ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 08, 2024 -Rabu

 
  PROMOSI MERDEKA TEATER MUZIKAL UPIN & IPIN : PIN PIN POM

Thursday 25/08/2022



Table

"PROMOSI MERDEKA TEATER MUZIKAL UPIN & IPIN : PIN PIN POM"

SHAH ALAM, 25 Ogos (Bernama) -- Teater Muzikal Upin & Ipin – Pin Pin Pom , bakal mengegarkan dunia pementasan teater. Di mana teater ini menampilkan pengembaraan maskot Upin dan Ipin serta kawan-kawan ke dunia yang penuh magik.  Dengan berkonsepkan dunia fantasi yang menerapkan unsur-unsur dan elemen kebudayaan dalam bentuk tarian, lagu-lagu dan juga permainan tradisional sudah pasti akan menghiburkan sesiapa yang menonton.

Di antaranya lagu-lagu yang dipersembahkan yang pasti akan mengamit nostalgia adalah , lagu “Nenek Si Bongkok Tiga” serta beberapa lagu baru seperti  lagu “Upin & Ipin Berani” bertemakan dikir barat dan lagu tema “Pin Pin Pom!”. Teater ini turut menampilkan watak baru yang pertama kali muncul di pentas teater adalah watak Pahlawan Magik Upin & Ipin dan Nenek Kebayan.

“Teater Muzikal Upin  & Ipin – Pin Pin Pom!”  akan dipentaskan di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 3 & 4 September 2022  dan slot pementasan akan berlangsung pada 11 pagi, 3 petang dan 8.15 malam.

Bersempena dengan sambutan hari kebangsaan yang ke 65 tahun tidak lama lagi, Pihak Les’ Copaque berbesar hati menjemput semua rakyat Malaysia bersama-sama menyaksikan “Teater Muzikal  Upin & Ipin – Pin Pin Pom!” dengan menawarkan promosi, potongan harga tiket sehingga 50% .  Untuk dapatkan promosi ini, layari laman web Trip.Com dan buat pembelian dengan segera.
 
Jualan tiket promosi merdeka:
Laman web: https://Trip.com (https://my.trip.com/w/UpinIpin-2022)
Tempoh Pembelian Tiket : 21 – 28 Ogos 2022

Harga Tiket :
PS3 : RM69 (Minimum 3 Tiket)
PS2 : RM110 (Minimum 2 Tiket PROMOCODE "NEGARA2")
PS1 : RM230 (Minimum 3 Tiket PROMOCODE "NEGARA1")

SUMBER: Les' Copaque Production Sdn Bhd 

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Nurulhuda Bt Datuk Sharabuddin
HR Manager & Event Coordinator
Tel: 03-5511 8089.
Faks: 03-5511 8086

--BERNAMA


 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.