ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 09, 2024 -Khamis

 
  PASUKAN PENYELIDIKAN ANTARA DISIPLIN NTHU MENEMUI RAHSIA KEPADA KEJAYAAN

Monday 19/09/2022



Table

Chou Yu-Ju (kiri) dan Kuo Tsung-Han telah mendapati bahawa penguasaan sosial tidak begitu banyak ditentukan oleh siapa yang lebih kuat, tetapi oleh siapa yang bersedia untuk mengalah. (Foto: Universiti Nasional Tsing Hua)


HSINCHU, Taiwan, 19 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Kunci kepada kejayaan adalah jangan mudah berputus asa! Penyelidikan spesies bersilang yang dijalankan oleh sebuah pasukan penyelidikan antara disiplin di Universiti Nasional Tsing Hua (NTHU) yang diketuai oleh profesor Yu-Ju Chou dari Jabatan Pendidikan Awal Kanak-kanak dan Tsung-Han Kuo dari Institut Sistem Neurosains telah mendapati bahawa hierarki sosial bagi kanak-kanak dan tikus adalah terbentuk serupa pada usia awal. Anehnya, mereka mendapati bahawa hierarki ini tidak ditentukan oleh siapa yang lebih kuat, tetapi oleh siapa yang bersedia untuk mengalah.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20220913005090/en/

Penyelidikan mereka telah diterbitkan di dalam iScience, sebuah jurnal kecil di Cell. Mereka mencadangkan bahawa ibu bapa dan guru harus memberi perhatian yang teliti terhadap interaksi sosial di kalangan kanak-kanak, dan memberikan bimbingan dan galakan tambahan kepada kanak-kanak yang penakut atau submisif.

Percubaan yang digunakan untuk mengenal pasti hierarki tikus muda ialah satu “ujian tiub”, di mana seekor tikus dipaksa untuk berundur oleh lawan ke dalam sebuah tiub sempit. Yang menghairankan, hasilnya tidak ditentukan oleh mana-mana tingkah laku tertentu tikus yang dominan, tetapi oleh kecenderungan untuk mengalah di kalangan tikus yang submisif, yang boleh dicirikan sebagai “keputusan oleh yang kalah.”

Pasukan itu juga menjalankan eksperimen tingkah laku ke atas kanak-kanak prasekolah dan mencapai keputusan yang sama. Chou berkata bahawa kanak-kanak yang memenangi pertandingan itu sebenarnya tidak perlu melakukan terlalu banyak usaha. Yang kalah sama ada mudah berputus asa atau mudah diyakinkan untuk akur oleh pihak lawan. Walaupun sesetengah kanak-kanak dapat menguasai permainan dengan memuji orang lain, kanak-kanak yang patuh kurang gigih dan lebih cenderung untuk berundur.

Kuo berkata keputusan itu menunjukkan bahawa kadangkala kunci kepada kejayaan adalah ketabahan dan berpegang teguh kepada matlamat asal. Chou menegaskan bahawa ibu bapa dan guru harus memberi lebih perhatian kepada kanak-kanak yang submisif dan penakut. Meningkatkan keyakinan diri mereka dengan memberikan pengalaman mengenai kejayaan yang positif akan memberi manfaat besar kepada mereka berkaitan hubungan sesama manusia.

Kajian itu telah ditaja oleh Pejabat bagi Penyelidikan dan Pembangunan. Penggabungan NTHU dengan Universiti Pendidikan Hsinchu Kebangsaan enam tahun lalu telah menghasilkan di dalam kerjasama yang meluas, termasuk penyelidikan yang menjadi contoh ini.

Chou dan Kuo bersetuju bahawa kerjasama rentas disiplin membawa satu perspektif baharu kepada penyelidikan mereka. Chou berkata bahawa terdapat banyak sekatan etika di dalam kajian manusia. Sebaliknya, bilangan kekangan yang lebih sedikit di dalam eksperimen haiwan membolehkan penyelidik untuk melakukan manipulasi yang lebih invasif pada tikus. Kuo berkata, memandangkan tikus tidak boleh bercakap, kita hanya boleh memerhatikan tingkah laku biasa untuk mentafsir hierarki sosial mereka. Kanak-kanak pula mempunyai pelbagai tingkah laku yang lebih kompleks dan menarik.

Dalam satu projek susulan, Chou dan Kuo bekerjasama dengan Dr. Shi-Bing Yang dari Academia Sinica dan mendapati satu korelasi positif di antara hierarki dan ingatan. Kajian itu menunjukkan bahawa ubat-ubatan yang meningkatkan daya ingatan boleh meningkatkan bukan sahaja ingatan tetapi juga penguasaan sosial pada tikus. Ia juga mencadangkan bahawa kanak-kanak yang mempunyai ingatan yang lebih baik pandai menggunakan strategi sosial dan mengenali isyarat muka yang dominan, yang kondusif kepada kepimpinan. Penyelidikan ini telah baru-baru ini diterbitkan di dalam jurnal Communications Biology.

Lihat versi sumber di  businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20220913005090/en/

Hubungi

Holly Hsueh
NTHU
(886)3-5162006
hoyu@mx.nthu.edu.tw

Sumber: Universiti Nasional Tsing Hua

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.