HYDERABAD, India, 6 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Syarikat permulaan teknologi angkasa
Skyroot Aerospace dari India, berjaya mengumpulkan AS$51 juta dalam pusingan pembiayaan Siri-B yang diketuai oleh GIC, sebuah firma pelaburan global terkemuka. Ini merupakan pusingan pembiayaan terbesar di dalam sektor Teknologi Angkasa swasta India, yang mengesahkan kekuatan Skyroot di dalam teknologi angkasa dan membantu memenuhi permintaan yang semakin meningkat daripada pasaran satelit kecil antarabangsa.
Sebagai sebahagian daripada pelaburan itu, Mayank Rawat, Pengarah Urusan bagi GIC India Direct Investment Group, akan menyertai Lembaga Pengarah Skyroot.
“Pusingan ini meletakkan kami di dalam satu trajektori pertumbuhan hiper dengan membiayai kesemua pelancaran awal kami, dan membolehkan membina infrastruktur untuk memenuhi kadens pelancaran tinggi yang diperlukan oleh pelanggan satelit kami. Matlamat kami adalah untuk menjadi penyedia perkhidmatan pelancaran yang terbaik di dalam kelasnya dan destinasi pilihan bagi pelancaran satelit kecil yang tidak mahal dan boleh dipercayai,” kata
Pawan Kumar Chandana, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif, Skyroot.
“Kami telah mengesahkan ketiga-tiga teknologi pendorong di dalam kenderaan pelancar angkasa Vikram kami, dan melengkapkan satu ujian jangka masa penuh bagi satu daripada roket berperingkat kami pada Mei 2022. Kami juga merancang mengadakan satu pelancaran demonstrasi pada tahun ini. Pusingan ini akan membantu kami mencapai skala pelancaran satelit komersial sepenuhnya dalam masa satu tahun. Kami telah mula menempah slot muatan untuk pelancaran kami yang akan datang,” kata
Naga Bharath Daka, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Operasi, Skyroot.
Langkah-langkah kritikal di dalam pembangunan kenderaan pelancar angkasa Skyroot telah dicapai. Siri Kenderaan Pelancar Vikram yang paling utama itu dibina secara unik dengan struktur gentian yang 100 peratus karbon, dan boleh melancarkan sehingga 800 kg muatan ke Orbit Bumi Rendah.
Dengan sebuah pasukan teknologi yang kukuh dengan pengalaman kumulatif di dalam industri roket melebihi 1000 tahun, Skyroot membayangkan sebuah dunia di mana penerbangan angkasa adalah tidak mahal, tetap dan boleh dipercayai seperti penerbangan udara. Skyroot adalah syarikat permulaan pertama yang menandatangani MoU dengan ISRO untuk berkongsi kemudahan dan kepakaran.
Skyroot yang berusia 4 tahun itu telah berjaya membina dan menguji enjin roket berasaskan kriogenik, cecair hipergolik, dan bahan api pepejal yang pertama dibangunkan secara persendirian di India; aktiviti penyelidikan & pembangunan dan pengeluaran secara meluas yang menggunakan komposit termaju dan teknologi pencetakan 3D.
Pasaran perkhidmatan pelancaran angkasa global itu dijangka berkembang daripada $14.21 bilion pada tahun 2022 kepada $31.90 bilion menjelang tahun 2029, pada CAGR sebanyak 12.25%.
Maklumat mengenai Skyroot:
www.skyroot.inMaklumat mengenai GIC:
www.gic.com.sg Galeri Foto/Multimedia Tersedia:
https://www.businesswire.com/news/home/52857244/enHubungiHubungan untuk Skyroot: Sheela Panicker | +91 984 980 9594
Hubungan pelanggan: payloads@skyroot.inHubungan untuk GICMah Lay Choon | +65 6889 6841 |
mahlaychoon@gic.com.sgToh Chuan Ting |+65 6889 8839 |
tohchuanting@gic.com.sgSumber : Skyroot Aerospace
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
--BERNAMA