ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Disember 17, 2024 -Selasa

 
  ARM MENGUMUMKAN AHLI LEMBAGA BAHARU DAN KETUA PEGAWAI KEWANGAN BAHARU

Tuesday 27/09/2022



Sorotan berita

· Pengarah Baharu Karen Dykstra dan Jeff Sine menyertai Lembaga Pengarah Arm
· Jason Child dilantik sebagai Ketua Pegawai Kewangan baharu

CAMBRIDGE, England, 27 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Arm hari ini mengumumkan pelantikan ahli Lembaga baharu Karen Dykstra, bekas Ketua Pegawai Kewangan dan Pentadbiran bagi AOL dan Jeff Sine, Pengasas Bersama dan Rakan di Kumpulan Raine, berkuat kuasa serta-merta. Pemimpin-pemimpin yang berkelayakan tinggi ini membawa kepelbagaian kepakaran kepada Arm ketika syarikat itu bersedia untuk satu penyenaraian awam yang bakal berlaku.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Arm Rene Haas berkata: “Saya ingin mengucapkan selamat datang kepada Karen dan Jeff, kedua-dua pemimpin perniagaan yang luar biasa yang akan membawa pengalaman yang mendalam dan luas kepada Lembaga Arm.”

Arm juga hari ini mengumumkan pelantikan Jason Child sebagai Ketua Pegawai Kewangan (CFO). Child mempunyai lebih daripada 30 tahun pengalaman di dalam kepimpinan di syarikat-syarikat pertumbuhan tinggi dan meningkatkan fungsi kewangan global. Child akan menyertai Arm pada 2 November, 2022 dan menerajui organisasi kewangan dan IT global syarikat itu, dan melapor terus kepada Haas.

Haas menambah, “Jason ialah seorang pemimpin berpengalaman di dalam kewangan dan teknologi global. Pengalaman luas beliau di dalam pengurusan kewangan di syarikat-syarikat awam dan pelaksanaan IPO akan menjadi sangat berharga sebagai persediaan untuk satu penyenaraian awam yang bakal berlaku. Saya tidak sabar-sabar untuk bekerjasama dengan beliau sebagai sebahagian daripada pasukan kepimpinan Arm ketika kami meneruskan usaha mendefinisikan masa depan bagi pengkomputeran, yang dibina di atas Arm.”

Child akan menggantikan CFO sekarang Inder Singh yang akan kekal di Arm dalam peranan sebagai penasihat dan membantu di dalam peralihan sehingga November sebelum beralih kepada satu peluang baharu.

Haas berkata, “Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Inder di atas sumbangan dan kepimpinan beliau selama beberapa tahun kebelakangan ini. Beliau telah membantu syarikat itu mengemudi banyak perubahan sejak menyertainya pada tahun 2019, termasuk membina sebuah organisasi yang kukuh dengan sistem dan proses yang dipertingkatkan di dalam pasukan kewangan, IT dan keselamatan siber. Kami mendoakan yang terbaik untuk beliau dalam melangkah ke hadapan.”

Child sebelum ini berkhidmat sebagai naib presiden kanan dan CFO di Splunk dari tahun 2019. Sebelum ke Splunk, Child memegang beberapa jawatan CFO termasuk di Groupon, di mana beliau telah bantu membawa syarikat itu menjadi syarikat tersenarai awam pada tahun 2011 dan sebagai CFO di Amazon International.

“Sejak penubuhannya, Arm mempunyai sejarah inovasi dan kepimpinan yang luar biasa di dalam industri separa konduktor,” kata Child. “Arm ialah sebuah peneraju kategori bertaraf dunia dan saya sangat teruja untuk menyertainya sebagai CFO pada masa yang menarik ini bagi syarikat itu.”

