ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Oktober 28, 2024 -Isnin

 
  EXPENSICON, SATU-SATUNYA FESTIVAL PERAKAUNAN DAN FINTECH DI DUNIA YANG DIHOSKAN OLEH EXPENSIFY, KEMBALI KE ITALI UNTUK TAHUN 2023

Wednesday 27/07/2022



Acara itu yang melalui jemputan sahaja, dan semua perbelanjaan ditanggung di Borgo Egnazia di Puglia akan menghimpunkan 100 firma perakaunan terkemuka dan pemain fintech dari seluruh dunia untuk memulakan penciptaan sebuah komuniti yang mengubah industri

PORTLAND, Ore., 27 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Expensify, Inc. (Nasdaq: EXFY), sebuah super aplikasi pembayaran yang membantu individu dan perniagaan di seluruh dunia memudahkan cara mereka menguruskan wang merentasi perbelanjaan, kad korporat dan bil, hari ini mengumumkan kembalinya ExpensiCon pada 18-22 Mei, 2023, di Puglia, Itali. Satu kumpulan eksklusif akauntan bertaraf dunia dan syarikat-syarikat fintech yang perkasa dijemput ke kawasan luar bandar Itali selama lima hari untuk membina komuniti, kepimpinan pemikiran, jaringan, sesi meja bulat dan acara kejutan di antara kebun pokok zaitun. ExpensiCons sebelum ini di Bora Bora dan Maui termasuk peserta daripada PwC, Deloitte, BDO, CLA, Baker Tilly, dan EisnerAmper, serta sembang tepi dengan Travis Kalanick dari Uber, Zach Nelson dari NetSuite dan Rod Drury dari Xero.
 
Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20220725005172/en/


“ExpensiCon ialah cara bagaimana kami berkongsi moto kami ‘Hidup Sepenuhnya, Berseronok, dan Selamatkan Dunia’ dengan rakan-rakan utama kami dan peneraju pemikiran industri untuk membina sebuah komuniti baharu yang memberi 100 peratus tumpuan kepada masa depan,” kata David Barrett, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Expensify. “Dan apakah tempat yang lebih baik untuk memulakan sesuatu daripada sebuah percutian mewah lima bintang, jauh daripada gangguan kehidupan seharian? Ia adalah persekitaran yang sempurna untuk mengembangkan perhubungan yang produktif dengan minda yang paling cemerlang, dan menumpukan kepada menyelesaikan masalah industri yang paling mendesak.”

Acara itu akan termasuk satu gabungan ucapan dasar, perbincangan meja bulat, sembang  tepi, peluang menjalin jaringan 1 dengan 1 dan sesi strategi, serta acara VIP. Selain itu, hadirin dan tetamu mereka akan juga merasai keindahan Puglia dalam lawatan membina perhubungan di seluruh wilayah itu yang menampilkan pembuatan pasta, lawatan kapal pesiar dan banyak lagi.

Pengasas & Ketua Pegawai Penyelesaian bagi Perniagaan QA dan peserta ExpensiCon sebelum ini Clayton Oates menyatakan, “Satu perkara yang saya suka tentang cara bagaimana Expensify mendekati ExpensiCon ialah mereka mengetepikan kebijaksanaan konvensional mengenai acara. Daripada mengadakan sebuah acara berskala besar dan kaya dengan kandungan yang tertumpu pada impak jangka pendek, pada sebuah pusat konvensyen yang membosankan, mereka sebaliknya memberi tumpuan kepada meletakkan satu asas untuk kerjasama di dalam dan di luar profesion perakaunan. Pandangan jangka panjang Expensify, agenda yang seimbang dan keupayaan untuk mewujudkan pengalaman yang ajaib di lokasi yang paling menakjubkan di dunia benar-benar menyumbang kepada hadirin memperoleh manfaat sepenuhnya daripada pengalaman itu. ExpensiCon adalah satu-satunya acara yang anda tidak mahu terlepas daripada menghadirinya.”

Untuk memperolehi jemputan anda, ketahui maklumat lanjut di expensicon.com.

Maklumat mengenai Expensify

Expensify adalah sebuah super aplikasi pembayaran yang membantu individu dan perniagaan di seluruh dunia memudahkan cara mereka menguruskan wang. Lebih daripada 12 juta orang menggunakan ciri-ciri percuma Expensify, yang termasuk kad korporat, penjejakan perbelanjaan, pembayaran balik pada hari berikutnya, invois, pembayaran bil dan tempahan perjalanan di dalam satu aplikasi. Semuanya percuma. Sama ada anda memiliki sebuah perniagaan kecil, menguruskan sebuah pasukan atau menutup buku perakaunan untuk pelanggan anda, Expensify membuatnya mudah untuk anda supaya anda mempunyai lebih banyak masa untuk memberi tumpuan kepada perkara yang benar-benar penting.
 
 
Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20220725005172/en/


Hubungi

James Dean, press@expensify.com

Sumber : Expensify, Inc.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.