ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 09, 2024 -Khamis

 
  HANNAH STOCKING MENYERTAI BARISAN PELAKON 'SKILL HOUSE', TERBITAN RYAN KAVANAUGH, BERSAMA BRYCE HALL, 50 CENT, NEAL MCDONOUGH, PAIGE VANZANT DAN RAMAI LAGI

Monday 18/07/2022



Projek ini menyerlahkan siri pertama dalam francais filem seram tahap unggul kategori R

LOS ANGELES, 18 Julai (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Proxima Media, milik Ryan Kavanaugh, mengumumkan bahawa tokoh Internet dan pelakon, Hannah Stocking, telah menyertai barisan pelakon SKILL HOUSE, sebuah filem seram yang bakal ditayangkan. Filem itu dibintangi Bryce Hall, ahli media sosial luar biasa dan bintang TikTok, dan menampilkan Paige VanZant, veteran UFC, bintang BKFC dan AEW, serta 50 Cent, tokoh hip-hop global, yang juga berkhidmat sebagai penerbit melalui syarikat G-Unit Film & Television beliau, di samping Neal McDonough yang baru-baru ini memainkan peranan utama dalam filem Yellowstone, The Arrow, The Flash, Residential Evil, Van Helsing dan banyak lagi.

Siri pertama dalam francais filem seram tahap unggul kategori R, SKILL HOUSE merupakan ambilan ala filem “saw” yang menyerlahkan fenomena kemasyhuran dan budaya media sosial, SKILL HOUSE menawarkan penggambaran yang tegar mengenai “pengaruh” dan meneroka fenomena baharu bagi “pempengaruh”, kemasyhuran mereka dan perkara yang sanggup dilakukan oleh mereka untuk mencapainya. Filem yang bertempat di Los Angeles ini, yang terutamanya dibuat di "Sway House" yang asal, mengamati dunia media sosial dan menguji batasan apabila "klik" dan "pengaruh" benar-benar menjadi soal hidup atau mati, dengan Steve Johnson, pemenang anugerah Emmy pakar kesan khas (GHOSTBUSTERS, BICENTENNIAL MAN, SPIDER-MAN 2) yang mempamerkan beberapa adegan berdarah dan keganasan paling realistik yang pernah ditonton oleh peminat.

Hannah Stocking adalah seorang pencipta, tokoh Internet, pelakon dan juruacara berbilang bakat yang kemasyhurannya dalam dunia hiburan digital, dan peralihannya ke dunia media tradisional selepas itu, telah dipelopori oleh jenis komedi unik beliau, iaitu jenis komedi yang sering ditokok tambah dengan gabungan kelucuan dan kandungan sains, dan kini mempunyai lebih daripada 50 juta orang pengikut di semua platform beliau. Hasil kejayaan Stocking merangkumi filem terkemuka Tyler Perry, BOO 2! A MADEA HALLOWEEN dan SATANIC PANIC. Beliau juga telah berlakon dalam satu episod Stories From Our Future, siri cerita pendek yang diterbitkan secara usaha sama dengan Black Mirror Netflix, bahkan telah muncul dalam video muzik termasuk Hard 2 Face Reality oleh Poo Bear yang menampilkan Justin Bieber, dan Electronica serta Find Me oleh Marshmello.

“Filem ini merupakan yang pertama daripada genre seram baharu, begitu juga tokoh media sosial seperti Bryce dan Hannah merupakan genre selebriti baharu. Kami melanggar batas kreatif dan batas kerjaya di sini,” kata Josh Stolberg, pengarah. “Hannah mempunyai bakat yang dinamik dan melambangkan semua aspek projek ini - kemasyhuran Internet dan perkembangan industri hiburan. Kami amat teruja kerana beliau menyertai barisan pelakon kami.”

