ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 20, 2024 -Isnin

 
  TOMMY HILFIGER KEMBALI KE MINGGU FESYEN NEW YORK

Thursday 14/07/2022



Table
 
Tommy Hilfiger (Foto: Business Wire)


Pelancaran Tommy Hilfiger Musim Luruh 2022 melibatkan penonton dalam penerokaan jenama yang menghubungkan IRL dan ketersambungan metaverse di dalam satu kesinambungan bagi platform “Lihat Sekarang, Beli Sekarang” yang terbesar di dalam industri itu

 Pengalaman jenama masa nyata berlaku merentasi sebuah landskap multimedia bertenaga tinggi yang menggerakkan peserta daripada acara persisiran Brooklyn ke dunia permainan Roblox dan ke dalam konsep komersial phygital baharu di seluruh dunia

AMSTERDAM, 14 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Tommy Hilfiger, yang dimiliki oleh PVH Corp. [NYSE: PVH], mengumumkan bahawa mereka kembali ke Minggu Fesyen New York buat kali pertama dalam tempoh tiga tahun dengan satu acara landasan pengalaman yang akan memperkenalkan koleksi Musim Luruh 2022 terbaharu “Lihat Sekarang, Beli Sekarang” sambil membawa penonton secara fizikal dan digital ke dalam sebuah dunia jenama yang diperbaharui.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20220714005034/en/

Berlangsung pada 11 September pada pukul 7 malam EDT, pengalaman interaktif itu mendapat inspirasi daripada pemandangan kreatif New York yang unik: sebuah pusat manusia dan subbudaya, satu pertembungan lo-fi dan teknologi tinggi, dan satu gabungan gaya dan kreativiti. Diselitkan dengan suasana dan semangat kesungguhan Bandar raya New York – tempat kelahiran bagi jenama TOMMY HILFIGER – acara itu akan menghubungkan orang ramai melalui detik-detik kreativiti yang spontan di sebuah set pameran IRL di Skyline Drive-In di Brooklyn dan di dalam satu pengaktifan metaverse yang selari.

“Hati saya dengan segera meluncur ke budaya kreatif New York yang ikonik ketika saya memikirkan di mana untuk melancarkan kehadiran kami kembali ke minggu fesyen,” kata Tommy Hilfiger. “Di sinilah di mana fesyen, seni, muzik dan hiburan semuanya bersatu ketika saya mula-mula berjinak di dalam industri itu. Dan hari ini, pendekatan inilah yang memberi inspirasi kepada saya untuk melibatkan diri dengan komuniti termaju dalam membina pengalaman kreatif baharu. Musim ini adalah mengenai pertembungan inspirasi arkib kegemaran saya dengan konsep acara langsung baharu dan dunia maya. Ia adalah ungkapan yang sempurna tentang apa yang kami perjuangkan semasa kami memberi penghormatan kepada akar umbi kami dengan kembalinya ke NYFW.”

Pengaktifan jenama multi-media yang berinovatif akan menghidupkan koleksi TOMMY HILFIGER Musim Luruh 2022 itu – dari Bandar raya New York ke ibu kota di Eropah sehingga ke Chengdu, dan seterusnya. Konsep peruncitan baharu dalam kedai-kedai TOMMY HILFIGER terpilih dan pengambilalihan dengan rakan kongsi syarikat pemborong dan syarikat eksklusif utama di seluruh dunia akan melengkapkan pameran phygital itu. Perkongsian dengan bakat global akan membuat kemunculan pertama di dalam dan di luar landasan, dengan mengetengahkan akar umbi TOMMY HILFIGER dalam menggegarkan persediaan klasik.

Dalam sesuatu yang pertama di dalam industri itu, pentas peragaan “Lihat Sekarang, Beli Sekarang” akan distrim secara langsung kepada komuniti Roblox global yang mempunyai lebih 50 juta pengguna harian, disertai dengan avatar yang berpakaian gaya TOMMY HILFIGER Musim Luruh 2022 yang akan mengambil alih bandar raya maya New York yang diadun semula itu. Setiap gaya yang melanda landasan fizikal akan tersedia untuk dibeli secara global melalui konsep Tommy Hilfiger “Lihat Sekarang, Beli Sekarang”, termasuk produk digital eksklusif di Roblox. Perkongsian jenama itu dengan platform multiverse global  dilancarkan pada Disember 2021 dan terus berkembang melalui fasa baharu.

Sertai perbualan di media sosial dengan menggunakan #TommyHilfiger dan @TommyHilfiger.

Maklumat mengenai TOMMY HILFIGER
TOMMY HILFIGER ialah satu daripada jenama gaya hidup premium yang paling terkenal di dunia, menaikkan semangat dan memberi inspirasi kepada pengguna sejak tahun 1985. Jenama itu mencipta gaya ikonik, yang menjadi hidup di persimpangan klasik dan baharu, yang dicipta bersama dengan orang yang membentuk budaya di sekeliling dunia. TOMMY HILFIGER meraikan intipati gaya klasik Amerika dengan satu sentuhan moden. Tommy Hilfiger menawarkan kualiti dan nilai premium kepada pengguna di seluruh dunia di bawah gaya hidup TOMMY HILFIGER dan TOMMY JEANS, dengan pelbagai koleksi termasuk pakaian sukan lelaki, wanita dan kanak-kanak, denim, aksesori dan kasut. Tommy Hilfiger mempunyai komitmen yang tidak berbelah bahagi terhadap kemapanan dan keterangkuman.

Jualan runcit global bagi produk TOMMY HILFIGER adalah kira-kira $9.3 bilion pada 2021 dan jenama itu dikuasakan oleh lebih 16,000 syarikat bersekutu di seluruh dunia — hadir di 100 buah negara dan lebih 2,000 kedai runcit, termasuk kedai utama global terbesar mereka di tommy.com. PVH memperoleh Tommy Hilfiger pada tahun 2010 dan terus mengawasi satu pendekatan yang tertumpu untuk mengembangkan kaitan, kehadiran dan pertumbuhan jangka panjang jenama itu di seluruh dunia.

Maklumat mengenai PVH Corp.
PVH ialah platform pertumbuhan bagi Calvin Klein dan TOMMY HILFIGER. Melalui pemacuan kekuatan dan kerelevanan jenama, kami menghubungkan jenama ikonik global kami dengan lebih dekat ke arah matlamat pengguna berbanding sebelum ini, hari ini dan dengan generasi akan datang. Berpandukan kepada nilai kami dan didayakan oleh skala dan jangkauan global kami, kami memacukan fesyen ke hadapan untuk kebaikan, sebagai satu pasukan dengan satu visi dan satu rancangan. Itulah Kuasa Kami, itulah Kuasa PVH+.

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20220714005034/en/

Hubungi

Tommy Hilfiger
Lyndsey Anderson
Pengurus Kanan Komunikasi Global & Perhubungan Awam Lyndsey.anderson@tommy.com

Sumber : PVH Corp.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.