ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 20, 2024 -Isnin

 
  PENGURANGAN KARBON CHINT SEDANG DIJALANKAN KETIKA KEMPEN GLOBAL SEMAKIN HAMPIR BERAKHIR

Monday 03/10/2022



Table
Pengurangan karbon CHINT sedang dijalankan ketika kempen global semakin hampir berakhir (Foto: Business Wire)

Masa untuk pengurangan karbon global adalah sekarang, dan kempen global sedang diambil tindakan.

SHANGHAI, 3 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- CHINT Limitless telah berjaya menamatkan musim penjenamaan global mereka, di mana ia mengorak langkah di dalam berkongsi penyelesaian pengurangan karbon dengan lebih daripada 10 buah negara dan wilayah yang berbeza, dan memulakan untuk meneroka laluan baharu bagi perniagaan China untuk berkomunikasi dengan syarikat-syarikat yang menceburi ke luar negara. “CHINT berakar umbi di dalam pasaran tenaga elektrik global, dan sentiasa meneroka potensi yang lebih besar untuk transformasi tenaga. Hasrat kami adalah untuk melibatkan diri di dalam perkongsian konsep dan peluang-peluang inovatif yang berkaitan dengan tenaga elektrik di seluruh dunia, dan bekerjasama dengan pihak lain dalam mewujudkan sebuah dunia yang lebih hijau.” kata Ketua Pegawai Eksekutif bagi CHINT Electrics, Cik Lily Zhang.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20220930005156/en/

Merentasi pelbagai benua dari Timur ke Barat, dengan merangkumi negara-negara di kedua-dua hemisfera utara dan selatan, meliputi satu tempoh hampir 100 hari, melalui gabungan kaedah dalam talian dan secara bersemuka, menggunakan sidang kemuncak jenama, lawatan di kedai dan melalui paparan, membuka kotak secara langsung, inisiatif hijau dan cara dan kaedah lain yang serupa, CHINT dengan penuh bersemangat menyeru penyertaan rakan-rakan global mereka. Menurut angka, hampir 100 kedai eksklusif CHINT merentasi 5 benua, dari Eropah, Asia, Afrika, dan Amerika Latin menjawab panggilan itu, dan seterusnya meminta sokongan rakan-rakan pelanggan daripada bidang seperti penyelesaian solar, pusat data, komponen HVAC dan LV, kesemuanya dengan matlamat untuk mendedahkan penyelesaian bagi pengurangan karbon di dalam industri itu.

Di Sepanyol, CHINT dan persatuan-persatuan elektrik tempatan bersama-sama mengadakan satu seminar berasaskan web atau webinar bagi membincangkan ciri -ciri teknikal dan senario aplikasi bagi industri itu dengan mengambil produk-produk CHINT sebagai satu contoh; Di Indonesia, CHINT dan rakan tempatan mereka bergabung tenaga dan terlibat di dalam perkongsian pengetahuan dan kepakaran dengan lebih 150 juruelektrik.

Setakat ini, pembangunan mapan telah menjadi satu isu global, dan sektor kuasa berada di barisan hadapan dari segi pengurangan karbon. CHINT berdedikasi untuk menjadi sebuah peneraju global sebagai sebuah penyedia penyelesaian tenaga pintar. Ia akan meletakkan kepakaran industri selama 38 tahun untuk bekerja dalam menangani keperluan dunia bagi tenaga hijau, elektrik pintar dan pengurangan karbon pintar, dengan membangunkan idea sepenuhnya kepada kepimpinan industri kumulatif dan keupayaan kejuruteraan dan pelaksanaan projek, secara proaktif bekerjasama dengan rakan-rakan perniagaan di lebih 140 buah negara dan wilayah di seluruh dunia, dengan menyumbang kepada transformasi tenaga global bagi “Penyelesaian CHINT”.

Lihat versi sumber di  businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20220930005156/en/

Hubungi

Cora Geng
gxiaol@chintglobal.com

Sumber : CHINT

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.