ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 27, 2024 -Sabtu

 
  LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA (HASIL) ANJUR PERSIDANGAN PERCUKAIAN KEBANGSAAN 2022 KALI KE-22

Tuesday 02/08/2022



KUALA LUMPUR, 2 Ogos (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) dengan kerjasama Chartered Tax Institute of Malaysia (CTIM) hari ini menganjurkan Persidangan Percukaian Kebangsaan 2022 (National Tax Conference 2022 @ NTC 2022) secara bersemuka serta dalam talian menerusi platform aplikasi Zoom. Persidangan yang berlangsung selama dua hari di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur ini menghimpunkan lebih 2,000 orang pengamal percukaian dengan tema The Role of Taxation in Post Pandemic Recovery. 
 
Majlis perasmian NTC 2022 telah disempurnakan oleh YB Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I. Turut bersama-sama hadir dalam sesi perasmian ini ialah YBhg. Datuk Mohd Nizom bin Sairi, Ketua Pegawai Eksekutif HASiL, YBrs. Encik Chow Chee Yen, Presiden CTIM, YBrs. Encik Roszamman bin Md Nawi, Pengarah Akademi Percukaian Malaysia (APM) dan YBrs. Encik Soh Lian Seng, Timbalan Presiden CTIM.
 
YB Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah dalam kenyataannya menyatakan bahawa “Percukaian adalah amat penting bagi membantu pembangunan negara, lebih-lebih lagi dalam membangunkan semula negara pasca pandemik COVID-19. Memandang ke hadapan, saya percaya HASiL, dengan kerjasama pihak pembayar cukai dan agensi-agensi berkaitan akan memainkan tanggungjawab masing-masing demi memastikan usaha pemulihan ekonomi negara berada di landasan terbaik”.
 
Bercakap berkenaan Sustainable Development Goals (SDGs), beliau berkata kerajaan perlu memperkukuhkan sistem percukaian yang sedia ada bagi meningkatkan kecekapan agar dapat memenuhi matlamat SDGs tersebut sekali gus menyokong kepada pertumbuhan ekonomi yang inklusif. Pada peringkat domestik, undang-undang dan polisi yang lebih efektif perlu diperkenalkan dan dalam masa yang sama pelarian serta pengelakan cukai turut diperangi.   
 
Ujar beliau lagi, di peringkat antarabangsa Malaysia sentiasa responsif terhadap perubahan semasa khususnya dalam persetujuan piawaian percukaian antarabangsa bagi memastikan persekitaran yang kompetitif untuk menarik pelaburan langsung asing dan tempatan di samping mencegah sebarang aktiviti pelarian cukai rentas sempadan. Mengulas mengenai pematuhan cukai dalam kalangan syarikat multinasional, beliau menyatakan kerajaan melalui HASiL akan terus berusaha merangka strategi yang komprehensif bagi memastikan setiap syarikat multinasional yang beroperasi di negara ini membayar amaun cukai yang sepatutnya.
 
YBhg. Datuk Mohd Nizom bin Sairi, dalam ucapannya menekankan peranan HASiL sebagai pemudah cara dalam meningkatkan kadar pematuhan cukai secara sukarela menerusi program-program pendidikan cukai secara libat urus bersama dengan komuniti percukaian. Bagi tujuan tersebut, HASiL memfokuskan kepada tiga pendekatan iaitu Kesedaran Cukai (Awareness), Pendidikan Cukai (Education) dan Perkhidmatan Cukai (Services)
 
Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh dimajukan kepada HASiL melalui:
a) Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara);
b) HASiL Live Chat; dan
c) Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM di pautan pantas
https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/ 

Dikeluarkan Oleh:
Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia 

Tarikh: 
02 Ogos 2022

Sumber: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia 

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia 
Customer Care Officer: 019-651 1100
Hasil Care Line : 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (luar negara)
Hasil Recovery Call Centre: 03-8751 1000  
Portal Rasmi : www.hasil.gov.my
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.