ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 20, 2024 -Isnin

 
  MARY KAY INC. MENYERLAHKAN STRATEGI LESTARI GLOBAL MEREKA DI PERSIDANGAN ANTARABANGSA MASA DEPAN LESTARI DI PRAGUE, REPUBLIK CZECH

Thursday 01/09/2022



Table
“Disebabkan oleh jejak global kami, kami tahu keharusan moral kami adalah untuk meneruskan legasi Mary Kay untuk melakukan perkara yang betul – pada hari ini, esok, dan selamanya. Kami memberi tumpuan kepada operasi pembuatan yang cekap dengan mengurangkan kesan alam sekitar kami dan mengenal pasti peluang bagi penambahbaikan sumber. Kami mencabar diri kami untuk mengukuhkan lagi amalan mapan di dalam perniagaan kami melalui pembangunan produk, reka bentuk, penyumberan bertanggungjawab, dan pengurangan pencemaran plastik,” kata Edita Szaboova, Pengurus Besar bagi Mary Kay Republik Czech dan Slovakia. (Kredit Foto: Mary Kay Inc.) 
 
DALLAS, 1 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Kita semua mempunyai tanggungjawab untuk menjaga alam sekitar dan dunia di sekeliling kita. Kelestarian harus menjadi satu usaha bersepadu dan satu komitmen global. Pada akhir Jun, Persidangan Antarabangsa Masa Depan Lestari, yang ditaja oleh Mary Kay Inc., berlangsung di Istana Martinic yang bersejarah, sebuah tapak Warisan Dunia UNESCO. Pemimpin pemikir, pakar, perniagaan dan eksekutif yang tidak mencari keuntungan daripada beberapa industri berhimpun di tapak bersejarah itu untuk berkongsi, menjalin rangkaian dan mendidik khalayak tentang piawaian yang berinovatif dan mapan untuk melaksanakan dengan jayanya dalam usaha untuk memelihara sumber berharga dunia untuk generasi semasa dan akan datang.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20220830005153/en/ 

Mary Kay Inc., penyokong sekian lama untuk kelestarian, mendahului acara itu dengan mengumumkan strategi kelestarian baharu mereka pada 2021: Memperkayakan Kehidupan Hari ini bagi sebuah Hari Esok yang Lestari. Memperkayakan Kehidupan Hari ini bagi sebuah Hari Esok yang Lestari telah dibangunkan bersama dengan pihak berkepentingan utama syarikat itu dan diselaraskan dengan Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, menjadikan Mary Kay satu bahagian penting dalam sebuah gabungan global untuk melaksanakan perubahan demi sebuah masa depan yang lebih baik.

Persidangan Antarabangsa Masa Depan Lestari itu telah dianjurkan oleh Startup Disrupt, sebuah tempat pasaran global bagi syarikat permulaan yang ingin membantu sebuah generasi baharu bagi pengasas permulaan, jurutera, pembangun, inovator teknologi dan lain-lain untuk berjaya. Acara itu memberi tumpuan kepada topik bandar raya pintar (infrastruktur, pembangunan), mobiliti elektrik (e-mobiliti, tenaga & sumber boleh diperbaharui, ekonomi & dasar), perniagaan mapan (persekitaran, taksonomi, kewangan mapan), dan kehidupan mapan (agroteknologi, sisa makanan, gangguan fesyen, pertanian pintar).

Penceramah dengan latar belakang dan pengalaman yang pelbagai berkongsi kebijaksanaan mereka di persidangan Masa Depan Lestari itu dan mewakili pelbagai sektor seperti pengasas permulaan, eksekutif daripada syarikat besar dan kecil, kementerian, persatuan, kesatuan, dewan perniagaan, kumpulan pelaburan, penggubal dasar (Suruhanjaya Eropah), institut saintifik dan penyelidikan, universiti dan badan yang tidak mencari keuntungan.

“Strategi kelestarian global Mary Kay, Memperkayakan Kehidupan Hari ini bagi sebuah Hari Esok yang Lestari, berpaksikan di dalam tiga dimensi pembangunan mapan—ekonomi, alam sekitar dan sosial,” kata Edita Szaboova, Pengurus Besar bagi Mary Kay Republik Czech dan Slovakia. “Disebabkan oleh jejak global kami, kami tahu keharusan moral kami adalah untuk meneruskan legasi Mary Kay untuk melakukan perkara yang betul – pada hari ini, esok, dan selamanya. Kami memberi tumpuan kepada operasi pembuatan yang cekap dengan mengurangkan kesan alam sekitar kami dan mengenal pasti peluang untuk penambahbaikan sumber. Kami mencabar diri kami untuk mengukuhkan lagi amalan mapan di dalam perniagaan kami melalui pembangunan produk, reka bentuk, penyumberan yang bertanggungjawab, dan pengurangan pencemaran plastik.”

