ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 09, 2024 -Khamis

 
  IDP BAKAL MEMPEROLEH INTAKE EDUCATION

Wednesday 21/09/2022



Dua jenama pendidikan antarabangsa yang dipercayai bersatu untuk menjadi peneraju global yang jelas

SYDNEY, 21 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Hari ini, IDP Education mengumumkan hasrat mereka untuk mengalu-alukan Intake Education, sebuah organisasi pendidikan antarabangsa terkemuka, ke dalam pasukan global mereka.

Bekerjasama rapat dari segi budaya, IDP dan Intake disatukan oleh sokongan berkualiti yang mereka sediakan kepada pelajar antarabangsa, dan perkhidmatan terkemuka yang mereka sediakan sebagai rakan institusi.

Intake membawa kepada IDP tiga dekad kepimpinan industri di dalam sektor pendidikan antarabangsa ke United Kingdom.

Berpusat di 10 buah negara dan dengan bangganya mengutamakan pelajar, pekerja Intake akan membawa kepakaran, pengalaman dan kepelbagaian tambahan kepada pasukan global IDP yang terdiri daripada 5,000 orang pekerja.

Murray Walton, Ketua Pegawai Eksekutif Sementara, IDP, berkata dengan mengalu-alukan Intake ke dalam pasukannya, IDP akan berada pada satu kedudukan untuk membantu pelajar merentasi lebih banyak lokasi mengakses pendidikan antarabangsa.

“Bersama-sama, IDP dan Intake yang disatukan akan menjadi peneraju dunia yang jelas bagi pelajar yang mengikuti sebuah pendidikan di luar negara,” kata Encik Walton.

Encik Walton berkata IDP telah tertarik dengan integriti dan nilai-nilai berpusatkan pelanggan Intake di dalam keadaan yang boleh menjadi sebuah pasaran yang hingar.

“Seperti IDP, pasukan Intake sangat mengambil berat tentang mendapatkan hasil yang hebat bagi pelajar dan rakan-rakan institusi mereka.

“Kami berdua berbangga untuk berada di sisi pelajar kami daripada pertanyaan pertama sehingga kepada permulaan di dalam kelas,” kata beliau.

Pieter Funnekotter, Ketua Pegawai Eksekutif, Intake, berkata Intake akan menjadikan IDP lebih mantap.

“Dalam menyertai pasukan IDP, Intake akan membantu mengembangkan sektor pendidikan antarabangsa dan mewujudkan satu standard baharu untuk menyokong pelajar dalam mencapai matlamat global mereka,” kata Encik Funnekotter.

IDP akan memperoleh pejabat-pejabat Intake yang berpangkalan di Nigeria, Ghana, Kenya, Filipina, Thailand, Taiwan, India dan United Kingdom.

“Dalam tempoh jangka pendek, Intake akan terus beroperasi di bawah penjenamaan dan struktur mereka yang sedia ada bagi membolehkan kedua-dua organisasi untuk menyelaraskan dan memahami peluang-peluang untuk bersatu,” kata Encik Walton.

“Jejak geografi Intake melengkapkan rangkaian global IDP. Di sesetengah pasaran seperti Filipina dan Thailand, IDP dan Intake adalah dua peneraju pasaran yang jelas, manakala di kawasan lain, seperti Afrika Barat dan Taiwan, IDP boleh belajar daripada kehadiran Intake di pasaran,” kata Encik Walton.

Perjanjian itu dijangka dimuktamadkan pada November, dan urus niaga itu adalah tertakluk kepada syarat-syarat penyiapan biasa.
 
Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20220920005614/en/


Hubungi

Nicole Gauci – Porter Novelli
ngauci@porternovelli.com.au
+61 427 696 957

Sumber : IDP Education

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.