ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 09, 2024 -Khamis

 
  MARY KAY MENCABAR BELIA GLOBAL UNTUK MENANGANI SDG 14: KEHIDUPAN DI BAWAH AIR DALAM CABARAN INOVASI TAHUNAN KETIGA SIRI DUNIA BAGI NETWORK FOR TEACHING ENTREPRENEURSHIP

Monday 19/09/2022



Table
Network for Teaching Entrepreneurship sebuah organisasi antarabangsa yang tidak mencari keuntungan yang menyediakan latihan keusahawanan dan program pendidikan kepada pelajar sekolah menengah dan tinggi, pelajar kolej dan orang dewasa (Grafik: Network for Teaching Entrepreneurship)
 
Persaingan Global Meraikan Keusahawanan Belia dan Kuasa Pemikiran Berinovatif

DALLAS, 19 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Mary Kay Inc., sebuah penyokong korporat terkemuka bagi pemerkasaan dan keusahawanan wanita, mengumumkan cabaran tahunan Siri Dunia bagi Inovasi (WSI) ketiga mereka dengan kerjasama Network for Teaching Entrepreneurship (NFTE). Persaingan global itu menjemput golongan muda berumur 13-24 tahun untuk menguji kemahiran pemikiran kritis mereka dan terlibat di dalam menyelesaikan beberapa daripada cabaran terbesar yang dihadapi manusia hari ini untuk memajukan Matlamat Pembangunan Lestari PBB (SDG).
 
Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20220915005847/en/ 


Cabaran WSI Mary Kay bermula pada 15 September bersempena dengan Hari Pembersihan Sedunia. Cabaran Mary Kay menggalakkan usahawan muda untuk mengemukakan penyelesaian berinovatif bagi menangani SDG 14 PBB: Kehidupan Di Bawah Air. Khususnya, pelajar dicabar untuk mereka bentuk satu penyelesaian untuk meneruskan pemuliharaan dan/atau perlindungan bagi ekosistem marin dan komuniti pantai dunia.

“Semua kehidupan di Bumi bermula dan bergantung kepada lautan kita. Air ialah sumber yang paling berharga di planet kita, dan ia adalah penting bagi kita untuk bukan sahaja menghormatinya, tetapi juga memainkan peranan kita untuk melindunginya,” kata Deborah Gibbins, Ketua Pegawai Operasi bagi Mary Kay Inc. “Generasi pemikir dan pemimpin global akan datang sedang menangani bidang-bidang kritikal yang membimbangkan ini dan menerajui usaha pemuliharaan. Kami teruja untuk melihat bagaimana belia dunia boleh membantu memajukan ekosistem dan pemuliharaan biodiversiti secara global.”

Pada tahun pertama mereka bekerjasama dengan Siri Dunia bagi Inovasi NFTE pada tahun 2020, Mary Kay menaja sebuah cabaran WSI untuk SDG 12 PBB: Penggunaan dan Pengeluaran Bertanggungjawab. Usahawan muda digalakkan untuk mereka bentuk sebuah produk, perkhidmatan atau inisiatif yang menggalakkan penggunaan semula atau kitar semula tekstil. Pada tahun 2021, Mary Kay menaja cabaran WSI kedua untuk menangani SDG 5 PBB: Kesaksamaan Jantina. Pelajar ditugaskan untuk membangunkan program untuk menggalakkan kesaksamaan di tempat kerja dan memastikan akses yang sama kepada peluang ekonomi untuk wanita dan gadis.

“Cabaran Pemuliharaan Lautan Global Mary Kay mencabar pesaing muda WSI kami untuk bercita-cita besar tentang kualiti air,” kata Dr. J.D. LaRock, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi NFTE. “Di dalam bilik darjah, pelajar belajar bahawa air adalah asas kepada ekosistem yang sihat. Walau bagaimanapun, melalui pengalaman seperti WSI, mereka mendapat kuasa untuk mengekalkan sumber tersebut. Mereka boleh memikirkan cara untuk menjaga hidupan marin, melindungi lautan, mendapatkan akses yang berpatutan kepada air minuman bersih, melindungi sumber air daripada pencemaran, menangani penggunaan berlebihan atau sebaliknya membantu memelihara ekosistem kita untuk generasi akan datang. Itu adalah berkuasa.”

NFTE ialah sebuah organisasi pendidikan global yang tidak mencari keuntungan yang memberi tumpuan untuk membawa kuasa keusahawanan kepada komuniti berpendapatan rendah. Sejak penubuhannya lebih 35 tahun yang lalu, NFTE telah melatih ribuan guru dan mendidik lebih satu juta orang muda di seluruh dunia. Setiap musim luruh, NFTE melancarkan satu set cabaran baharu untuk pertandingan WSI dan menjemput penaja korporat untuk menangani SDG PBB. Siri Dunia bagi Inovasi NFTE 2022 itu dipersembahkan oleh Yayasan Citi dan menampilkan cabaran yang ditaja oleh Mary Kay Inc., Yayasan MetLife, Mastercard, Bank of the West, Link, Maxar, Ernst & Young, LLP (EY), ServiceNow dan Zuora. Tiga pemenang utama akan diumumkan pada awal tahun 2023.
 
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Siri Dunia bagi Inovasi dan semua cabaran, sila layari https://innovation.nfte.com/.


Maklumat mengenai Mary Kay

Satu daripada pemecah glass ceiling yang asal atau yang merujuk kepada kesukaran kaum wanita untuk naik pangkat ke peringkat lebih tinggi, Mary Kay Ash telah mengasaskan syarikat kecantikan impiannya pada tahun 1963 dengan satu matlamat: memperkayakan kehidupan wanita. Impian itu telah berkembang menjadi sebuah syarikat bernilai berbilion dolar dengan berjuta-juta anggota tenaga jualan persendirian di hampir 40 buah negara. Sebagai sebuah syarikat pembangunan keusahawanan, Mary Kay komited untuk memperkasakan wanita dalam perjalanan mereka melalui pendidikan, bimbingan, advokasi, rangkaian dan inovasi. Mary Kay berdedikasi untuk melabur di dalam sains di sebalik kecantikan dan pembuatan penjagaan kulit, kosmetik warna, pemakanan tambahan dan wangi-wangian yang berinovatif. Mary Kay percaya dalam memperkayakan kehidupan hari ini untuk hari esok yang mapan, dengan bekerjasama dengan organisasi dari seluruh dunia yang memberi tumpuan kepada mempromosikan kecemerlangan perniagaan, menyokong penyelidikan kanser, memajukan kesaksamaan jantina, melindungi mangsa yang terselamat daripada penderaan rumah tangga, mencantikkan komuniti kita dan menggalakkan kanak-kanak untuk mengikuti impian mereka. Ketahui lebih lanjut di marykayglobal.com, cari kami di FacebookInstagram, dan LinkedIn atau ikuti kami di Twitter

 
Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20220915005847/en/  


Hubungi

Komunikasi Korporat Mary Kay Inc.
marykay.com/newsroom
972.687.5332 atau media@mkcorp.com

Sumber : Mary Kay Inc.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. 

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.