ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 20, 2024 -Isnin

 
  CANVA MEMPERKENALKAN SUITE PRODUK TEMPAT KERJA BAHARU UNTUK ERA MODEN DI ACARA CANVA CIPTA YANG SULUNG

Wednesday 14/09/2022



Table
Canva memperkenalkan suite produk tempat kerja baharu untuk era moden pada acara Canva Cipta yang sulung (Grafik: Business Wire)

Organisasi dalam semua saiz kini diberi kuasa untuk membayangkan semula pendekatan untuk mereka bentuk kerja dalam cara yang dapat memacukan pertumbuhan, memperkemaskan sistem dan menyemarakkan keperluan komunikasi visual mereka 

SYDNEY, 14 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Canva, platform komunikasi visual global, hari ini mengumumkan satu suite produk dan ciri-ciri tempat kerja baharu yang dicipta untuk memperkasakan sesiapa sahaja untuk berkomunikasi secara visual, pada sebarang peranti, dari mana sahaja di dunia.
 
Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20220913006312/en/ 

“Komunikasi visual kini menjadi satu kemahiran yang semakin kritikal untuk pasukan-pasukan dari setiap saiz merentasi hampir setiap industri,” kata pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Canva, Melanie Perkins. “Adalah sungguh luar biasa untuk melihat pertumbuhan berterusan Canva sejak beberapa tahun kebelakangan ini, ketika semakin ramai orang menerima kuasa komunikasi visual untuk membuka kunci kreativiti mereka dan mencapai matlamat mereka. Dengan pelancaran Visual Worksuite baharu kami, kami membawa produk reka bentuk ringkas ke tempat kerja untuk memperkasakan setiap pekerja, di setiap organisasi dan pada setiap peranti.”

Visual Worksuite baharu Canva diperkenalkan ketika syarikat itu menandakan kejayaan bagi lebih daripada 85 juta pengguna global, yang kini menghasilkan lebih daripada 180 reka bentuk pada setiap saat. Ketika penggunaan perusahaan meningkat dalam pelbagai profesion dan industri, Canva dengan pantas menjadi platform reka bentuk pilihan di tempat kerja. Permintaan ini dibuktikan dengan lebih 10,000 pekerjaan semasa di LinkedIn menyenaraikan Canva sebagai satu kemahiran yang diingini merentasi banyak syarikat, termasuk American Express, Amazon, TikTok, LEGO dan Google.

Daripada organisasi besar sehingga kepada perniagaan kecil, lebih daripada 4 juta pelanggan berbayar telah menerima Canva for Teams - penyelesaian reka bentuk kolaboratif semua-dalam-satu syarikat itu - untuk memperkasakan tenaga kerja mereka yang mempunyai keperluan yang semakin meningkat untuk berkomunikasi secara visual. Ini meningkat lebih daripada tiga kali ganda dalam tempoh dua belas bulan yang lalu apabila syarikat seperti Zoom, Salesforce, PayPal, Reddit, Sony Music dan OrangeTheory menggantikan peranti reka bentuk legasi dengan platform Canva semua-dalam-satu.

“Canva telah menjadi sebuah alat yang tidak ternilai untuk perniagaan kami, mengubah cara bagaimana pasukan kreatif dan sosial kami bekerjasama di antara satu sama lain dengan memudahkan bagi kakitangan untuk mencipta reka bentuk baharu dalam satu cara yang mengekalkan konsistensi jenama,” kata Marissa Kraines, Naib Presiden bagi Sosial dan Pemasaran Kandungan di Salesforce. “Ia juga membolehkan pasukan kami untuk mengukur amalan terbaik apabila ia melibatkan komunikasi visual di seluruh syarikat itu, sekali gus memastikan bahawa kami boleh mencipta kandungan yang menarik merentasi semua saluran sosial dan yang menjadi milik kami.”

Suite kerja baharu: Dokumen, Papan Putih, Laman Web, Video, Visualisasi Data dan banyak lagi

