|
|
Disember 17, 2024 -Selasa |
|
|
|
|
|
|
UNICORN FOUR SEASON DURIAN HOTEL MEMPERKENALKAN SET SARAPAN PAGI EKSKLUSIF BARU RM2.00
Monday 05/09/2022
SERI KEMBANGAN, 5 Sept (Bernama) -- Hotel Unicorn Four Season Durian yang sebelum ini dirasmikan oleh YB Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee, Menteri Pertanian Dan Industri Makanan dibuka semula pada 1 Ogos 2022 selepas terpaksa menangguhkan operasi buat sementara waktu akibat pandemik Covid-19. Dengan bertemakan gaya timur, tetamu bukan sahaja boleh membawa dan menikmati durian mereka sendiri, malahan mereka juga dapat menikmati pelbagai produk berasaskan durian di kafe bertemakan durian yang terletak di hotel tersebut pada masa hadapan. Hotel Unicorn Four Season Durian kini memperkenalkan promosi set hidangan sarapan pagi eksklusif yang berharga RM 2.00 sahaja. Promosi ini tidak khusus untuk tetamu sahaja malahan ia terbuka untuk semua.
Sebagai sebahagian daripada pembukaan semula, Hotel Unicorn Four Season Durian menawarkan pelbagai jenis sarapan pagi eksklusif berharga hanya RM 2.00 per set. Set tersebut termasuklah sarapan kegemaran rakyat Malaysia, iaitu Nasi Lemak, Roti Canai dan sudah tentu, Roti Bakar yang enak. Setiap set dilengkapi minuman kopi atau teh pilihan tersendiri. Tawaran istimewa ini bukan sahaja tersedia untuk tetamu hotel, tetapi juga terbuka kepada orang ramai. Sebanyak 300 set hidangan sarapan pagi eksklusif disediakan setiap hari. Waktu sarapan di Hotel Unicorn Four Season Durian adalah dari 7 pagi hingga 11.30 pagi.
Pihak Pengurusan Hotel, di bawah seliaan Tan Sri Lee Kim Yew, pengasas Hotel Unicorn Four Season Durian memahami kesukaran dan cabaran yang dihadapi oleh rakyat Malaysia dan berharap dapat memainkan peranan dalam membantu meringankan beban rakyat. Melalui inisiatif Bantu-Bantu Malaysia yang dilancarkan oleh Tan Sri Lee Kim Yew, sebanyak 200,000 kotak makanan dan lebih 10,000 paket ubat Tradisional Cina (TCM) Lungshields telah diedarkan sejak wabak Covid berlaku. Tan Sri Lee Kim Yew berharap promosi pakej bilik dan set sarapan baharu ini akan memberi manfaat dan dapat membantu orang ramai.
Selain itu, sempena pembukaan semula hotel ini, pihak pengurusan hotel bersama Palace Vacation Club telah memperkenalkan sistem struktur “timeshare”. Kini, orang ramai boleh merebut peluang menikmati set sarapan pagi RM 2.00 yang sedia murah pada separuh harga diskaun, iaitu RM 1.00 dalam masa sehingga 5 tahun. Di samping itu, ahli juga boleh menempah bilik dan kemudahan pada separuh harga dan memperoleh faedah tambahan ini untuk keluarga mereka dalam jangka masa sehingga 20 tahun.
Ini adalah peluang yang amat baik, kerana konsep timeshare adalah salah satu kaedah terbaik untuk keluarga mengunci kos perbelanjaan penginapan pada masa hadapan. Pada tahun-tahun akan datang, apabila harga sebuah bilik meningkat akibat inflasi, ahli timeshare masih boleh menikmati kadar istimewa hanya RM 100 semalam. Orang ramai amat digalakkan untuk merebut peluang ini, sambil menikmati set sarapan pagi dengan harga RM1.
Hotel Unicorn Four Season Durian sesuai untuk dijadikan tempat pelbagai acara dan majlis kerana kapasitinya yang besar. Hotel ini mempunyai 11 tingkat terdiri daripada 7 tingkat bilik hotel yang memuatkan sehingga 410 bilik (termasuk 4 dupleks), Ballroom dan Bilik Seminar yang boleh memuatkan sehingga 500 orang setiap dewan.
Bukan itu sahaja, Hotel Unicorn Four Season Durian juga terletak hanya dua minit dari Mines Resort City. Dengan keunikan The Mines Shopping Mall yang dibina di tepi tasik yang indah dan menarik, ia bukan sahaja tempat yang sesuai untuk bersiar-siar tetapi juga untuk menaiki bot dan memperoleh pengalaman yang tidak akan dilupakan. Ia amat sesuai untuk para ibu bapa merancang percutian mereka dengan membawa anak-anak dan seisi keluarga menikmati pemandangan dan kesegaran kawasan pinggir bandar pada musim cuti sekolah.
Selain daripada menjadi sebuah hotel bertemakan durian, Hotel Unicorn Four Season Durian juga dalam perancangan untuk membawa masuk masakan Indonesia dalam masa terdekat untuk menjadi hotel pertama yang bertemakan genre timur.
Nikmatlah percutian luar biasa yang tidak dapat dilupakan di Hotel Unicorn Four Season Durian. Hotel mesra keluarga ini menjanjikan percutian yang berbaloi dan indah. Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan, sila hubungi pihak hotel melalui Whatsapp +60126543197.
Sumber: Golden Horse Investment Bank Ltd
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: Nama: Miss Shafina / Ms Fatini Tel: +60 12-962 1669 / +6012-6572377
--BERNAMA |
|
|
|
|
|