ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Oktober 28, 2024 -Isnin

 
  BOOMI MERAIH ANUGERAH UNTUK KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF TERBAIK BAGI KEPELBAGAIAN DAN SYARIKAT TERBAIK UNTUK PENGEMBANGAN KERJAYA, MENDUDUKI TEMPAT 50 TERBAIK DI DALAM KATEGORI SYARIKAT TERBESAR

Wednesday 20/07/2022



Table
Boomi Memenangi Anugerah Comparably untuk Ketua Pegawai Eksekutif Terbaik bagi Kepelbagaian dan Syarikat Terbaik bagi Pengembangan Kerjaya di dalam Kategori Syarikat Terbesar (Grafik: Business Wire) 
 
·David Meredith memenangi anugerah Ketua Pegawai Eksekutif Terbaik bagi Kepelbagaian untuk tahun kedua berturut-turut; menyertai senarai Ketua Pegawai Eksekutif utama 2022 yang lain dari Microsoft dan Adobe
·Anugerah itu berikutan satu urus niaga $4 bilion untuk menjadi sebuah syarikat kendiri, dan pelantikan kepimpinan baru-baru ini sebagai sebahagian daripada satu tumpuan global untuk mengambil beberapa ratus ahli baharu pasukan Boomi untuk menyokong pertumbuhan pelanggan yang pesat bagi syarikat itu

CHESTERBROOK, Pa., 20 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Boomi, peneraju ketersambungan dan automasi pintar, hari ini meraih dua anugerah daripada Comparably, sebuah platform bereputasi jenama korporat dan budaya tempat kerja terkemuka, di dalam kategori syarikat terbesar mereka bersama dengan penerima anugerah 2022 yang lain seperti Microsoft, Adobe, IBM, Uber dan SADA. Mendapat penghormatan dengan anugerah Ketua Pegawai Eksekutif Terbaik bagi Kepelbagaian dan Syarikat Terbaik untuk Pengembangan Kerjaya – berdasarkan kepada maklumat balas pekerja tanpa nama daripada lebih 1,700 orang pekerja global – Boomi berada pada kedudukan di antara 50 syarikat utama yang terbesar kerana komitmen mereka terhadap, dan pencapaian di dalam, kepelbagaian dan kemajuan kerjaya.
 
Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20220719005282/en/ 


“Di Comparably kami memberi ganjaran kepada ketelusan di tempat kerja,” kata Jason Nazar, pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif di Comparably. “Anugerah ini memperkasakan pekerja untuk berkongsi pandangan peribadi tentang budaya syarikat mereka, memberi ganjaran dan menonjolkan syarikat seperti Boomi, yang melakukan kerja yang hebat dan membimbing pekerja mereka untuk berjaya.”

Comparably memilih pemenang dengan membuat penilaian terhadap lebih 15 juta penarafan pekerja tanpa nama merentasi 70,000 syarikat terbesar. Pekerja Boomi menempatkan peluang pembangunan profesional mereka, seperti kemajuan kerjaya yang bermakna, bimbingan dan maklumat balas yang berharga, di tahap tinggi, yang membawa kepada pengiktirafan Boomi sebagai di antara Syarikat Terbaik untuk Pengembangan Kerjaya. Dalam menganugerahkan Ketua Pegawai Eksekutif Terbaik untuk Kepelbagaian kepada Boomi, Comparably menilai penarafan Meredith daripada pekerja berwarna Boomi. Anugerah 2022 itu untuk Meredith menandakan tahun kedua berturut-turut mereka menerima gelaran penting ini.

“Sebagai sebuah peneraju kategori, syarikat perisian global sebagai satu perkhidmatan (SaaS), Boomi berusaha untuk mencipta dan mengekalkan satu pengalaman pekerja yang bertaraf dunia,” kata Shawn Maurice, Ketua Pegawai Sumber Manusia di Boomi. “Kami berpegang kepada moto kami iaitu ‘mengambil manusia yang baik’ dan nilai teras kami yang unik iaitu Menjangkau, Bermain untuk Satu Sama Lain, Mencipta Benda yang Hebat, Memilikinya, dan Bina Kepercayaan. Kejayaan Boomi pada akhirnya terletak di tangan ahli pasukan kami, dan kami mengutamakan mewujudkan dan memupuk sebuah persekitaran yang menyokong pembangunan dan kesejahteraan mereka, serta menggalakkan mereka untuk bersikap berani dan mencari penyelesaian baharu yang berinovatif kepada cabaran. Anugerah ini mengesahkan budaya syarikat Boomi yang diraikan sambil kami terus membuat pelaburan di dalam kakitangan kami.”

Sebagai perintis dan peneraju kategori bagi platform penyepaduan natif awan sebagai satu perkhidmatan (iPaaS), Boomi baru-baru ini telah melepasi 20,000 pelanggan, menetapkan satu rekod industri bagi pangkalan pelanggan terbesar di kalangan vendor iPaaS. Syarikat itu mempunyai sebuah komuniti pengguna yang semakin meningkat dengan lebih 100,000 ahli, satu rangkaian di seluruh dunia yang mempunyai lebih daripada 800 rakan kongsi, dan satu daripada tatasusunan terbesar bagi penyepadu sistem global (GSI) di dalam ruang iPaaS. Platform kod rendah Boomi membantu organisasi merentasi semua industri menyambungkan aplikasi data, memperkemaskan aliran kerja dan menyampaikan pengalaman pelanggan yang lebih bersepadu.