Dilancarkan pada acara Canva Cipta yang sulung di Sydney, Visual Worksuite Canva termasuk:
  • Dokumen Canva: Dibina dengan mengambil kira tempat kerja moden, Dokumen Canva menjadikan dokumen teks tradisional lebih menarik secara visual, sambil turut menyertakan ciri-ciri kerjasama penting seperti ulasan dan kerjasama masa nyata. Pengguna boleh juga mengakses lebih 100 juta perpustakaan aset reka bentuk Canva dan membenamkannya ke dalam kerja mereka bagi satu pendekatan yang diperibadikan kepada penciptaan dokumen. Selain itu, dalam sebuah dunia yang membentangkan kerja selalunya bukan berasaskan teks, Dokumen Canva dengan mudah boleh diubah menjadi satu Pembentangan Canva yang sepenuhnya dengan klik butang yang mudah.
  • Laman Web Canva: Satu cara baharu untuk membina laman web yang mudah bagi sebarang acara. Cipta laman web yang menarik dan interaktif secara visual daripada sebarang peranti tanpa kemahiran teknikal yang diperlukan untuk berbuat demikian. Dengan beratus-ratus templat laman web peringkat profesional yang responsif, domain yang boleh disesuaikan dan ketinggian halaman yang boleh dilaraskan, laman web yang sangat selamat dan dilindungi kata laluan boleh dibuat dan diterbitkan dalam masa beberapa minit. Dibina untuk memacukan penglibatan, ia turut disertakan dengan ciri analitik Design Insights baharu Canva, yang memberi penerangan tentang lawatan tapak dan membolehkan pembina untuk mendapatkan denyutan pada audiens dan minat.
  • Papan Putih Canva: Papan Putih Canva membawa satu pendekatan yang pantas dan segar tentang cara bagaimana pasukan-pasukan membentuk dan menerokai idea bersama-sama. Dengan menggabungkan kesederhanaan pengalaman penyuntingan Canva dengan sebuah kanvas yang tidak terhad, Papan Putih Canva dilengkapi dengan pelbagai ciri yang direka untuk sumbang saran dan kerjasama pasukan. Daripada nota lekat kepada imej dan gambar rajah, pemasa yang disegerakkan untuk meneruskan sumbang saran di landasan yang betul, dan banyak lagi, produk baharu ini merangkumi dunia kerja hibrid untuk menggalakkan kerjasama dan produktiviti dalam pasukan-pasukan yang teragih.
  • Penghilang Latar Belakang Video: Satu daripada ciri Canva yang paling popular kini tersedia sebagai sebahagian daripada Suite Video Canva, yang membawa penciptaan video ke peringkat seterusnya. Dengan satu klik, pengguna boleh menghilangkan latar belakang daripada mana-mana video menjadikan ia lebih pantas dan lebih mudah berbanding sebelum ini untuk mencipta kandungan yang kelihatan profesional tanpa belanjawan yang besar atau perisian yang kompleks.
  • Memperluas Cetakan Canva: Walaupun banyak komunikasi visual adalah digital, apabila terdapat satu keperluan bagi sebuah produk fizikal, Cetakan Canva menjadikan prosesnya mudah dan mendekatinya dengan satu cara yang mapan. Setakat hari ini, sesiapa sahaja boleh mencetak lebih daripada 35 produk melalui Cetakan Canva dan menghantarnya ke depan pintu rumah mereka dalam masa yang singkat. Ini termasuk segala-galanya daripada jemputan kepada risalah, buku foto dan hoodie, poster cawan dan banyak lagi.

    Komited untuk sebuah masa depan yang mapan, Canva akan menanam sebatang pokok bagi setiap pesanan yang dibuat melalui perkongsian program penghutanan semula Satu Cetakan, Satu Pokok. Sehingga hari ini, lebih 2.4 juta pokok telah ditanam dengan 5 juta pokok lagi akan ditanam menjelang akhir tahun
  • Visualisasi Data: Sesiapa sahaja boleh meningkatkan tahap penceritaan data mereka dengan Flourish, yang membolehkan anda untuk menukar data dan statistik padat kepada visualisasi data interaktif yang ringkas, jelas dan mudah difahami. Dengan templat untuk hampir setiap keperluan - daripada perlumbaan bar animasi, sehingga kepada gerudi bawah sinar suria – ia adalah lebih mudah dari sebelumnya untuk menjadikan data yang kompleks boleh diakses dan bermakna kepada sesiapa sahaja, dalam mana-mana organisasi, di tempat kerja.
  • Kawalan Jauh untuk Persembahan: Canva menambahkan kawalan pembentangan jauh pada produk Pembentangan mereka, yang membolehkan berbilang penyampai untuk mengawal aliran bagi pembentangan mereka daripada sebarang peranti dengan menggunakan klik maya baharu.
Pengenalan hari ini bagi suite kerja Canva membayangkan semula produk pejabat tradisional untuk era moden untuk disampaikan kepada profesional di seluruh dunia. Ketika  komunikasi profesional menjadi semakin visual, dan tempat kerja menjadi lebih global, komunikasi visual yang lancar menjadi kritikal kepada perniagaan. Canva kini melabur lebih banyak untuk memperkasakan cara baharu dunia bekerja dan menghilangkan kerumitan bagi produk komunikasi visual supaya setiap pekerja boleh berkembang maju, dengan mudah.

Maklumat mengenai Canva

Dilancarkan pada tahun 2013, Canva adalah sebuah platform komunikasi visual dan kerjasama dalam talian percuma dengan satu misi untuk memperkasakan setiap orang di dunia untuk mencipta. Dengan menampilkan satu antara muka pengguna seret dan lepas yang mudah dan pelbagai templat yang terdiri daripada pembentangan, dokumen, laman web, grafik media sosial, poster, pakaian sehingga kepada video, serta sebuah perpustakaan fon yang besar, fotografi stok, ilustrasi, rakaman video dan klip audio, sesiapa sahaja boleh mengambil satu idea dan mencipta sesuatu yang indah.

Aset yang Boleh Dimuat turun
Klik di sini
 
Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20220913006312/en/

Hubungi

Lachlan Andrews
press@canva.com

Sumber : Canva

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.