ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Disember 17, 2024 -Selasa

 
  MODUL 5G R16 LEBAR JALUR ULTRA TINGGI QUECTEL DIPERAKUI UNTUK PENGGUNAAN PADA RANGKAIAN 5G DAN LTE-A T-MOBILE

Tuesday 30/08/2022



Table
Modul 5G Quectel RM520N-GL and senario penggunaan IoT mereka (Foto: Business Wire) 
 
VANCOUVER, British Columbia, 30 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Quectel Wireless Solutions, sebuah penyedia penyelesaian IoT global, telah mengumumkan bahawa modul 5G NR RM520N-GL mereka, yang mematuhi dengan piawaian 3GPP Release 16 (R16), telah diperakui untuk beroperasi pada rangkaian 5G dan LTE-A T-Mobile di Amerika Syarikat.
 
Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20220829005280/en/ 


Dengan pensijilan ini, pelanggan RM520N-GL boleh menggunakan secara komersial pintu gerbang rumah mereka, penghala industri, peranti automasi industri, kenderaan penghantaran tanpa pemandu, robot, dron, komputer riba pengguna dan industri serta penggunaan IoT generasi seterusnya yang lain pada rangkaian 5G dan LTE-A T-Mobile.

“Kami sangat teruja untuk melihat Quectel telah mencapai kemajuan yang ketara di dalam 5G, ketika modul kami yang menyokong ciri-ciri 5G R16 telah memperoleh pensijilan yang penting ini di dalam pasaran Amerika Utara,” kata Norbert Muhrer, Presiden dan Ketua Pegawai Jualan bagi Quectel. “Ini mengesahkan komitmen kami untuk memacukan inovasi dan menyediakan pelanggan global kami dengan penyelesaian IoT yang terbaik di dalam kelasnya yang sangat boleh dipercayai, yang akan membantu mempercepatkan gelombang seterusnya bagi penggunaan loT 5G.”

Berdasarkan kepada platform SDX62 Qualcomm, RM520N-GL itu menyokong kedua-dua mod 5G NSA dan SA, serta ciri-ciri R16 yang dipertingkatkan seperti lebar jalur ultra tinggi, kependaman tahap milisaat, penghirisan rangkaian 5G dan kebolehpercayaan ultra.

Menyasarkan pasaran global, modul ini direka bentuk untuk menyokong 28 jalur utama sub-6GHz di seluruh dunia (n1/ 2/ 3/ 5/ 7/ 8/ 12/ 13/ 14/ 18/ 20/ 25/ 26/ 28/ 29/ 30/ 38/ 40/ 41/ 48/ 66/ 70/ 71/ 75/ 76/ 77/ 78/ 79), yang serasi ke belakang dengan rangkaian LTE-A/3G dan menampilkan GNSS bersepadu untuk perkhidmatan lokasi. Modul yang sangat bersepadu ini boleh meningkatkan penggunaan IoT pelanggan dengan ketara di peringkat global.

Direka bentuk di dalam sebuah faktor bentuk M.2 yang standard industri, dimensi bagi RM520N-GL ialah 30.0mm x 52.0mm x 2.3mm, yang menjadikannya serasi pin-ke-pin dengan modul 5G Quectel siri RM50xQ, modul LTE-A Cat 6 Siri EM06/ EM060K, modul Cat 12 siri EM12/ EM12xR/ EM120K dan modul Cat 16 EM160R-GL, yang memudahkan peningkatan rangkaian mudah bagi peranti pelanggan.

RM520N-GL itu menyokong pautan bawah dan pautan atas NR 2 x Pengagregatan Pembawa (CA) dan ketiga-tiga gabungan bagi dupleks pembahagian masa sub-6GHz (TDD) dan dupleks pembahagian frekuensi (FDD) CA, termasuk CA bagi FDD+TDD, FDD+FDD dan TDD+TDD. Ini memastikan liputan, kapasiti dan daya pengeluaran 5G yang lebih besar dengan mendayakan gabungan aset spektrum 5G yang tersedia. Ciri-ciri ini membolehkan RM520N-GL mempunyai kadar pautan ke bawah maksimum sehingga 3.4Gbps dan kadar pautan naik maksimum sehingga 900Mbps. Kadar data ini memenuhi keperluan bagi aplikasi industri yang memerlukan jalur lebar mudah alih yang dipertingkatkan dan keupayaan komunikasi yang boleh dipercayai, seperti akses tanpa wayar tetap (FWA), peralatan jalur lebar mudah alih dan automasi industri.

Menampilkan satu set protokol internet yang kaya, RM520N-GL itu menyokong pelbagai fungsi pilihan termasuk eSIM dan VoLTE dan menyepadukan antara muka kelajuan super USB 3.1/ PCIe 3.0.

Sebagai tambahan kepada kelulusan T-Mobile, RM520N-GL Quectel juga telah mencapai pensijilan seluruh dunia daripada GCF, PTCRB, CE, CCC, RCM, FCC dan IC.

Untuk membantu pelanggan memudahkan reka bentuk mereka, Quectel juga menyediakan satu rangkaian lengkap antena 5G yang luar biasa dan tersuai yang meningkatkan sambungan tanpa wayar dengan ketara. Pembangun IoT boleh menggabungkan modul RM520N-GL dengan antena Quectel dan perkhidmatan pra-pensijilan, sekali gus mengurangkan kedua-dua kos dan masa ke pasaran bagi peranti 5G mereka.

Maklumat mengenai Quectel

Keghairahan Quectel untuk sebuah dunia yang lebih bijak mendorong kami untuk mempercepatkan inovasi IoT. Sebagai sebuah organisasi yang sangat mengutamakan pelanggan, kami adalah sebuah penyedia penyelesaian IoT global yang disokong oleh sokongan dan perkhidmatan yang cemerlang. Pasukan global kami yang semakin meningkat dengan lebih 4,000 orang profesional menetapkan rentak untuk inovasi di dalam modul selular, GNSS, Wi-Fi dan Bluetooth®, modulantena dan sambungan loT. Dengan mempunyai pejabat serantau dan sokongan di seluruh dunia, kepimpinan antarabangsa kami menumpukan perhatian kepada memajukan IoT dan membantu membina sebuah dunia yang lebih bijak.
 
Untuk maklumat lanjut: www.Quectel.comLinkedInFacebook, dan Twitter.


Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20220829005280/en/


Hubungi

Media
Ashley Liu – media@quectel.com 

Sumber : Quectel Wireless Solutions  

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.