Kenyataan oleh Julia A. Simon, Ketua Undang-undang dan Ketua Pegawai Kepelbagaian & Rangkuman di Mary KayDALLAS, 5 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Berikut di bawah adalah satu kenyataan oleh
Julia A. Simon, Ketua Undang-undang dan Ketua Pegawai Kepelbagaian & Rangkuman,
Mary Kay Inc., sempena pengeluaran
Laporan Jurang Jantina Global pada Forum Ekonomi Dunia 2022.
Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20220831005218/en/Menurut satu penemuan serius daripada
Laporan Jurang Jantina Global Forum Ekonomi Dunia 2022, kesamaan jantina tidak dapat dicapai dalam jangka hayat kita. Malah, menurut laporan itu,
ia akan mengambil masa 132 tahun bagi kesaksamaan jantina untuk menjadi satu kenyataan dan 151 tahun untuk merapatkan jurang penyertaan ekonomi dan peluang jantina. Tidak ada satu negara pun daripada 146 yang dikaji telah mencapai kesamaan.
Itu berita buruknya.
Berita baiknya pula? Masih ada masa untuk mengubah segala perkara itu. Penemuan 2022 itu telah membuat saya tersentak, tetapi ia tidak menghalang saya. Mereka juga tidak boleh menghalang anda.
Kesaksamaan jantina adalah satu prasyarat bukan sahaja untuk pembangunan manusia—tetapi pertumbuhan ekonomi yang lestari. Satu kumpulan
data yang kaya menunjukkan bahawa tanpa kesamaan jantina ia adalah mustahil untuk mengurangkan kemiskinan, mencapai keselamatan makanan, menangani kesan iklim atau memastikan sebuah masyarakat yang lebih aman dan inklusif. Kesamaan jantina bukanlah sesuatu yang “seronok untuk memilikinya”. Ia juga bukan sekadar satu faedah istimewa bagi negara-negara maju. Ia adalah satu keperluan penting bagi semua negara untuk membangun dan mencapai kemakmuran.
Untuk mengurangkan kemunduran selanjutnya, halangan berstruktur yang mengehadkan penyertaan wanita di dalam pasaran buruh, termasuk kemasukan semula dan pengekalan mereka dalam tenaga kerja berikutan COVID-19, harus ditangani. Dasar-dasar yang disasarkan yang menyokong pembangunan bakat wanita di dalam industri masa depan, dan yang mempercepatkan kemajuan mereka ke jawatan kepimpinan dan pengurusan, juga diperlukan.
Sektor swasta mempunyai satu peranan yang kritikal untuk dimainkan di dalam menangani jurang jantina di tempat kerja dan dalam membangunkan saluran wanita bagi jawatan-jawatan kepimpinan. Sebagai sebuah syarikat yang diasaskan oleh seorang ahli perniagaan wanita yang memecahkan halangan hampir 60 tahun yang lalu, ini adalah bersifat peribadi buat Mary Kay.
Pada tahun 2019, Mary Kay menandatangani
Prinsip-prinsip Pemerkasaan Wanita (WEP) dan pada tahun 2021 syarikat itu menjadi sebuah Pembuat Komitmen kepada
Gabungan Tindakan Forum Kesaksamaan Generasi untuk mempercepatkan kemajuan di dalam kesaksamaan jantina bagi memajukan Matlamat Pembangunan Lestari.