Boomi telah ditempatkan sebagai sebuah Peneraju di dalam Gartner® Magic Quadrant™ untuk Platform Penyepaduan Perusahaan sebagai satu Perkhidmatan (EiPaaS) selama lapan tahun berturut-turut.

Syarikat itu baru-baru ini menerima Anugerah Gold Globee® di dalam kategori Platform sebagai satu Perkhidmatan (PaaS), dan telah memperoleh pelbagai anugerah kerana menjadi sebuah majikan pilihan, termasuk satu penyenaraian baru-baru ini sebagai sebuah Tempat Kerja Terbaik Majalah Inc.

Untuk satu senarai bagi jawatan terbuka di dalam pasukan Boomi, sila layari halaman kerjaya di laman web Boomi.

Sumber Tambahan

· Terokai Komuniti Boomiverse
· Ikuti Boomi di TwitterLinkedInFacebook, dan YouTube

Penafian Gartner:
Gartner, Magic Quadrant bagi Platform Penyepaduan Perusahaan sebagai satu Perkhidmatan, Eric Thoo, Keith Guttridge, Bindi Bhullar, Shameen Pillai, Abhishek Singh, 29 September, 2021
 
Gartner tidak menyokong mana-mana vendor, produk atau perkhidmatan yang digambarkan di dalam penerbitan penyelidikan mereka dan tidak menasihati pengguna teknologi untuk memilih hanya vendor yang mempunyai penilaian paling tinggi atau gelaran lain. Penerbitan penyelidikan Gartner terdiri daripada pendapat bagi organisasi penyelidikan Gartner dan tidak boleh ditafsirkan sebagai kenyataan berbentuk fakta. Gartner menafikan semua waranti, yang tersurat atau tersirat, berkenaan dengan penyelidikan ini, termasuk sebarang waranti kebolehdagangan atau kesesuaian untuk satu tujuan tertentu. GARTNER dan Magic Quadrant adalah tanda dagangan berdaftar dan tanda perkhidmatan bagi Gartner, Inc. dan/atau ahli gabungan mereka di Amerika Syarikat dan di peringkat antarabangsa dan digunakan di sini dengan kebenaran. Hak cipta terpelihara. Nota: Boomi telah diiktiraf sebagai Dell Boomi dari 2014 hingga 2019.

Maklumat mengenai Boomi
Boomi serta-merta menghubungkan semua orang dengan segala-galanya, di mana sahaja dengan platform natif awan mereka yang disatukan, terbuka dan pintar. Platform penyepaduan Boomi sebagai satu perkhidmatan (iPaaS) dipercayai oleh lebih 20,000 pelanggan di seluruh dunia untuk kelajuan, kemudahan penggunaan dan jumlah kos pemilikan mereka yang lebih rendah. Sebagai perintis di dalam memacukan penggunaan data secara bijak, visi Boomi adalah untuk memudahkan pelanggan dan rakan untuk menemui, mengurus dan mengatur data, sambil menghubungkan aplikasi, proses dan orang ramai untuk hasil yang lebih baik dan lebih pantas. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.boomi.com.
 
Maklumat mengenai Comparably
Comparably adalah sebuah platform bereputasi jenama korporat dan budaya tempat kerja terkemuka dengan lebih 15 juta penarafan pekerja tanpa nama pada 70,000 syarikat. Dengan data yang paling komprehensif tentang organisasi besar dan SMB di hampir 20 kategori tempat kerja yang berbeza – berdasarkan kepada jantina, etnik, umur, pengalaman, industri, lokasi, pendidikan – ia merupakan satu daripada platform SaaS yang paling banyak digunakan untuk penjenamaan majikan dan sebuah tapak pihak ketiga yang dipercayai untuk budaya tempat kerja dan pampasan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang kajian Comparably dan Anugerah Tempat Kerja Terbaik tahunan, sila layari Comparably News.
 
Maklumat mengenai Anugerah Comparably
Anugerah Comparably ialah satu siri tahunan yang mengetengahkan syarikat dan Ketua Pegawai Eksekutif terbaik di dalam 16 kategori budaya tempat kerja yang berbeza sepanjang tahun itu. Sejak dilancarkan pada penghujung tahun 2017, anugerah itu telah sentiasa didasarkan kepada maklumat balas sentimen yang diberikan oleh pekerja semasa yang menilai majikan mereka secara tanpa nama di Comparably.com dalam tempoh mengenang  kembali selama 12 bulan. Pekerja boleh menjawab soalan berstruktur (dalam format ya/tidak, benar/salah, skala 1-10 dan aneka pilihan) merangkumi 16 topik tempat kerja yang berbeza. Setiap jawapan kemudian diberi skor berangka dan dibandingkan dengan syarikat yang mempunyai saiz yang sama. Set data akhir bagi pemenang disusun daripada lebih 15 juta penilaian merentasi 70,000 syarikat.
 
Lihat versi sumber di businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20220719005282/en/ 


Hubungi

Media:
Kristen Walker
Komunikasi Korporat Global
kristenwalker@boomi.com 
+1-415-613-8320

Sumber : Boomi

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.