ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 26, 2024 -Jumaat

 
  ​YILI BEKERJASAMA DENGAN SIDANG KEMUNCAK G20 INDONESIA

Friday 22/07/2022



Table
 

Aiskrim Joyday di Sidang Kemuncak G20 Indonesia

 
HOHHOT, China, 22 Julai, 2022 /Xinhua-AsiaNet/--

Pada Julai, Kumpulan Yili telah mengumumkan bahawa ia telah menjadi rakan tenusu untuk Sidang Kemuncak G20 Indonesia. Joyday, yang dihasilkan oleh PT Yili Indonesia Dairy, akan membawakan rasa sejuk aiskrim kepada peserta dari seluruh dunia.

Selaras dengan komitmen syarikat itu untuk mencapai “Berkongsi Kesihatan Pelengkap Dunia” dan nilai-nilai yang dikongsi dengan Jawatankuasa G20 itu, ini merupakan kerjasama kedua Yili dengan sidang kemuncak G20 sejak Sidang Kemuncak G20 Hangzhou pada 2016. Edi Prio Pambudi, Sherpa G20 Indonesia dan Timbalan Menteri bagi Kerjasama Ekonomi Antarabangsa di Kementerian Penyelarasan bagi Hal Ehwal Ekonomi, mengiktiraf sokongan padu Yili untuk acara itu serta produk tenusu berkualiti tinggi Yili yang memenuhi piawaian ketat bagi bekalan makanan sidang kemuncak G20.

Membina Sebuah Ekosistem Kesihatan Global secara Bersama

Pangkalan Pengeluaran Tenusu Yili Indonesia, yang dibuka pada Disember 2021, menghasilkan aiskrim berjenama Joyday untuk pasaran Indonesia dan Asia Tenggara. Apabila selesai fasa kedua mereka, pangkalan pengeluaran itu akan menjadi kilang aiskrim terbesar di negara itu, dengan kapasiti pengeluaran harian sebanyak empat juta produk aiskrim. Ia akan memainkan satu peranan penting di dalam menyokong pembangunan ekonomi dan kemakmuran rantau itu. Pangkalan pengeluaran itu mematuhi standard pengurusan kualiti antarabangsa yang ketat dan menggunakan sebuah sistem pembuatan pintar dan digital. Produk itu dibuat daripada bahan mentah yang dipilih dengan baik, berkualiti tinggi dan diproses dengan menggunakan teknologi canggih.

Penubuhan Pangkalan Pengeluaran Tenusu Yili Indonesia itu menandakan satu langkah penting ke arah mencapai ekosistem kesihatan global mereka. Sebagai satu daripada lima syarikat tenusu terkemuka dunia dan pemain terbesar Asia di dalam industri itu, Yili telah secara aktif menerima sumber, pasaran dan bakat dari seluruh dunia serta memupuk sinergi dan kerjasama di seluruh rantaian industri global.

Pada masa ini, Yili memiliki 74 pangkalan pengeluaran dan 15 pusat inovasi dan R&D global merentasi dunia dan telah mewujudkan perkongsian dengan lebih 2,000 perusahaan di 39 buah negara dan wilayah. Pakatan dan kerjasama yang mantap ini memberikan momentum yang kukuh di sebalik pembangunan jangka panjang syarikat itu. Joyday, Cremo, AMBPOMIAL, Youngfun, Westgold, Kabrita dan jenama Yili yang lain dinikmati oleh pengguna di lebih 60 buah negara dan wilayah di seluruh dunia.

Mewujudkan Nilai Bersama Untuk Semua

Yili berpegang teguh kepada Visi Baharu mereka untuk Penciptaan Nilai di dalam pembangunan global mereka. Syarikat itu terus berinovasi untuk menyediakan produk dan perkhidmatan tenusu yang berkualiti tinggi kepada pengguna global sambil memenuhi keperluan pemakanan mereka dan memberi inspirasi kepada gaya hidup yang lebih sihat. Melalui operasi mereka yang teguh dan pertumbuhan pesat, Yili telah mencipta nilai secara konsisten untuk pekerja, rakan kongsi dan pemegang saham mereka. Tambahan pula, Yili berdedikasi untuk mencapai Matlamat Pembangunan Mapan dan berusaha ke arah sebuah masa depan yang lebih cerah untuk masyarakat dan planet itu.

Pada 13 Julai, Yili mengumumkan satu perjanjian kerjasama baharu dengan Jawatankuasa G20 untuk bersama-sama menyokong pemuliharaan terumbu karang di Taman Negara Komodo di Indonesia, yang meliputi pemulihan terumbu, pantai dan pembersihan dalam air. Taman Negara Komodo terletak di tengah-tengah Segitiga Karang Asia Pasifik. Inisiatif itu akan membantu untuk memulihara kepelbagaian biologi global di samping menyediakan faedah ekonomi, sosial dan alam sekitar jangka panjang kepada rantau itu.

Yili telah secara aktif membantu komuniti tempatan, sama ada domestik mahupun global, dalam memerangi pandemik itu, dengan memberikan subsidi keutamaan kepada perniagaan rakan kongsi tempatan dan menyumbang pelitup muka dan produk tenusu untuk membantu melindungi kesihatan fizikal dan emosi orang ramai. Yili mengumumkan matlamat keneutralan karbon 2050 pada awal tahun ini. Satu Pakatan Karbon Sifar Bersih kemudian dibentuk dengan 43 rakan strategik global Yili. Inisiatif memberi tumpuan kepada bidang seperti pemuliharaan kepelbagaian biologi, kesihatan belia, dan pembasmian kemiskinan sedang berjalan dan terus berkembang.
 
SUMBER: Kumpulan Yili
 
Pautan Lampiran Imej:
 
   Puatan: http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=425971
 
   Kapsyen: Aiskrim Joyday di Sidang Kemuncak G20 Indonesia
 
   Pautan: http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=425976
 
   Kapsyen: Yili menghidangkan aiskrim Joyday kepada peserta dari seluruh dunia.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.