ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Disember 17, 2024 -Selasa

 
  QUORUM SOFTWARE MENGUMUMKAN PERUBAHAN KEPIMPINAN EKSEKUTIF

Friday 02/09/2022



Gene Austin akan meletak jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan menjadi Pengerusi Lembaga Pengarah

Paul Langenbahn, Presiden  Quorum, akan menjadi Ketua Pegawai Eksekutif

Pergerakan itu direka untuk memacukan visi teknologi berkait yang mengutamakan awan, dan mempercepatkan fasa pertumbuhan seterusnya

HOUSTON, 2 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Quorum Software  (Quorum), sebuah peneraju perisian global yang berdedikasi kepada industri tenaga, hari ini mengumumkan bahawa Ketua Pegawai Eksekutif Gene Austin akan melepaskan jawatan itu untuk menjadi Pengerusi Lembaga Pengarah syarikat itu dan Presiden Paul Langenbahn akan menggantikan Austin dan berkhidmat sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif. Peralihan ini akan berkuat kuasa pada 1 Oktober.

“Ia merupakan satu penghormatan dan keistimewaan untuk berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Quorum,” kata Austin. “Pertumbuhan yang luar biasa itu sepanjang empat tahun yang lalu termasuk enam pemerolehan yang berjaya dan penggabungan dengan Aucerna, telah meletakkan Quorum sebagai sebuah peneraju pasaran global di dalam perisian tenaga, melebihi sasaran pertumbuhan syarikat tahun ke tahun. Bekerja bersama-sama dengan Paul sejak tahun lepas dan dengan pengalaman eksekutif yang luas yang beliau bawa daripada syarikat-syarikat teknologi perusahaan, saya boleh mengatakan dengan pasti bahawa beliau adalah pemimpin yang paling sesuai untuk terus memacukan visi dan strategi pertumbuhan Quorum.”

Langenbahn telah berkhidmat sebagai Presiden Quorum sejak Mei 2021, di mana beliau bertanggungjawab terutamanya dalam mengawasi operasi syarikat yang berhadapan dengan pelanggan di seluruh dunia. Beliau mempunyai latar belakang yang luas di dalam peranan kepimpinan kanan dalam pengurusan, jualan dan perkhidmatan profesional untuk penyedia teknologi perusahaan global, termasuk Presiden bagi unit perniagaan Perdagangan di NCR Corporation dan Presiden bagi bahagian hospitaliti di Radiant Systems.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Gene dan Lembaga itu di atas peluang untuk menerajui Quorum melalui fasa pertumbuhan seterusnya bagi peralihan syarikat dan industri itu,” kata Langenbahn. “Ia adalah satu masa yang mengujakan di dalam minyak dan gas dengan keperluan yang dipercepatkan bagi transformasi digital berasaskan awan untuk menyampaikan data yang pantas, tepat, tersedia untuk membuat keputusan bagi menggerakkan operasi kritikal untuk syarikat-syarikat tenaga di seluruh dunia. Saya yakin dengan hala tuju yang ditempa oleh Gene, dengan ditambah oleh kecanggihan penyelesaian kami yang terbaik di dalam kelasnya, telah menempatkan kami pada kedudukan yang baik untuk kejayaan jangka panjang.”

“Kami sangat berterima kasih di atas sumbangan besar Gene kepada Quorum dan asas yang beliau letakkan untuk fasa pertumbuhan syarikat itu yang seterusnya,” kata Scott Crabill, Rakan Pengurusan, Thoma Bravo. “Kami berharap dapat bekerjasama dengan Paul dan pasukan kepimpinan untuk meneruskan momentum itu dan memajukan misi syarikat untuk mengubah perniagaan tenaga melalui teknologi.”
 
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Quorum, sila layari www.quorumsoftware.com.


Maklumat mengenai Quorum Software
 
Quorum Software adalah sebuah penyedia terkemuka bagi perisian tenaga di seluruh dunia, dengan memberi perkhidmatan kepada lebih 1,800 pelanggan merentasi keseluruhan rantaian nilai tenaga di 55 buah negara. Penyelesaian Quorum menjanakan pertumbuhan dan keuntungan bagi perniagaan tenaga dengan menghubungkan orang ramai, aliran kerja dan sistem dengan data tersedia untuk membuat keputusan. Dua puluh tahun yang lalu, kami menyampaikan perisian pertama industri itu bagi akauntan loji gas, dan pada hari ini penyelesaian kami menyelaraskan operasi perniagaan dengan standard dan penyepaduan data hadapan industri. Industri tenaga global menaruh kepercayaan terhadap pakar-pakar dan aplikasi Quorum untuk mengemudikan dengan jayanya peralihan tenaga dan pada masa yang sama menyampaikan nilai hari ini dan pada masa hadapan. Untuk maklumat lanjut, sila layari quorumsoftware.com.
 
Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20220901005192/en/


Hubungi

Media
Lauren Force
PAN Communications
Quorum@pancomm.com

Sumber : Quorum Software

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.