrastruktur terkemuka dunia, hari ini melancarkan Grupo Cerro, sebuah platform tenaga boleh diperbaharui yang baharu di Chile. Entiti yang baharu dibentuk itu termasuk loji Cerro Dominador milik EIG dan ANPAC yang baharu diperolehi, pemilik bagi sebuah portfolio yang mengandungi 11 loji kuasa hidroelektrik aliran sungai kecil dan sederhana di wilayah O'Higgins, El Maule, Bio Bio dan La Araucania. Portfolio ANPAC 110 MW itu termasuk loji yang beroperasi dan projek di pelbagai peringkat pembinaan dan pembangunan di kedua-dua pasaran spot dan tarif yang distabilkan.

Berikutan pemerolehan itu, Grupo Cerro kini menguruskan lebih 280 MW bagi kapasiti yang dipasang di Chile, termasuk loji Fotovoltan Cerro Dominador (PV) dan Kuasa Suria Tertumpu (CSP). Portfolio kumpulan itu juga termasuk beberapa projek di dalam fasa lanjutan bagi pembinaan dan pembangunan, termasuk kompleks Likana Solar, satu daripada projek CSP terbesar di dunia dengan kapasiti 690 MW, Pampa Union, sebuah loji kuasa PV 600 MW, serta lebih daripada 40 MW bagi loji kuasa hidroelektrik aliran sungai.

R. Blair Thomas, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif EIG, berkata, “Urus niaga itu dijangka menyediakan sinergi portfolio, mewujudkan kecekapan operasi dan meningkatkan kepelbagaian teknologi dan geografi bagi Grupo Cerro. Selepas penyiapan dan penyelarasan bagi loji janakuasa solar Cerro Dominador yang berinovatif itu pada tahun 2021, projek CSP yang pertama di Amerika Latin, urus niaga ini menandakan satu lagi peristiwa penting di dalam strategi kami untuk melabur di dalam aset yang berkualiti tinggi, pasukan yang terbaik di dalam kelasnya dan infrastruktur tenaga yang menyokong peralihan tenaga di Chile.”

Fernando Gonzalez, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Grupo Cerro, berkata, “Urus niaga ini memajukan komitmen kami terhadap pertumbuhan Chile. Loji-loji ini, dengan digabungkan bersama projek Likana Solar dan Pampa Union kami yang kini dalam pembangunan, akan membantu mempelbagaikan portfolio tenaga boleh diperbaharui kami mengikut geografi untuk dapat menjamin pengeluaran tenaga boleh diperbaharui yang berkos rendah bagi pasaran Chile dan meneruskan pembekalan tenaga bersih ke seluruh negara 24 jam satu hari.”

Maklumat mengenai EIG
 
EIG adalah sebuah pelabur institusi terkemuka kepada sektor tenaga global dengan $25.0 bilion di bawah pengurusan setakat 31 Mac, 2022. EIG membuat pengkhususan di dalam pelaburan persendirian dalam tenaga dan infrastruktur yang berkaitan dengan tenaga di peringkat global. Sepanjang 40 tahun sejarahnya, EIG telah memberikan komitmen lebih $40.0 bilion kepada sektor tenaga melalui 380 projek atau syarikat di 38 buah negara di enam benua. Pelanggan EIG termasuk banyak pelan pencen terkemuka, syarikat insurans, pembiayaan, yayasan dan dana kekayaan negara di Amerika Syarikat, Asia dan Eropah. EIG beribu pejabat di Washington, D.C. dan mempunyai pejabat di Houston, London, Sydney, Rio de Janeiro, Hong Kong dan Seoul. Untuk maklumat tambahan, sila layari  laman web EIG di www.eigpartners.com.

Maklumat mengenai Grupo Cerro

Grupo Cerro ialah sebuah syarikat tenaga boleh diperbaharui yang baharu ditubuhkan yang bertujuan untuk membina sebuah masa depan yang mapan dengan menyediakan kuasa bersih dan terurus 24 jam sehari kepada sistem dan pelanggan Chile. Syarikat itu menguruskan sebuah portfolio bagi lebih daripada 280 MW projek yang beroperasi di seluruh Chile dan sebuah saluran paip pembangunan 1.3 GW.

Lihat versi sumber di  businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20220629005646/en/

Hubungi

Hubungan Media:

EIG
FGS Global
Kelly Kimberly / Brandon Messina
+1 212-687-8080
EIG-SVC@sardverb.com

Cerro Dominador
María José López
mjlopez@cerrodominador.com
Pengarah Sumber Manusia & Hal Ehwal Korporat

Sumber : EIG

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.