ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 20, 2024 -Isnin

 
  MBSB BANK DAN WAQAF FELDA JALINKAN KOLABORASI STRATEGIK UNTUK PENERAPAN NILAI-NILAI KESEDARAN DAN PEMERKASAAN WAKAF

Monday 03/10/2022



Table
 
Jesleigh Johari​ (dua, kiri) dan Razuwan Che Rose (dua, kanan) menunjukkan dokumen kerjasama antara MBSB dan Waqaf Felda membabitkan kemudahan sumbangan wakaf.

 
PETALING JAYA, 3 Okt (Bernama) -- MBSB Bank Berhad (‘MBSB Bank’) menjalinkan kolaborasi strategik dengan WAQAF FELDA bagi memberi kemudahan kepada pelanggan- pelanggannya untuk menyumbang wakaf.

Kerjasama ini dimeterai melalui sesi menandatangani Memorandum Persefahaman di Menara MBSB Bank, PJ Sentral pada 30 September 2022. Ianya dilihat sebagai satu usaha yang tepat memandangkan MBSB Bank merupakan sebuah bank Islam sepenuhnya yang menawarkan produk dan perkhidmatan perbankan Islam.

WAQAF FELDA, sebuah agensi yang bertanggungjawab mengendalikan sumber wakaf Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) akan membantu menguruskan proses wakaf untuk pelanggan-pelanggan MBSB Bank.

Menerusi kempen Pembiayaan Peribadi-i (PFi) X-Change, MBSB Bank akan mewakafkan RM50 menerusi WAQAF FELDA bagi setiap pelanggan kempen ini yang layak dan beragama Islam bermula dari 1 Oktober 2022 sehingga 31 Disember 2022.

Para pelanggan akan turut menerima e-Sijil daripada WAQAF FELDA. Pada masa yang sama, WAQAF FELDA memberi akses portal pentadbiran kepada MBSB Bank untuk memantau sepanjang tempoh kerjasama bagi memastikan transaksi untuk para pelanggan MBSB Bank dilakukan dengan tepat.

Razuwan Che Rose, Ketua Pegawai Eksekutif, WAQAF FELDA pula berkata, “WAQAF FELDA merupakan sebuah syarikat berhad dengan jaminan yang menjalankan aktiviti wakaf secara Korporat. Berbeza dengan aktiviti perwakafan biasa, Wakaf Korporat mengutamakan kelestarian kepada dana wakaf yang dikumpul dan terbitan daripada dana tersebut akan disalurkan kepada pelbagai projek kebajikan berkepentingan umum. Dengan kata lain, WAQAF FELDA menyediakan pelbagai manfaat kebajikan dalam satu bumbung. Inilah yang dikatakan sebagai Kuasa Ekonomi ke-3, ekonomi yang datang daripada masyarakat dan kembali semula kepada masyarakat.”

Jesleigh Johari, Ketua Pegawai Operasi, MBSB Bank berkata, “Kami di MBSB Bank amat mengalu-alukan kolaborasi strategik dengan WAQAF FELDA ini. Ianya memberikan platform kepada para pelanggan MBSB Bank untuk menjadi pewakaf dan turut menyumbang ke arah pembangunan masyarakat dan pemerkasaan ekonomi.”
 
Mengenai WAQAF FELDA
 
WAQAF FELDA merupakan sebuah Syarikat Berhad Menurut Jaminan yang diasaskan oleh FELDA dan ditauliahkan oleh MAIWP sebagai Mutawalli untuk mengumpul dan mengurus sumber dana wakaf, menjalankan aktiviti perniagaan dan pelaburan bagi mengembangkan sumber dana wakaf tersebut dan seterusnya mengagihkan manfaat yang diperolehi. Penubuhan WAQAF FELDA ini selari dengan inisiatif untuk mewujudkan ‘Ummatic Economy’ yang bergerak sebagai Kuasa Ekonomi ke-3 untuk membantu merancak serta memulihkan semula ekonomi negara pasca pandemik. WAQAF FELDA menjalankan aktiviti wakaf menerusi sistem Waqaf Korporat® yang membolehkan perolehan manfaat diagihkan dan dinikmati oleh pelbagai lapisan masyarakat tanpa sempadan agama dan bangsa.
 
Mengenai MBSB Bank
 
MBSB Bank Berhad (MBSB Bank), merupakan sebuah Bank Islam sepenuhnya di Malaysia yang menyediakan kemudahan perbankan patuh syariah kepada pelanggan runcit, PKS dan korporat. Sebagai tambahan kepada senarai komprehensif produk pinjamannya, MBSB Bank, melalui keupayaan digitalnya, memperluaskan saluran pengedarannya melalui perkhidmatan dalam talian seperti perbankan mudah alih dan cawangan maya. MBSB Bank juga menawarkan produk standard industri seperti e-dompet MBSB Bank, yang merupakan e-dompet patuh syariah pertama negara. Pada masa yang sama, MBSB Bank mensasarkan untuk membawa impak positif dan mampan kepada ekonomi, komuniti dan alam sekitar dengan mengguna pakai Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSDG) dalam operasinya serta menyediakan pinjaman hijau kepada pelanggannya. Melangkah ke hadapan, MBSB Bank bersedia untuk mencapai pencapaian utamanya, iaitu menjadi institusi kewangan Islam yang matang sepenuhnya menjelang tahun 2025, yang dinamakan sebagai Journey25 (J25).

SUMBER: MBSB Bank Berhad

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:

Nama: Nik Surina Suria Nik Abdullah
Jabatan Pemasaran & Komunikasi Strategik
MBSB Bank Berhad
Tel: 013 367 6488
E-mel: niksurina@mbsbbank.com

Nama: Ustaz Muhamat Faizal Marjani
Bahagian Keahlian
WAQAF FELDA
Tel: 016 668 2990
E-mel: mfaizal.ma@felda.net.my 

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.