ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 20, 2024 -Isnin

 
  ECLOUDVALLEY MENJALIN KERJASAMA DENGAN THE ROYAL GROUP BAGI MEMPERCEPATKAN TRANSFORMASI DIGITAL DI KEMBOJA

Monday 15/08/2022



Table

eCloudvalley Menjalin Kerjasama dengan The Royal Group bagi Mempercepatkan Transformasi Digital di Kemboja (Foto: Business Wires)


SINGAPURA, 15 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- eCloudvalley Digital Technology, sebuah penyedia terkemuka bagi transformasi digital di Asia, telah mengumumkan penubuhan satu usaha sama di Kemboja dengan The Royal Group. Perkongsian strategik itu bertujuan untuk mempercepatkan transformasi digital di Kemboja dan melancarkan inovasi perusahaan tempatan dengan memanfaatkan pengalaman awan eCloudvalley yang meluas dan hubungan tempatan The Royal Group yang kukuh.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20220814005028/en/

Ketua Pegawai Eksekutif eCloudvalley MP Tsai berkata: “Kerjasama dengan The Royal Group itu menegaskan semula komitmen eCloudvalley untuk mempercepatkan transformasi digital global dan pelanggan kami boleh bergantung harap kepada sebuah pasukan tempatan yang menyediakan sokongan global. The Royal Group adalah konglomerat yang paling berprestij di Kemboja. eCloudvalley berbesar hati untuk bekerjasama dengan The Royal Group bagi mempercepatkan transformasi digital di Kemboja. eCloudvalley akan menyediakan latihan untuk membina sebuah pasukan teknikal tempatan dan pada masa yang sama berkongsi pengalaman awan global kami dengan pasaran tempatan. Bersama-sama dengan The Royal Group, kami percaya perkhidmatan awan itu akan memberikan dorongan kepada transformasi digital Kemboja.”

Pengerusi Royal Group Neak Oknha Kith Meng berkata “Ini merupakan satu lagi kejayaan penting bagi The Royal Group dan sektor ICT Kemboja. Dengan menjalin kerjasama dengan rakan APAC pertama Amazon Web Services, eCloudvalley, dan membawa kepakaran awan tempatan kepada Kerajaan Kemboja. Misi Royal Group adalah untuk mempercepatkan kemajuan digital Kemboja yang pesat dan untuk menunjukkan kepada dunia bahawa Kemboja memang mempunyai peralatan digital yang menempatkan negara itu di peta digital, mengikut rangka kerja strategik kerajaan, yang diketuai oleh Perdana Menteri Hun Sen, bagi merangsangkan ekonomi digital Kemboja.”

eCloudvalley memulakan kerjasama mereka dengan AWS pada tahun 2014, dan AWS telah mengiktiraf pencapaian mereka secara meluas sejak itu. Pada tahun 2022, ia telah memenangi pelbagai pengiktirafan di pasaran Asia, termasuk Rakan Terbaik Tahunan Khusus AWS ASEAN, Rakan Terbaik Tahunan Perkhidmatan AWS di ASEAN, Rakan Terbaik Tahunan AWS di Malaysia, Rakan Terbaik Tahunan AWS di Filipina, Rakan Terbaik Tahunan Perkhidmatan AWS di Hong Kong.

Maklumat mengenai eCloudvalley

eCloudvalley Digital Technology ialah Rakan Perkhidmatan Peringkat Perdana AWS dan Rakan Perkhidmatan Terurus yang lahir di awan yang diaudit. eCloudvalley ialah vendor terkenal di dalam Vendor Wakil Asia Pasifik bagi Awan Awam MSP di Gartner dan telah dianugerahkan oleh Financial Times dengan “Syarikat-syarikat Berkembang Tinggi Asia Pasifik”. eCloudvalley telah memberi perkhidmatan kepada lebih 1,800 perusahaan untuk melaksanakan sebarang transformasi digital. Kecekapan teras kami termasuk Keselamatan Awan, Keselamatan Siber, Migrasi Awan, Pembekal Perkhidmatan Terurus, Penyelesaian Data, SAP, Kebebasan DB, Latihan Awan, DevOps, Tanpa Pelayan dan Kontena.

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20220814005028/en/

Hubungi

Media
Siaoyu Chien
siaoyu.chien@ecloudvalley.com

Cathy Ye
cathy.ye@ecloudvalley.com

Sumber : eCloudvalley Digital Technology

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.