ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 27, 2024 -Sabtu

 
  NADI BAGI SUNGAI MIN -- MENCIPTA SATU MERCU TANDA BAHARU DI METROPOLIS ANTARABANGSA FUZHOU YANG SERBA MODEN

Friday 01/07/2022

AsiaNet 96816

Table

Perkara yang Anda Tidak Ketahui tentang Fuzhou – Nadi bagi Sungai Min 


FUZHOU, China, 1 Julai, 2022 /Xinhua-AsiaNet/--

Satu video promosi bagi Bandar raya Fuzhou di Wilayah Fujian yang bertajuk “Perkara yang Anda Tidak Ketahui tentang Fuzhou – Nadi bagi Sungai Min” telah ditayangkan pada 1 Julai (GMT+8) melalui akaun media sosial luar negara termasuk Oriental.Paris, Discover Fujian dan Discover Fuzhou, dsb. Video itu mempamerkan ciri-ciri baharu bagi bandar raya yang berusia ribuan tahun ini yang ditekankan oleh pembangunan hijau, legasi kebudayaan, inovasi dan semangat.

Dalam video itu, Sungai Min merentasi kesibukan bandar raya yang berkembang maju ini. Turut dipaparkan di dalam video ini ialah Jalan Pejalan Kaki Binjiang, sebuah jalan komersial yang mempunyai sejarah yang panjang; Dataran Belia, yang menawarkan halaman rumput terbesar di pusat bandar raya Fuzhou dan menawarkan pemandangan terbaik bagi Sungai Min; dan Jambatan Belia, yang menghubungkan kawasan kejiranan bersejarah itu dan Dataran berkenaan. Seni bina gaya klasik Min dipadankan dengan sempurna ke dalam sebuah pandangan bandar raya moden bertaraf antarabangsa, bersama-sama dengan tarikan mesra foto yang baharu dibina, sebuah landskap yang indah telah dicipta di sepanjang Sungai Induk Fujian -- Sungai Min, menurut Jabatan Publisiti bagi Jawatankuasa Perbandaran CPC Fuzhou.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Fuzhou telah menggunakan Sungai Min sebagai satu paksi pembangunan yang penting dalam usaha mereka untuk membina sebuah metropolis antarabangsa yang serba moden. Dengan matlamat untuk mengubah tebing Sungai Min menjadi satu tempat yang menarik di mana orang ramai boleh berkumpul dan berehat, Fuzhou melancarkan satu projek baharu untuk menambah baik landskap di kawasan utama di “Nadi Sungai Min” itu. Pelaksanaan satu pelan tindakan yang akan menyerlahkan keindahan sungai itu, kawasan dermaga, jambatan dan pulau itu sedang berjalan, membuka jalan bagi penciptaan sebuah mercu tanda baharu di Fuzhou. Usaha sedemikian akan juga meningkatkan imej Sungai Min melalui satu pendekatan yang sistematik, komprehensif dan berorientasikan kualiti.

Sumber: Jabatan Publisiti bagi Jawatankuasa Perbandaran CPC Fuzhou
 
Pautan Lampiran Imej:
 
Pautan: http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=424605
 
Kapsyen:  Perkara yang Anda Tidak Ketahui tentang Fuzhou – Nadi bagi Sungai Min 

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.