ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 26, 2024 -Jumaat

 
  SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA MINGGU EPIDEMIOLOGI 26 (26 JUN - 2 JULAI 2022)

Monday 04/07/2022



STATUS TERKINI PENGGUNAAN FASILITI KESIHATAN

KUALA LUMPUR, 4 Julai (Bernama) --
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin mengumumkan bahawa secara keseluruhan, jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke fasiliti kesihatan (hospital dan PKRC awam) bagi setiap 100,000 penduduk telah meningkat sebanyak 10 peratus pada minggu epidemiologi (ME) ke-26 tahun 2022 (ME 26/2022) berbanding ME 25/2022 (Rajah 1);

Rajah 1: Jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke fasiliti kesihatan (hospital dan PKRC awam) bagi setiap 100,000 penduduk dari ME 1/2022 sehingga ME 26/2022

KKM juga ingin memaklumkan bahawa jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital awam bagi setiap 100,000 penduduk meningkat sebanyak 22 peratus (Rajah 2);
· Pesakit kategori 1 dan 2 meningkat sebanyak 31 peratus; manakala
· Pesakit kategori 3, 4, dan 5, meningkat sebanyak 13 peratus.

Rajah 2: Taburan jumlah kemasukan pesakit COVID-19 mengikut kategori ke hospital awam mengikut kategori bagi setiap 100,000 populasi dari ME 1/2022 hingga ME 26/2022

Peratus pengisian katil fasiliti COVID-19 berbanding ME- 25/2022 (Rajah 3):
· Katil bukan kritikal, meningkat sebanyak empat peratus;
· Katil Unit Rawatan Rapi (ICU), meningkat sebanyak dua peratus; dan
· Katil Pusat Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC), meningkat sebanyak satu peratus.

Rajah 3: Peratusan pengisian katil fasiliti COVID-19 dari ME 1/2022 hingga ME 26/2022

Jumlah pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan (ABP) meningkat sebanyak 0.2 peratus (Rajah 4):

Rajah 4: Peratus pesakit COVID-19 memerlukan alat bantuan pernafasan dari ME 1/2022 hingga ME 26/2022

PEMANTAUAN COVID-19 DI PUSAT PENILAIAN COVID-19 (CAC)

KKM juga ingin memaklumkan jumlah kes-kes positif COVID-19 yang dipantau oleh Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) di seluruh negara juga telah menunjukkan peningkatan.
 
Berikut adalah perbandingan data CAC fizikal yang dilaporkan pada ME 25/2022 dan ME 26/2022 (Rajah 5):
· Bilangan kedatangan pesakit ke CAC meningkat sebanyak 28.5 peratus;
· Bilangan kes COVID-19 baharu yang menjalani pemantauan di rumah meningkat sebanyak 22.9 peratus; dan
· Bilangan kes COVID-19 yang dirujuk CAC ke PKRC telah menurun sebanyak 93.8 peratus, manakala ke hospital meningkat sebanyak 50.0 peratus.

Rajah 5: Trend kedatangan pesakit ke CAC fizikal, kes baharu COVID-19 menjalani pemantauan di rumah dan kes rujukan CAC ke PKRC atau hospital dari ME 10/2022 hingga ME 26/2022

KKM juga mendapati trend kes aktif harian COVID-19 yang dipantau secara maya (CAC Maya), pada akhir ME 26/2022 telah menunjukkan kenaikan sebanyak 24.7 peratus berbanding pada akhir ME 25/2022 (dari 34,639 kes kepada 43,203 kes); seperti di Rajah 6:

Rajah 6: Trend kes aktif COVID-19 di bawah pemantauan CAC Maya berdasarkan keadaan klinikal pesakit dari ME 1/2022 hingga ME 26/2022
 

STATUS TERKINI KES COVID-19

Dari 25 Januari 2020 (ME 4/2020) hingga 2 Julai 2022 (ME 26/2022), situasi terkini COVID-19 adalah seperti berikut:
· Kumulatif kes baharu: 4,571,355;
· Kumulatif kes sembuh: 4,505,200 kes;
· Kumulatif kes kematian: 35,771 kes; dan
· Kumulatif kluster: 7,023 kluster (kluster aktif: 10 kluster).