“Tidak ada Planet B! Kita harus sentiasa ingat moto ini. Di dalam Kesatuan Eropah, banyak syarikat memberi tumpuan kepada amalan perniagaan yang mapan. Pada Persidangan Antarabangsa Masa Depan Lestari, kami menunjukkan yang terbaik daripada apa yang telah kami capai di sini di Republik Czech dan pada masa yang sama, kami memberi inspirasi kepada amalan terbaik di seluruh dunia. Mary Kay dengan visi mereka yang kukuh di dalam kelestarian merupakan sebuah kuasa yang muncul untuk menjalin kerjasama,” kata Patrik Juránek, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi Startup Disrupt.

Sidang kemuncak seterusnya yang dihoskan oleh Startup Disrupt akan berlangsung di Republik Czech pada 13 September di Istana Clam-Gallas di Prague. Tema sidang kemuncak itu ialah Kepelbagaian yang akan menghimpunkan lebih daripada 50 penceramah utama daripada pelbagai jenama Czech dan global. Penceramah dan pemimpin pemikir akan mengambil bahagian di dalam panel perbincangan mengenai pelbagai topik Kepelbagaian, Kesaksamaan dan Rangkuman (DEI): Bias dan Langsang Mikro; Penggajian Orang Kurang Upaya; Reka Bentuk dan Inovasi Inklusif, dan Pemerkasaan Wanita, di antara beberapa perkara yang dinyatakan. Ketua Kelestarian dan Impak Sosial Global Mary Kay Inc. Virginie Naigeon-Malek  akan berucap pada sidang kemuncak itu berhubung topik pemerkasaan wanita dan perolehan responsif jantina sebagai satu strategi yang berkuasa untuk pertumbuhan mapan yang inklusif.

“Secara global, 1 dalam 3 perniagaan dimiliki oleh wanita. Namun, secara purata, perniagaan milik wanita di peringkat global meraih kurang daripada 1% daripada semua perbelanjaan perolehan oleh syarikat besar dan kerajaan,” kata Virginie Naigeon-Malek. “Dua statistik ini adalah dianggap sebagai dua bahagian daripada perkara yang sama: realiti yang mengejutkan pada satu slaid dan peluang besar di hadapan pada yang slaid yang lain. Dasar dan amalan perolehan yang berkesan boleh digunakan sebagai satu strategi yang berkuasa untuk menyokong usahawan wanita dalam usaha kami untuk membina semula daripada kesan ekonomi akibat pandemik, dan memikirkan semula amalan perniagaan dengan sebuah set minda DEI – untuk beralih ke arah pertumbuhan inklusif. Jurang besar dalam perwakilan ini membawa peluang untuk memajukan tindakan bagi menyokong perniagaan wanita di seluruh dunia – satu peluang unik untuk bukan sahaja membina semula dengan lebih baik tetapi, yang paling penting, untuk membina kembali secara sama rata."

MAKLUMAT MENGENAI MARY KAY

Satu daripada pemecah glass ceiling yang asal atau yang merujuk kepada kesukaran kaum wanita untuk naik pangkat ke peringkat lebih tinggi, Mary Kay Ash telah mengasaskan syarikat kecantikan impian beliau pada tahun 1963 dengan satu matlamat: memperkayakan kehidupan wanita. Impian itu telah berkembang menjadi sebuah syarikat bernilai berbilion dolar dengan berjuta-juta anggota tenaga jualan persendirian di hampir 40 buah negara. Sebagai sebuah syarikat pembangunan keusahawanan, Mary Kay komited kepada memperkasakan wanita dalam perjalanan mereka melalui pendidikan, bimbingan, advokasi, rangkaian dan inovasi. Mary Kay berdedikasi untuk melabur di dalam sains di sebalik kecantikan dan pembuatan penjagaan kulit, kosmetik warna, pemakanan tambahan dan wangi-wangian yang berinovatif. Mary Kay percaya dalam memperkayakan kehidupan hari ini untuk hari esok yang lestari, dengan bekerjasama bersama organisasi dari seluruh dunia dengan memberi tumpuan kepada menggalakkan kecemerlangan perniagaan, menyokong penyelidikan kanser, memajukan kesaksamaan jantina, melindungi mangsa yang terselamat daripada penderaan rumah tangga, mencantikkan komuniti kita dan menggalakkan kanak-kanak untuk mengikuti impian mereka. Ketahui lebih lanjut di marykayglobal.com, cari kami di FacebookInstagram, dan LinkedIn atau ikuti kami di Twitter

MAKLUMAT MENGENAI STARTUP DISRUPT

Startup Disrupt telah diasaskan pada tahun 2020 dan didedikasikan untuk membantu perniagaan dan penyokong teknologi mengubah cara pemikiran 'lama' di dalam industri, produk dan perkhidmatan. Idea itu telah dibina oleh mereka daripada komuniti usahawan global dan peminat permulaan. Matlamat Startup Disrupt adalah untuk menjadi sebuah platform permulaan yang direka untuk memberikan pengetahuan, inspirasi dan sambungan kepada usahawan, pengasas permulaan, inovator teknologi dan komuniti permulaan di seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.startupdisrupt.com/.
 
Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20220830005153/en/

Hubungi

Komunikasi Korporat Mary Kay Inc.
marykay.com/newsroom
972.687.5332 atau media@mkcorp.com

Sumber : Mary Kay Inc.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.