BASEL, Switzerland, 13 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- LESSENGERS Inc. (“LESSENGERS”), sebuah penyedia penyelesaian antara sambung optik yang berinovatif, mengumumkan hari ini, satu demonstrasi secara langsung bagi penghantar-terima optik 800G QSFP-DD dan 400G QSFP112 berwayar polimer tanpa menggunakan sebarang lensa optik, memberikan prestasi cemerlang dan keberkesanan kos, semasa ECOC 2022 (Petak 511 dan MR31), pameran komunikasi optik terbesar di Eropah, pada 19 – 21 September, di Messe Basel, Switzerland.
Dengan dikuasakan oleh teknologi pendawaian optik terus (DOW) LESSENGERS yang dipatenkan, penghantar-terima optik LESSENGERS 800G QSFP-DD dan 400G QSFP112 mencapai integriti isyarat optik yang sangat baik dan keberkesanan kos yang terbaik. Teknologi unik ini membolehkan penjajaran pasif yang lengkap dengan gandingan optik yang berketepatan tinggi dan berketumpatan tinggi tanpa menggunakan lensa optik, untuk menyediakan penyelesaian yang paling sesuai bagi aplikasi pusat data yang berkelajuan tinggi seperti modul optik 800G/1.6T, atas kapal, berhampiran pakej atau optik yang dibungkus bersama.
“LESSENGERS akan mendemonstrasikan satu set produk berasaskan isyarat 112G dan 56G semasa pameran itu, ECOC 2022 pada 19 – 21 September untuk menyokong pelanggan kami di dalam keperluan mendesak dan akan menambahkan produk pada suku tahun yang akan datang bagi melengkapkan portfolio produk mereka,” kata Taeyong Kim, Ketua Pegawai Pemasaran di LESSENGERS.
“Perniagaan semasa LESSENGERS ditumpukan kepada penyelesaian antara sambung optik yang berasaskan kepada pelbagai mod bersama dengan perkhidmatan pembungkusan optik tersuai, bagaimanapun, kami akan terus memajukan aplikasi berasaskan mod tunggal seperti fotonik silikon,” kata Chongcook Kim, Ketua Pegawai Eksekutif di LESSENGERS. “Demonstrasi yang berjaya ini mengenai penyelesaian penghantar-terima optik berasaskan teknologi DOW akan membawa satu era baharu bagi antara sambung optik pusat data dan pembangunan teknologi ini akan menyokong keperluan di masa depan untuk penyelesaian pengkomputeran berprestasi tinggi (HPC) dan kecerdasan buatan (AI).
Demonstrasi LESSENGERS akan diadakan dengan:
· Penghantar-terima optik 800G QSFP-DD SR8
· Penghantar-terima optik 400G QSFP112 SR4
· Penghantar-terima optik 200G QSFP56 SR4
· Modul optik bersaiz ultra kecil 200G
Maklumat mengenai LESSENGERSLESSENGERS Inc. ialah sebuah penyedia penyelesaian antara sambung optik yang berinovatif. Teknologi pendawaian optik terus (DOW) mereka yang dipatenkan membolehkan gandingan optik skala submikrometer berketepatan tinggi dan berkepadatan tinggi di antara peranti fotonik berkelajuan tinggi dan pelbagai pandu gelombang optik dengan keberkesanan kos yang terbaik. Penyelesaian penghantar-terima optik/ kabel optik aktif 800G/400G/200G LESSENGERS dikuasakan oleh teknologi DOW yang berorientasikan pembuatan berprestasi tinggi.
Sila layari
www.lessengers.com untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20220912005022/en/HubungiLESSENGERS Inc.
Taeyong Kim, Ph.D
Ketua Pegawai Pemasaran
+82-10-6549-7654
taeyong.kim@lessengers.comSumber : LESSENGERS Inc.Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
--BERNAMA