ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 20, 2024 -Isnin

 
  TDK MENGANJURKAN KLINIK 'RISING STARS' KEEMPAT DI WCH OREGON22

Wednesday 03/08/2022



Table
Sinclaire Johnson, Valerie Adams, Trey Cunningham, dan Ashton Eaton (dari kiri) dengan para pelajar mereka di TDK Rising Stars Clinic di WCH Oregon22. (Foto: Business Wire) 
 
Atlet Terkemuka Menjadi Mentor Kepada Para Remaja di Kejohanan Olahraga Dunia

EUGENE, Ore., 3 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Sebagai sebahagian daripada Kejohanan Olahraga Dunia Oregon 22 (WCH Oregon22) yang dianjurkan pada 15-24 Julai di University of Oregon Hayward Field di Eugene, Oregon, Amerika Syarikat penganjur rasmi iaitu IAAF dan rakan kongsi kejohanan TDK Corporation (TOKYO:6762) mengadakan Klinik ‘Rising Stars’ (RSC) kali keempat yang merupakan inisiatif unik yang memberikan peluang kepada para atlet muda untuk mengikuti latihan dengan dan belajar daripada, atlet trek dan padang yang terkemuka dulu dan sekarang.
 
Siaran akhbar ini mengandungi multimedia.  Lihat siaran penuh di : https://www.businesswire.com/news/home/20220801005377/en/ 

Sesi latihan pada kali ini diterajui oleh dua atlet AS: pemenang pingat perak acara lari berpalang 110m lelaki WCH Oregon22 Trey Cunningham dan pemenang pingat emas acara 1500m wanita di Kejohanan Trek dan Padang Luar AS 2022 Sinclaire Johnson; dan dua atlet legenda yang sudah bersara dan kini merupakan duta RSC: Ashton Eaton (AS), pemenang pingat emas acara dekatlon lelaki sebanyak dua kali di Olimpik Musim Panas and Kejohanan Olahraga Dunia, dan Valerie Adams (New Zealand) yang merupakan juara dunia empat kali dan juara Olimpik sebanyak dua kali dalam acara lontar peluru. 

Kesemua ahli sukan elit ini membimbing 16 peserta muda dari kelab atlet tempatan dalam menetapkan langkah mereka, menawarkan nasihat dalam semua perkara dari senaman memanaskan badan dan regangan sehinggalah kepada teknik larian.  Kemuncak aktiviti pada hari itu adalah acara lari berganti-ganti 4x100 meter di trek utama di Hayward Field yang terkemuka, yang dimulakan dengan lawatan di belakang tabir yang memberikan gambaran peringkat-peringkat yang dilalui oleh para atlet pada hari perlumbaan, termasuklah memeriksa keadaan pepaku pada kasut di bilik panggilan dan acara barisan masuk pasukan yang diiringi pengenalan daripada juruhebah stadium.  Dan seperti yang dilalui oleh para atlet terkenal, selepas berlumba berlatarbelakangkan logo TDK yang jelas terpamer, pengalaman itu disempurnakan dengan temubual selepas perlumbaan dalam zon campuran di stadium.

Komen Atlet dan Duta RSC:

“Satu perkara yang sangat baik apabila kami dapat memberikan anak-anak ini yang meletakkan segala-galanya dalam olahraga satu  rangsangan tambahan dengan menunjukkan kepada mereka apa yang telah kami lalui untuk sampai ke tahap ini. Dan bagi saya secara peribadi, ia sangat memberi inspirasi untuk mendapat peluang berkolaborasi dalam acara seperti ini dengan atlet dari disiplin lain.”

“Trek dan padang sering dikaitkan dengan sukan individu, tetapi berserta bimbingan teknik larian asas, apa yang saya harap anak-anak ini dapat pelajari mulai hari ini dalam usaha mereka meneruskan kehidupan dalam olahraga ialah bagaimana lari berganti-ganti adalah acara di mana mereka boleh belajar banyak perkara dengan berinteraksi dengan rakan sepasukan mereka.”

“Lawatan belakang tabir memberi peluang yang jarang diperolehi bagi merasai sendiri  persiapan yang dilalui oleh atlet terkemuka sebelum perlumbaan, jadi sebagai pelumba trek dan padang, saya sangat gembira kerana kami dapat memberi peluang itu kepada atlet masa depan ini.”

Mengenai Klinik Rising Stars

Klinik ini adalah program unik untuk TDK yang mencerminkan slogan komunikasi TDK “Attracting Tomorrow.” Ia memberi peluang kepada atlet muda untuk berinteraksi dengan atlet kelas atas dan melihat mereka bersaing di peringkat tertinggi dalam Kejohanan Dunia IAAF. Program ini bertujuan untuk memberi inspirasi kepada atlet muda untuk menjadi generasi atlet terkemuka dan disasarkan kepada pelajar yang mempunyai minat dalam sukan trek dan padang.

Mengenai TDK Corporation

TDK Corporation ialah peneraju dunia dalam penyelesaian elektronik untuk masyarakat pintar yang berpangkalan di Tokyo, Jepun. Dibina di atas asas penguasaan sains bahan, TDK mengalu-alukan transformasi masyarakat dengan terus kekal di barisan hadapan evolusi teknologi bagi "Attracting Tomorrow". Ia ditubuhkan pada tahun 1935 untuk mengkomersialkan ferit, bahan utama dalam produk elektronik dan magnetik. Portfolio TDK yang komprehensif dan dipacu inovasi menampilkan komponen pasif seperti seramik, elektrolitik aluminium dan kapasitor filem, serta peranti magnetik, frekuensi tinggi dan piezo dan perlindungan. Spektrum produk juga termasuk sensor dan sistem sensor seperti suhu dan tekanan, magnetik dan sensor MEMS. Selain itu, TDK menyediakan bekalan kuasa dan peranti tenaga, kepala magnetik dan banyak lagi. Produk ini dipasarkan di bawah jenama produk TDK, EPCOS, InvenSense, Micronas, Tronics dan TDK-Lambda. TDK memberi tumpuan kepada permintaan pasaran dalam automotif, industri dan elektronik pengguna, serta teknologi maklumat dan komunikasi. Syarikat ini mempunyai rangkaian lokasi reka bentuk dan pembuatan serta pejabat jualan di Asia, Eropah, dan di Amerika Utara dan Selatan. Pada tahun fiskal 2021, TDK mencatatkan jumlah jualan sebanyak USD 13.3 bilion dan menggaji kira-kira 129,000 orang di seluruh dunia.
 
Lihat sumber asal di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20220801005377/en/ 


Hubungi

Orang untuk dihubungi bagi media
Aya TOHYAMA
TDK Corporation
+813-6778-1055
pr@jp.tdk.com 

Sumber : TDK Corporation 

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.