Projek ini dibiayai dan dikawal oleh Proxima Media, dimiliki dan dikendalikan oleh Ryan Kavanaugh, seorang penerbit terkemuka dan calon penerima anugerah Emmy, Grammy, Oscar dan Tony. Ia ditulis dan diarahkan oleh tokoh filem seram, Josh Stolberg, pengarang bersama filem seram seperti SPIRAL: FROM THE BOOK OF SAW (dibintangi Chris Rock dan Samuel L Jackson), JIGSAW, PIRANHA 3D, SORORITY ROW, serta filem SAW seterusnya (bertajuk SAW X buat sementara waktu). Melalui syarikat beliau, G-Unit Film & Television, Jackson juga akan menjadi penerbit bersama dengan Kavanaugh, Alex Baskin, serta Amy Kim dan Jaime Burke daripada Lifeboat Productions. Daniel Herther yang menyelia penerbitan dan pembangunan kreatif di Proxima, akan berkhidmat sebagai penerbit eksekutif bersama Jason Barhydt dan Bobby Sarnevesht.

Barisan pelakon tambahan merangkumi Leah Pipes (SORORITY ROW, The Originals), McCarrie McCausland (Army Wives, The Originals), Ivan Leung (THE TENDER BAR, All American, Grey's Anatomy), John DeLuca (Spree, American Horror Story) dan Caitlin Carmichael (MIDNIGHT IN THE SWITCHGRASS, EPIPHANY).

Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan terkini mengenai SKILL HOUSE, sila ikuti Instagram (@skillhousemovie), Twitter (@skillhousemovie) dan TikTok (@skillhousemovie).

Perihal Hannah Stocking
Hannah Stocking adalah seorang pencipta, pelakon dan juruacara berbilang bakat yang kemasyhurannya dalam dunia hiburan digital, dan peralihannya ke dunia media tradisional selepas itu, telah dipelopori oleh jenis komedi unik beliau, iaitu jenis komedi yang sering ditokok tambah dengan gabungan kelucuan dan kandungan sains. Seorang pempengaruh media sosial yang hebat, beliau mempunyai lebih daripada 50 juta orang pengikut yang tergabung pada semua platform beliau, termasuk 7.8 juta orang pelanggan pada YouTube. Saluran YouTube beliau, yang mengumpulkan sejuta orang pelanggan dalam tempoh kurang daripada lima bulan, telah mengumpulkan 2.1 bilion tontonan sepanjang hayat dengan pelbagai kandungan. Beliau juga telah mengumpulkan lebih daripada 26 juta orang pengikut pada TikTok dan 22 juta orang pengikut pada Instagram.

Stocking sering memanfaatkan latar belakangnya sebagai penuntut mata pelajaran utama dalam ilmu kimia dan biologi untuk memasukkan unsur tambahan dalam kandungannya. Stocking telah menggunakan gaya istimewa ini apabila membangunkan beberapa siri asal berasaskan sains. Terutamanya, beliau telah bekerjasama dengan ATTN: untuk mencipta suatu siri video bermaklumat yang mengemukakan konsep sehari-hari, seperti diet kilat dan otak remaja, dengan cara yang boleh dicapai dengan mudah dan menghiburkan.

Bakat dan karisma beliau terserlah dalam medium tradisional sama seperti dalam talian. Beliau telah menyertai E! News sebagai wartawan jemputan bagi liputan acara anugerah Grammy tahun 2017. Beliau muncul buat pertama kalinya dalam industri pawagam dalam filem terkemuka Tyler Perry, BOO 2! A MADEA HALLOWEEN dan disusuli dengan peranan dalam SATANIC PANIC, sebuah filem yang diarahkan oleh Chelsea Stardust pada tahun 2019Beliau juga telah berlakon dalam satu episod Stories From Our Future, siri cerita pendek yang diterbitkan secara usaha sama dengan Black Mirror Netflix.

Kerjaya beliau telah membawa kepada rencana penting dalam PAPER Magazine, GQ Thailand, Modeliste Magazine dan terbitan lain hasil daripada kebolehannya untuk melahirkan pendiriannya melalui kecantikan dan fesyen sebagai seorang pencipta digital dan penghibur. Beliau telah dikurniai Anugerah Perintis Hari Keusahawanan Wanita, pencipta digital pertama yang menerima penghormatan ini.

Stocking mendapat khidmat pengurusan John Shahidi dan Sam Shahidi daripada Shots Studios.