Maklumat mengenai Karen Dykstra

Cik Dykstra sebelum ini berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Kewangan dan Pentadbiran bagi AOL, sebuah portal web dan penyedia perkhidmatan dalam talian. Sebelum ke AOL, beliau merupakan Rakan di Plainfield Asset Management, dan berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Operasi dan Ketua Pegawai Kewangan bagi Plainfield Direct, syarikat pembangunan perniagaan bagi Plainfield. Beliau sebelum itu telah menghabiskan masa lebih 25 tahun dengan Automatic Data Processing (ADP), sebuah penyedia penyelesaian pengurusan modal insan kepada majikan, dengan terbaharu berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Kewangan. Cik Dykstra pada masa ini merupakan seorang pengarah di lembaga VMware dan Gartner, dan juga pernah berkhidmat di lembaga Boston Properties, Crane dan AOL.

Maklumat mengenai Jeff Sine

Encik Sine ialah Pengasas Bersama dan Rakan di The Raine Group, sebuah bank saudagar global yang memberi tumpuan kepada teknologi, media dan komunikasi. Sebelum mengasaskan Raine, beliau berkhidmat sebagai Naib Pengerusi dan Ketua Global bagi Teknologi, Media & Perbankan Pelaburan Telekom di UBS Investment Bank, menjadi  seorang Pengarah Urusan di Morgan Stanley dan merupakan seorang peguam di Sullivan & Cromwell di New York dan London. Encik Sine kini berkhidmat di dalam lembaga pengarah bagi banyak syarikat dan anak syarikat portfolio Raine. Beliau juga berkhidmat di dalam lembaga National Public Radio (NPR) (Naib Pengerusi), ITHAKA, Educational Testing Service (ETS) (Pengerusi), American University dan The Manhattan Theatre Club.

Maklumat mengenai Jason Child

Kerjaya Jason Child menjangkau 30 tahun merentasi semua aspek kewangan dan strategi global, perakaunan, pasaran modal/perbendaharaan, pelaksanaan IPO dan perhubungan pelabur. Beliau mempunyai pengalaman luas di dalam menskalakan teknologi disruptif di dalam perisian perusahaan/SaaS, e-dagang, perdagangan tempatan, perkakasan pengguna/IOT, dan hartanah kediaman dalam talian. Terbaharu beliau berkhidmat sebagai naib presiden kanan dan CFO di Splunk, sebuah syarikat teknologi yang membuat pengkhususan di dalam pengurusan aplikasi, keselamatan dan pematuhan, serta analisis perniagaan dan web. Sebelum peranan kepimpinan eksekutif beliau, Jason menghabiskan lebih daripada 11 tahun mengetuai pelbagai pasukan kewangan global di Amazon, dan berkhidmat sebagai CFO di Amazon International. Jason telah berkhidmat sebagai ahli lembaga pengarah di Coupang, Inc., sebuah syarikat e-dagang, sejak April tahun 2022. Beliau memegang B.A. dari Foster School of Business di University of Washington, di mana beliau kini berkhidmat dalam Lembaga Penasihat Global.

Maklumat mengenai Arm

ARM technology berada di tengah-tengah sebuah revolusi pengkomputeran. Reka bentuk pemproses cekap tenaga dan platform perisian kami telah membolehkan pengkomputeran lanjutan di dalam lebih 230 bilion cip dan teknologi kami dengan selamat menguasakan produk daripada sensor kepada telefon pintar dan superkomputer. Dengan lebih 1,000 rakan teknologi, kami membolehkan kecerdasan buatan untuk berfungsi di mana-mana, dan di dalam keselamatan siber, kami menyampaikan asas bagi kepercayaan di dalam dunia digital – daripada cip sehingga awan. Masa depan sedang dibina dengan Arm.

Semua maklumat diberikan “seadanya” dan tanpa jaminan atau perwakilan. Dokumen ini boleh dikongsi secara bebas, ditentukan dan tidak diubah suai. Arm ialah sebuah tanda dagangan berdaftar bagi Arm Limited (atau anak syarikatnya). Semua jenama atau nama produk adalah hak milik bagi pemilik masing-masing. © 1995-2022 Kumpulan Arm.
 

Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20220926005775/en/ 


Hubungi

Media
Komunikasi Luaran Arm
Eliza Walsh
Global-PRteam@arm.com

Perhubungan Pelabur
Arm IR
Ian Thornton
ian.thornton@arm.com

Sumber : Arm

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.