ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 20, 2024 -Isnin

 
  EIG MENYELESAIKAN PENGAGIHAN BAGI SAHAM HARBOUR ENERGY PLC

Friday 08/07/2022



EIG akan kekal sebagai pemegang saham terbesar Harbour

WASHINGTON, 8 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- EIG, sebuah pelabur institusi terkemuka kepada sektor tenaga dan infrastruktur global, hari ini mengumumkan bahawa ia telah mengagihkan saham Harbour Energy plc (HBR.L atau “Syarikat” itu) yang dipegang oleh Harbour North Sea Holdings Ltd. (“Harbour North Sea”) kepada pelabur dana EIG melalui satu siri pengagihan. Berikutan penggabungan Premier Oil plc dan Chrysaor Holdings Ltd., Harbour North Sea menerima 36.46% daripada Syarikat itu. EIG menguruskan pegangan di dalam Syarikat itu melalui sebuah dana pelaburan melalui beberapa syarikat pemegangan (“EIG Holding Structure”). Pengagihan saham itu melalui EIG Holding Structure akan menghasilkan di dalam pelbagai pemfailan kawal selia.

EIG ingin membuat penjelasan bahawa:

· Tidak ada saham Syarikat itu telah dijual sebagai sebahagian daripada pengagihan ini.
· Berikutan pengagihan ini, EIG akan kekal sebagai pemegang saham terbesar bagi Syarikat tu, dengan memegang kira-kira 16% daripada saham tertunggak mereka melalui instrumen terurus dan pemilikan proprietari.
· R. Blair Thomas dan Steven Farris akan masing-masing kekal sebagai Pengerusi dan Pengarah, bagi Syarikat itu.
· Pengagihan itu adalah satu peristiwa yang boleh cukai bagi pemegang saham tergabung EIG yang tertentu, oleh itu sebahagian daripada pemegang saham ini boleh menjual saham untuk menampung kewajipan cukai tersebut apabila dan ketika perlu.
 
“Hari ini, EIG telah mengagihkan saham di dalam Harbour Energy kepada pelabur dana kami. Memandangkan EIG masih merupakan pemegang saham terbesar berikutan pengagihan itu, kami kekal komited terhadap sektor itu, yakin di dalam strategi semasa Syarikat berkenaan dan menyokong pasukan pengurusan mereka,” kata R. Blair Thomas, Ketua Pegawai Eksekutif EIG.

Maklumat mengenai EIG
 
EIG adalah sebuah pelabur institusi terkemuka kepada sektor tenaga dan infrastruktur global dengan $25.0 bilion di bawah pengurusan setakat 31 Mac, 2022. EIG membuat pengkhususan di dalam pelaburan persendirian di dalam tenaga dan infrastruktur yang berkaitan dengan tenaga di peringkat global. Sepanjang 40 tahun sejarah mereka, EIG telah memberikan komitmen lebih $40.1 bilion kepada sektor tenaga melalui 380 projek atau syarikat di 38 buah negara di enam benua. Pelanggan EIG termasuk banyak pelan pencen terkemuka, syarikat insurans, pembiayaan, yayasan dan dana kekayaan negara di Amerika Syarikat, Asia dan Eropah. EIG beribu pejabat di Washington, D.C. dan mempunyai pejabat di Houston, London, Sydney, Rio de Janeiro, Hong Kong dan Seoul. Untuk maklumat tambahan, sila layari  laman web EIG di www.eigpartners.com.

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20220707005792/en/

Hubungi

Hubungan Media
FGS Global
Kelly Kimberly / Brandon Messina
+1 212-687-8080
EIG-SVC@sardverb.com

Sumber : EIG

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.