Perihal Josh Stolberg
Josh Stolberg adalah seorang pengarang, pengarah dan penerbit yang bertanggungjawab untuk beberapa filem seram yang paling popular pada hari ini, termasuk JIGSAW, PIRANHA 3D, SORORITY ROW dan yang terbaharu, SPIRAL. Beliau telah menulis filem untuk Netflix, Disney, Lionsgate dan banyak lagi. Beliau kini sedang menulis filem aksi Dwayne Johnson di Netflix serta siri susulan seterusnya bagi francais Saw yang popular.

Perihal Lifeboat Productions
Amy Kim dan Jaime Burke merupakan penerbit pemenang anugerah dengan lebih 20 tahun pengalaman yang pelbagai. Mereka telah menerbitkan kandungan asal untuk semua strim dan studio terkemuka dengan kredit terkini mereka, termasuk siri akan datang, Surfside Girls, bagi Apple+ dan Undone bagi Amazon. Kim memulakan kerjaya penerbitannya dengan WEST BANK STORY, sebuah Filem Pendek Pemenang Anugerah Academy dan telah berkhidmat sebagai Ketua Penerbitan untuk Vuguru, studio digital Michael Eisner, sebelum menubuhkan Lifeboat Productions bersama Jaime Burke pada tahun 2012. Burke memulakan kerjaya penerbitan filemnya dengan tajuk seperti THE POSSESSION OF MICHAEL KING dan filem klasik seram bebas, THE PACT. Ini merupakan kerjasama kedua mereka dengan pengarang/pengarah, Josh Stolberg.

Perihal Proxima dan Ryan Kavanaugh
Pengasas Proxima Media, pemegang saham yang mengawal Thriller, Ryan Kavanaugh, adalah salah seorang eksekutif yang paling berjaya, prolifik dan dihormati dalam sejarah industri hiburan. Beliau menggunakan model pintar bagi pembiayaan filem dan digelar "Moneyball untuk filem". Beliau telah menerbitkan, mengedar dan/atau menstruktur pembiayaan untuk lebih daripada 200 buah filem, menjana lebih daripada $20 bilion hasil pecah panggung di seluruh dunia dan memperoleh 60 pencalonan Oscar. Beliau adalah penerbit filem dengan kutipan ke-25 tertinggi sepanjang zaman. Penerbitan beliau merangkumi Fast and Furious 2-6, 300, Social Network, Limitless, Fighter, Talladega Nights, Step Brothers dan Mama Mia! Kavanaugh dan Proxima mempelopori perjanjian kewangan yang inovatif untuk Marvel selepas ia muflis, mewujudkan studio dan struktur kewangan yang telah membawa kepada Marvel Cinematic Universe. Beliau membina kategori SVOD (penstriman) bersama Netflix yang meningkatkan permodalan pasaran syarikat itu daripada $2 kepada $10 bilion. Kavanaugh adalah pengasas bersama Thriller, satu daripada tiga aplikasi media sosial yang paling pesat berkembang. Baru-baru ini beliau mengetuai pemerolehan, penggabungan dan pelancaran semula aplikasi media sosial dan muzik itu.

Beliau juga menubuhkan sebuah syarikat televisyen yang hebat, kini dikenali sebagai Critical Content, yang menerbitkan rancangan popular seperti Catfish di MTV dan Limitless di CBS, yang telah dijual oleh beliau pada harga $200 juta. Syarikat itu mempunyai 40 siri televisyen di 19 rangkaian sebelum ia dijual. Kavanaugh telah memperoleh beberapa pencapaian dan anugerah, daripada Anugerah Penerbit Terbaik Variety kepada Anugerah Kepimpinan The Hollywood Reporter, daripada 40 Bawah 40 Paling Berpengaruh dalam Perniagaan Fortune kepada Forbes’ Fortune 400, Penerbit Berbilion Dolar oleh Daily Variety dan 100 Orang Paling Berpengaruh di Dunia oleh Vanity Fair. Proxima dan Kavanaugh diwakili oleh Neil Sacker.

Gambar foto yang disertakan bersama pengumuman ini boleh didapati pada pautan https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/24aae164-2a42-42ff-84d5-912661b2aedd

Hubungan Media
Jive PR + Digital
Lynsey Gray
lgray@jiveprdigital.com

SUMBER: Proxima Media

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.