Perbandingan antara ME 25/2022 dan ME 26/2022:
· Bilangan kes sembuh pada ME 26/2022 meningkat sebanyak 1.5 peratus (14,078 kes kepada 14,293 kes) Rajah 7;
· Bilangan kes baharu pada ME 26/2022 meningkat sebanyak 6.1 peratus (15,739 kes kepada 16,694 kes) Rajah 8;
Bilangan kes tempatan meningkat sebanyak 9.5 peratus (15,201 kes kepada 16,650 kes); dan
Bilangan kes import menurun sebanyak 91.8 peratus (538 kes kepada 44 kes).
· Bilangan kes kematian pada ME 26/2022 menunjukkan peningkatan kepada 100 peratus (13 kes kepada 26 kes) berbanding ME 25/2022; dan
· Purata kes aktif setiap hari bagi ME 26/2022 adalah 28,956 iaitu terdapat peningkatan sebanyak 3.4 peratus berbanding minggu sebelumnya (Rajah 9).

Rajah 7: Taburan kes baharu, kes sembuh, dan kes kematian COVID-19 sehingga ME 26/2022

Rajah 8: Taburan kes baharu, kes tempatan, dan kes import COVID-19 sehingga ME 26/2022

Rajah 9: Purata 7 hari kes aktif harian COVID-19 dari ME1/2022 hingga ME 26/2022
 
NILAI RT
 
Purata nilai RT juga menunjukkan penurunan sebanyak 0.9 peratus pada ME 26/2022 berbanding ME 25/2022 (Rajah 10).

Rajah 10: Purata Nilai RT tahun 2022 sehingga ME 25/2022

SURVELAN INFLUENZA-LIKE ILLNESS (ILI) DAN SEVERE ACUTE RESPIRATORY INFECTION (SARI) BAGI COVID-19

KKM ingin memaklumkan bahawa sehingga ME 26/2022, hasil survelan COVID-19 di lokasi sentinel seluruh negara mendapati:
· Kadar positif sampel ILI bagi COVID-19 pada ME 26/2022 menurun sebanyak 21.7 peratus daripada 6.6 peratus pada ME 25/2022 kepada 5.1 peratus pada ME 26/2022 (Rajah 11); dan
· Kadar positif sampel SARI bagi COVID-19 kekal 0 peratus pada ME 26/2022 (Rajah12).

Rajah 11: Kadar positif sampel ILI bagi COVID-19 dari klinik kesihatan sentinel sehingga ME 26/2022

Rajah 12: Kadar positif sampel SARI bagi COVID-19 dari hospital sentinel sehingga ME 26/2022
 
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

Sejak 1 April 2022, Malaysia telah berada di dalam Fasa Peralihan ke Endemik susulan keberkesanan tindakan pencegahan dan kawalan kesihatan awam. Peralihan fasa ini juga disebabkan oleh kejayaan program vaksinasi COVID-19 di seluruh negara.

Walaupun demikian, KKM ingin menasihati orang ramai agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;
· Elakkan 3S;
· Amalkan 3W;
· Amalkan TRIIS;
· Jalani ujian COVID-19 sekiranya bergejala;
· Individu positif COVID-19 Kategori 1 dan 2A dan bukan berisiko tinggi (berumur bawah 60 tahun dan tidak mempunyai komorbid), tidak perlu hadir ke Pusat Penilaian COVID-19 (CAC), sebaliknya hanya perlu melakukan pemantauan kendiri melalui HAT dalam aplikasi MySejahtera. SMS atau panggilan daripada perkhidmatan Automated Voice Recording (robocall) akan diterima sekiranya belum atau tidak menjalankan pemantauan kendiri setiap hari;
· Individu yang perlu hadir ke CAC terdekat (senarai penuh lokasi, nombor telefon dan waktu operasi boleh didapatkan di https://covid-19.moh.gov.my/hotline) untuk penilaian lanjut akan dimaklumkan melalui MySejahtera atau dihubungi CAC melalui SMS atau panggilan telefon;
· Individu yang positif COVID-19 Kategori 2B dan ke atas (sama ada berisiko tinggi atau tidak) atau mempunyai gejala yang semakin teruk, dikehendaki hadir ke CAC atau hospital terdekat bagi pemeriksaan lanjut tanpa menunggu panggilan telefon daripada CAC; dan
· Individu yang belum menerima vaksin COVID-19 dinasihatkan agar segera mendaftar dan mendapatkan vaksin bagi melindungi diri dan orang tersayang.
 
KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.
 
Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA


4 Julai 2022 @ 10.00 pagi

SUMBER: KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Farahdila Wati binti Mohd Khamde Khuzaini

Pegawai Perhubungan Awam
Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Tel : +603-8883 3470
Faks : +603-8888 6187

--BERNAMA


 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.