ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 08, 2024 -Rabu

 
  ANUGERAH DISERTASI KEDOKTORAN MARY KAY AKADEMI SAINS PEMASARAN DISAMPAIKAN PADA PERSIDANGAN TAHUNAN 2022

Tuesday 19/07/2022



Table


Pemenang Anugerah Disertasi dan Cadangan Disertasi Mary Kay diumumkan pada persidangan tahunan Akademi Sains Pemasaran 2022. (Grafik: Mary Kay Inc.)
 

Pelajar-pelajar kedoktoran menerima geran sebagai sebahagian daripada Anugerah Disertasi Kedoktoran Tajaan Mary Kay untuk meneruskan matlamat profesional dan pendidikan mereka di dalam bidang berkaitan pemasaran

DALLAS, 19 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Mary Kay Inc. sebuah penyokong korporat terkemuka bagi pemerkasaan dan keusahawanan wanita, meneruskan sokongan mereka selama beberapa dekad bagi pendidikan dan penyelidikan akademik dengan pengumuman bagi pemenang Anugerah Disertasi Kedoktoran dan Cadangan Disertasi Kedoktoran Mary Kay di Persidangan Tahunan Akademi Sains Pemasaran (AMS) yang diadakan pada 25 – 27 Mei di Monterey, California. Selama hampir 30 tahun, syarikat kecantikan global itu telah menganugerahkan geran tahunan ini kepada calon-calon kedoktoran di dalam bidang pemasaran, untuk memberi mereka peluang mempamerkan disertasi mereka yang berjaya dipertahankan di hadapan rakan sebaya mereka. Pemenang ditentukan berdasarkan kepada pembentangan akhir mereka di Persidangan Tahunan AMS.
 
Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20220718005732/en/
 
Penyerahan dibuka kepada pelajar kedoktoran yang meliputi mana-mana topik yang berkaitan dengan pemasaran, metodologi dan minat penyelidikan di seluruh dunia. Finalis bagi Anugerah Disertasi Kedoktoran dan Cadangan Disertasi Kedoktoran Mary Kay 2022 adalah:
 
Finalis Anugerah Cadangan Disertasi Kedoktoran Mary Kay
  • Pemenang – Ali Anwar, Calon PhD, Universiti Wilfrid Laurier (Kanada) – “Kebolehan Jualan dalam Usaha Niaga Awal: Esei tentang Peranan Kebingkasan dan Modal Sosial Dalaman dalam menghadapi Gangguan Buruk
  • Naib Johan Pertama – Alexander Fulmer, Calon PhD, Universiti Yale – “Mempersoalkan mengenai Keutamaan Intuitif bagi Kesengajaan
  • Naib Johan Kedua – Jen Riley, Calon PhD, Universiti Negeri Kennesaw – “Menilai Kesan Teknologi Jualan terhadap Jualan Profesional: Satu Analisis Mengenai Keberkesanan Jualan Sosial” 
Finalis Anugerah Disertasi Kedoktoran Mary Kay 2022
  • Pemenang – Ishita Chakraborty, PhD, Universiti Yale – “Pemarkahan Atribut Sentimen dengan Ulasan Teks Dalam Talian: Perakaunan untuk Struktur Bahasa dan Atribut Yang Hilang” 
“Anugerah Disertasi dan Cadangan Disertasi Mary Kay Akademi Sains Pemasaran menyediakan peluang-peluang yang unik untuk profesional pemasaran bagi  mempamerkan hasil kerja mereka dan menerima maklumat balas yang membina daripada rakan sebaya mereka, yang penting bagi pertumbuhan profesional mereka,” kata Sheryl Adkins-Green, Ketua Pegawai Pemasaran di Mary Kay Inc. “Di Mary Kay, kami kekal komited untuk menyediakan platform bagi kemajuan pendidikan dan kerjaya, serta pembangunan profesional. Kami berbangga untuk menyokong profesional pemasaran berbakat ini dan sumbangan mereka kepada bidang pemasaran.”
 
“Ia adalah menjadi semakin kompetitif untuk membolehkan hasil kerja anda diterbitkan di dalam jurnal Pemasaran yang utama, dan bagi mempunyai peluang untuk mendapatkan maklumat balas daripada golongan terpelajar di dalam Pemasaran terkemuka sebelum penyerahan adalah sesuati yang tidak ternilai,” kata Julie Moulard, Presiden Terdahulu (setakat 1 Jun) bagi Akademi Sains Pemasaran. “Anugerah Disertasi Mary Kay menyediakan sebuah platform kritikal bagi profesional pemasaran ini untuk menyemak kerja mereka dan diperhalusi untuk meningkatkan peluang mereka dalam menerbitkan penemuan penyelidikan di dalam jurnal Pemasaran yang boleh dipercayai, yang akhirnya memberi manfaat kepada reputasi dan kredibiliti akademik mereka secara keseluruhan.”
 
Untuk maklumat lanjut mengenai Anugerah Disertasi Mary Kay Akademi Sains Pemasaran, klik di sini.

Maklumat mengenai Mary Kay

Satu daripada pemecah glass ceiling yang asal atau yang merujuk kepada kesukaran kaum wanita untuk naik pangkat ke peringkat lebih tinggi, Mary Kay Ash telah mengasaskan syarikat kecantikan impiannya pada tahun 1963 dengan satu matlamat: memperkayakan kehidupan wanita. Impian itu telah berkembang menjadi sebuah syarikat bernilai berbilion dolar dengan berjuta-juta anggota tenaga jualan persendirian di hampir 40 buah negara. Sebagai sebuah syarikat pembangunan keusahawanan, Mary Kay komited untuk memperkasakan wanita dalam perjalanan mereka menuju kebebasan ekonomi melalui pendidikan, bimbingan, advokasi, rangkaian dan inovasi. Mary Kay berdedikasi untuk melabur di dalam sains di sebalik kecantikan dan pembuatan penjagaan kulit, kosmetik warna, pemakanan tambahan dan wangi-wangian yang berinovatif. Mary Kay percaya dalam memperkayakan kehidupan hari ini untuk hari esok yang mapan, dengan bekerjasama dengan organisasi dari seluruh dunia yang memberi tumpuan kepada mempromosikan kecemerlangan perniagaan, menyokong penyelidikan kanser, memajukan kesaksamaan jantina, melindungi mangsa yang terselamat daripada penderaan rumah tangga, mencantikkan komuniti kita dan menggalakkan kanak-kanak untuk mengikuti impian mereka. Ketahui lebih lanjut di marykayglobal.com, cari kami di FacebookInstagram, dan LinkedIn atau ikuti kami di Twitter

Maklumat mengenai Akademi Sains Pemasaran

Akademi Sains Pemasaran ialah sebuah organisasi yang tidak mencari keuntungan, bersifat antarabangsa, ilmiah, profesional. Ia berdedikasi untuk menggalakkan standard yang tinggi dan kecemerlangan di dalam penciptaan dan penyebaran pengetahuan pemasaran dan pelanjutan bagi amalan pemasaran melalui satu peranan kepimpinan di dalam disiplin pemasaran di seluruh dunia. Akademi itu komited kepada standard etika dan kekolejan yang paling tinggi dalam usaha mencapai misi ini.

Lihat versi sumber di  businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20220718005732/en/

Hubungi

Komunikasi Korporat Mary Kay Inc.
marykay.com/newsroom
(+1) 972.687.5332 atau
 media@mkcorp.com

Sumber : Mary Kay Inc.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

-- BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.