ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 09, 2024 -Khamis

 
  MAXIM E-HAILING TRAK DILANCARKAN

Wednesday 27/07/2022



Table
Kapsyen: Trak Maxim Malaysia dilancarkan
 
KUALA LUMPUR, 27 Julai (Bernama) -- Pengguna perkhidmatan boleh menempah pengangkutan trak bagi pemindahan barang-barang besar seperti peralatan rumah dan barangan lain ke suatu tempat yang dituju. Serta memilih kenderaan yang disediakan oleh pihak Maxim yang berkapasiti dari 500kg sehingga 1 tan bergantung kepada situasi. Pengangkutan yang disediakan ialah kereta, trak dan pikap.

Kos tempahan pada kadar "Lori" hanya bermula daripada RM30 mengikut kadar yang dikenakan tidak termasuk perkhidmatan memuat naik barang. Namun, pengguna boleh meminta pemandu untuk membantu memuat dan membawa turun barang dengan memilih jenis surcaj dalam aplikasi ketika membuat tempahan. Perkhidmatan memuat naik dan turun barang adalah tambahan sekiranya pengguna memerlukan tenaga kerja tambahan.

Semasa membuat tempahan tersebut, pengguna perlu memaklumkan kepada pemandu mengenai barang yang akan dibawa, serta sekiranya memerlukan khidmat punggahan barang. Sila nyatakan dengan lebih teliti maklumat seperti tingkat rumah, jenis barang dan lokasi yang dituju.

Perkhidmatan trak ini dilancarkan di beberapa daerah dan negeri di Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Berikut merupakan daerah baru yang dilancarkan iaitu Tawau, Bandar Miri, Kota Kinabalu, Kuching, Sandakan dan Bintulu.

Pengguna boleh memasuki kod promosi “ANGKUT” untuk tempahan pertama anda dan berpeluang untuk mendapat RM30.

Maxim juga menawarkan peluang keemasan kepada pemandu yang ingin menyertai kami, ianya tertakluk pada terma dan syarat. Perkhidmatan dengan Maxim Malaysia boleh dilakukan secara utama ataupun sambilan bagi mengisi masa lapang. Jika anda ingin mula menjana pendapatan, anda perlu memuat turun aplikasi Taxsee Driver dan mendaftar atau terus mendaftar di laman sesawang https://taxs.ee/dsk.

Anda boleh membuat tempahan dengan cara yang mudah: melalui aplikasi Maxim atau di laman sesawang taximaxim.com/my/.

Sumber: PR Specialist of Maxim Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: 
PR Specialist of Maxim Malaysia 
Nama: Shafiqah Shajari
Tel: +6095316820
Emel: press@taximaxim.com 

 
--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.