ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 09, 2024 -Khamis

 
  TAN SRI LEE KIM YEW MELANCARKAN VIDEO HARI KEBANGSAAN KETEPIKAN PERBEZAAN POLITIK DAN UTAMAKAN KEPENTINGAN NEGARA

Monday 29/08/2022



SERI KEMBANGAN, 29 Ogos (Bernama) -- Menjelang sambutan Hari Kebangsaan tahun ini, Tan Sri Lee Kim Yew mengambil kesempatan ini untuk melancarkan video Hari Kebangsaan yang serba baharu dan penuh inspirasi bertajuk "Ketepikan Perbezaan Politik", menyeru rakyat untuk bersama-sama menyemai semangat Merdeka, dan menasihati semua parti politik untuk mengetepikan kepentingan parti dan menumpukan kepada kepentingan negara. Ini merupakan salah satu pendekatan terbaik untuk meraikan ulang tahun kemerdekaan kita yang ke-65. 

Video yang berdurasi 3 minit 12 saat telah disiarkan secara rasmi di laman Facebook Tan Sri Lee Kim Yew pada Sabtu lalu. Video dimulakan dengan ucapan Tan Sri Lee Kim Yew. Dalam ucapannya, beliau menyeru semua parti politik supaya mengetepikan perbezaan politik, menghentikan pergaduhan dalaman, memulihkan semangat Merdeka, dan menunjukkan kepada dunia bahawa Malaysia mempunyai urus tadbir yang baik. 

“Politik itu penting, tetapi urus tadbir yang baik adalah lebih penting. Tahun ini genap 65 tahun kemerdekaan negara dan kita perlu tunjukkan kepada dunia bahawa Malaysia mempunyai tadbir urus yang baik. Bagaimana untuk melakukan urus tadbir yang baik?

Kita perlu memainkan peranan besar dengan mengamalkan prinsip Rukun Negara. Harapan terbesar saya ialah pada Hari Kebangsaan ini, semua parti politik dapat mengetepikan perbezaan politik mereka, menghentikan pergaduhan dalaman dan meraih kejayaan. Kita mahu dunia melihat bahawa Malaysia mempunyai sistem kehakiman yang bebas, dan kuasa badan eksekutif hanya untuk 5 tahun. Jika pentadbiran tidak dilakukan dengan baik, maka ia boleh diganti. Sehubungan itu, saya memutuskan untuk mengeluarkan sedikit bajet dan idea untuk merakam video Hari Kebangsaan ini."

Dalam video Hari Kebangsaan "Ketepikan Perbezaan Politik", dimulakan dengan pepatah terkenal Bapa Kemerdekaan Tunku Abdul Rahman yang mengingatkan orang ramai bahawa, sebagai ahli keluarga yang ikhlas dalam keluarga Malaysia, kita mesti selalu bantu-membantu antara satu sama lain, yang kaya tolong yang miskin, yang maju tolong yang kurang maju.  

“Sekumpulan kanak-kanak yang mewakili berbeza parti politik kemudiannya dilihat memasuki satu ruang yang dipanggil Ruang Perpaduan. Pada mulanya, pertengkaran mulut dan perbezaan pendapat telah berlaku. Tetapi, ia terlerai apabila mereka menemukan ada persamaan dalam perbezaan mereka lalu menurunkan bendera masing-masing. Di dalam ruangan tersebut, terdapat sebuah kotak hitam dan perasaan ingin tahu mereka telah membawa mereka ke kotak hitam tersebut. Mereka membukanya dan terdapat bendera Malaysia, Jalur Gemilang di dalamnya. Tanpa teragak-agak, mereka terus mengambil Jalur Gemilang dan segera membangkitkan semangat perpaduan dan patriotisme mereka, dengan sorakan “Merdeka”.

Tan Sri Lee Kim Yew menegaskan mana-mana parti politik yang menjadi kerajaan perlu menumpukan kepada hal ehwal kerajaan dan mendahulukan rakyat, dan hal ehwal parti tidak boleh dibawa masuk ke dalam kerajaan. Pada masa yang sama, lupakan kepentingan parti politik dan hanya focus kepada kepentingan negara dan rakyat. Kerajaan gabungan akan menjadi trend demokrasi di Malaysia, dan calon yang mempunyai perwatakan baik akan mempunyai kelebihan. 

Di samping itu, Tan Sri Lee Kim Yew juga menekankan bahawa sebagai warganegara Malaysia, adalah perlu untuk kita benar-benar memahami prinsip Rukun Negara. Perpaduan jangka panjang rakyat Malaysia hanya dapat dipastikan melalui kefahaman dan pengamalan yang mendalam terhadap Rukun Negara dalam kehidupan seharian, kerana lima prinsip ini merupakan formula yang diperlukan untuk mencapai perpaduan, keharmonian, kemakmuran dan kemajuan negara. Kita mesti mengambil serius perkara ini demi cara hidup demokratik yang mampan dan masyarakat serta budaya yang adil dan progresif.

Tan Sri Lee Kim Yew juga merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam penghasilan video ini, termasuk Golden Horse Digital Investment Bank, Unicorn Four Season Durian Hotel yang menaja lokasi pengambaran dan Institusi Kebajikan Ti-Ratana Malaysia. 

Akhir sekali, Tan Sri Lee Kim Yew mengajak kepada semua untuk meninggalkan komen, suka dan kongsikan video ini kepada lebih ramai orang bagi menyemarakkan lagi semangat patriotisme sempena sambutan Hari Kebangsaan ini. Orang ramai boleh melayari laman Facebook Tan Sri Lee Kim Yew untuk menonton video tersebut atau tekan pautan dibawah: https://www.facebook.com/tsleekimyew/ 

Sumber: Golden Horse Investment Bank Ltd

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: 
Nama: Miss Shafina
Tel: 
+60 12-962 1669

Nama: 
Ms Fatini
Tel:  
+6012-6572377

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.