ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

November 16, 2024 -Sabtu

 
  THUNDER CRANES MELANCARKAN OPERASI DI TIMUR TENGAH & AFRIKA

Wednesday 05/10/2022



Thunder Cranes TC90 Pedestal Crane
Kren Kekaki TC90 Thunder Cranes

DUBAI, Emiriah Arab Bersatu, 5 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Thunder Cranes dengan sukacitanya ingin mengumumkan bahawa ia telah melancarkan operasi di Timur Tengah dan Afrika. Syarikat kren luar pesisir itu sebelum ini telah menjalankan operasi dengan mempunyai sebuah pangkalan di Dubai dari tahun 2009 hingga 2019 - kini dibuka semula - dan selain itu baharu sahaja melancarkan sebuah pangkalan baharu bagi operasi di Luanda untuk memberi perkhidmatan di Angola dan Afrika barat.
 
Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20221003005551/en/ 


Dinesh Arumugam, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Thunder Cranes, berkata, “Sebagai sebuah pembekal terkemuka di pasaran bagi kren sewaan luar pesisir, Thunder Cranes adalah komited untuk membantu pelanggan di Timur Tengah dan Afrika dengan penyelesaian mengangkat yang kos efektif dan cekap untuk menyokong projek-projek luar pesisir.”

Arumugam berkata, “Tinjauan pasaran menjelang memasuki tahun 2023 adalah sangat baik di sekitar wilayah ini, dan tambahan pula, kami tahu bahawa setelah diberikan peluang untuk menyokong projek-projek luar pesisir di pasaran baharu, pelanggan akan mendapati Thunder Cranes adalah sangat berharga dari segi perspektif prestasi dan kecekapan.”

Sejak tahun 1995, Thunder Cranes telah membekalkan jenama proprietari mereka bagi kren-kren modular mudah alih yang mematuhi API yang telah dibangunkan di Amerika Syarikat. Pada hari ini, Thunder Cranes beribu pejabat di Malaysia dan menjalankan operasi di seluruh dunia, dengan mempunyai pangkalan di UAE, Thailand, Malaysia, Brunei dan Angola.

Kebanyakan daripada platform lama itu tidak dilengkapi dengan kapasiti atau liputan kren yang mencukupi untuk menyokong projek-projek semasa, justeru wujud keperluan untuk kren sementara yang boleh dipasang apabila diperlukan. Selamat, cekap dan menjimatkan kos, kren modular mudah alih itu telah menjadi satu peralatan penting yang digunakan untuk memudahkan pelbagai projek luar pesisir dalam campur tangan telaga, P&A, pembinaan, penggantian kren dan penyahtauliahan.

Selaras dengan visi mereka untuk menjadi sebuah peneraju global di dalam penyelesaian pengangkatan luar pesisir, Thunder Cranes telah memberi tumpuan kepada kepuasan pelanggan melalui prestasi yang boleh dipercayai dan selamat – satu strategi yang telah secara konsisten membolehkan mereka memperolehi kontrak perkhidmatan jangka panjang dengan syarikat-syarikat minyak dan gas di Malaysia, Thailand, Brunei dan Dubai, serta mendapatkan projek di China, Vietnam, Indonesia dan Angola.

Pada tahun 2022 Thunder Cranes telah dianugerahkan dengan satu lagi kontrak jangka panjang dengan sebuah syarikat minyak utama di Thailand. Dinesh Arumugam berkata, “Thailand telah menjadi sebuah pasaran penting untuk Thunder Cranes, dan sejak kontrak kami yang pertama di sana pada tahun 2007, kami telah bekerja secara tetap dengan Chevron, PTTEP dan Mubadala. Kontrak terbaharu ini adalah satu bukti kepada prestasi konsisten dan rekod keselamatan kami yang cemerlang. Kami juga baru-baru ini memperoleh sebuah projek di Angola untuk menyokong aktiviti penggantian kren dan dalam tempoh 6 bulan akan datang kami akan membida kontrak di beberapa buah negara lagi termasuk di UAE, Brunei, Qatar, Turkmenistan, India, Vietnam dan Indonesia.”

www.thundercranes.com
 
Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20221003005551/en/


Hubungi

Ywan Georges Carraz
Thunder Cranes
ywan@thundercranes.com
+60128385716

Sumber : Thunder Cranes

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.