Mary Kay mengambil bahagian di dalam
program pemecut Kesaksamaan Jantina Sasaran Kompak Global PBB 2022-2023 untuk meneruskan pelaksanaan sasaran korporat yang bercita-cita tinggi bagi perwakilan dan kepimpinan wanita di dalam syarikat dan di dalam rantaian bekalan kami. Dengan memimpin melalui teladan dan mencerminkan kepercayaan kami terhadap peningkatan penyertaan wanita, Mary Kay meletakkan nilai dan komitmen kami dalam bentuk tindakan:
Perwakilan dan Kepimpinan Wanita di Mary Kay (Data dari Ogos 2022):
· 62% daripada Tenaga Kerja Global kami adalah Wanita
· 50% daripada Pasukan Eksekutif kami adalah Wanita
· 53% daripada Naib Presiden kami dan ke atas adalah Wanita
· 57% daripada Pengarah kami dan ke atas adalah Wanita
· 59% daripada Pengurus kami dan ke atas adalah Wanita
· 70% daripada Pemimpin Pasaran kami adalah Wanita
· 60% daripada Pemimpin kami dalam 10 Pasaran Teratas kami adalah Wanita
Perolehan & Kepelbagaian Pembekal Responsif Jantina di Mary Kay (Data rantaian bekalan Amerika Syarikat sahaja dari Februari 2021):
· 66% daripada Pasukan Perolehan kami adalah Wanita
· 12% daripada Pembekal Tidak Langsung kami adalah Wanita, Minoriti atau Dimiliki Veteran
· 5% daripada Pembekal Langsung kami adalah Wanita, Minoriti atau Dimiliki Veteran
Strategi Kelestarian 10 tahun kami, yang bertajuk
Memperkayakan Kehidupan Hari Ini untuk sebuah Hari Esok yang Lestari, meneruskan satu pendekatan holistik untuk memajukan kesaksamaan jantina dan pemerkasaan wanita dengan komitmen utama berikut untuk dicapai menjelang tahun 2030:
· Memperkasakan 5 juta wanita di seluruh dunia dari segi ekonomi
· Memastikan akses kepada pendidikan untuk 250,000 wanita dan gadis di seluruh dunia
· Menyediakan lebih 10 juta wanita di seluruh dunia dengan perkhidmatan sokongan keganasan berasaskan jantina, dan
· Membangunkan satu agenda dasar 10 tahun untuk menangani hak-hak wanita
Diilhamkan oleh misi kami sebagai sebuah syarikat pembangunan keusahawanan yang diasaskan oleh wanita untuk wanita, kami komited untuk memajukan keusahawanan wanita dan merungkai halangan kepada pemerkasaan ekonomi wanita. Kami membawa wawasan ini kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada tahun 2019 dan, bersama-sama dengan 6 agensi PBB, kami menubuhkan
Pemecut Keusahawanan Wanita (WEA) untuk mewujudkan sebuah ekosistem yang membolehkan usahawan wanita.
Masa untuk bertindak adalah sekarang. Duduk di garis tepi dan menunggu 132 tahun bukanlah satu pilihan. Mesyuarat Kesan Pembangunan Lestari mengenai “Memajukan Kesaksamaan Jantina”, yang berlangsung di New York bulan ini, merupakan satu peluang untuk pemimpin daripada sektor awam dan swasta untuk mengenal pasti peranti dan strategi untuk merapatkan jurang jantina itu. Kami mempunyai tanggungjawab kepada generasi akan datang bagi menggerakkan usaha kami untuk membuat perubahan transformatif yang sangat diperlukan bagi wanita dan gadis.
MAKLUMAT MENGENAI MARY KAYSatu daripada pemecah
glass ceiling yang asal atau yang merujuk kepada kesukaran kaum wanita untuk naik pangkat ke peringkat lebih tinggi, Mary Kay Ash telah mengasaskan syarikat kecantikan impian beliau pada tahun 1963 dengan satu matlamat: memperkayakan kehidupan wanita. Impian itu telah berkembang menjadi sebuah syarikat bernilai berbilion dolar dengan berjuta-juta anggota tenaga jualan persendirian di hampir 40 buah negara. Sebagai sebuah syarikat pembangunan keusahawanan, Mary Kay komited kepada memperkasakan wanita dalam perjalanan mereka melalui pendidikan, bimbingan, advokasi, rangkaian dan inovasi. Mary Kay berdedikasi untuk melabur di dalam sains di sebalik kecantikan dan pembuatan penjagaan kulit, kosmetik warna, pemakanan tambahan dan wangi-wangian yang berinovatif. Mary Kay percaya dalam memperkayakan kehidupan hari ini untuk hari esok yang lestari, dengan bekerjasama bersama organisasi dari seluruh dunia dengan memberi tumpuan kepada menggalakkan kecemerlangan perniagaan, menyokong penyelidikan kanser, memajukan kesaksamaan jantina, melindungi mangsa yang terselamat daripada penderaan rumah tangga, mencantikkan komuniti kita dan menggalakkan kanak-kanak untuk mengikuti impian mereka. Ketahui lebih lanjut di
marykayglobal.com, cari kami di
Facebook,
Instagram, dan
LinkedIn atau ikuti kami di
Twitter.
Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20220831005218/en/HubungiKomunikasi Korporat Mary Kay Inc.
marykay.com/newsroom
972.687.5332 atau
media@mkcorp.comSumber : Mary Kay Inc.Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
--BERNAMA