ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 20, 2024 -Isnin

 
  METRICSTREAM MEMENANGI ANUGERAH 'PENYELESAIAN PENGURUSAN RISIKO OPERASI' TERBAIK TAHUN INI PADA ANUGERAH ASIA RISK 2022

Wednesday 12/10/2022



SINGAPURA, 12 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- MetricStream, peneraju pasaran global di dalam pengurusan risiko bersepadu (IRM) dan tadbir urus, pengurusan risiko dan pematuhan (GRC) mengumumkan bahawa ia telah dianugerahkan dengan anugerah Penyelesaian Pengurusan Risiko Operasi Terbaik tahun ini oleh Anugerah Teknologi AsiaRisk 2022 yang berprestij itu. Anugerah Teknologi AsiaRisk itu dihoskan oleh Risk.net dan ini adalah kali kedua berturut-turut MetricStream telah memenangi anugerah ini di dalam kategori Pengurusan Risiko Operasi.

“Sifat risiko yang berkaitan dan dinamik ditambah pula dengan gangguan digital dan perubahan kawal selia yang berkembang menjadikan perniagaan perlu mengambil pendekatan proaktif dan mengubah risiko menjadi satu kelebihan strategik. Anugerah ini adalah bukti mengenai keupayaan unik kami untuk menyampaikan nilai kepada pelanggan kami dengan membolehkan mereka mengawal ketidaktentuan dan mengukuhkan kesinambungan perniagaan,” kata Michel Feijen, Pengarah Urusan, APAC.

Pengurusan Risiko Operasi MetricStream (ORM) menyediakan satu set keupayaan yang komprehensif untuk menguruskan risiko operasi dan kerugian yang berkaitan untuk mewujudkan disiplin pengurusan risiko di seluruh organisasi. Ia membantu profesional risiko membina kesedaran risiko di seluruh perusahaan, melindungi perniagaan daripada ketidaktentuan, menggalakkan keputusan perniagaan yang menyedari risiko, sambil meningkatkan kecekapan dan keberkesanan operasi.

Dengan mengambil kira keperluan pelanggan, produk itu menumpukan kepada menyelesaikan ketidakkonsistenan dalam proses pengurusan risiko sambil menggalakkan tadbir urus data yang kukuh, memberikan keterlihatan penuh dengan pandangan yang boleh diambil tindakan ke dalam risiko operasi teratas. Analisis lanjutan mereka membantu organisasi mengukur risiko dari segi monetari dan mengurangkan kerugian operasi dengan mengurangkan risiko seluruh perusahaan secara proaktif.

Maklumat mengenai MetricStream, Inc.

MetricStream adalah pemimpin SaaS (Perisian sebagai satu Perkhidmatan) global bagi Pengurusan Risiko Bersepadu dan penyelesaian GRC yang memperkasakan organisasi untuk berkembang maju pada risiko dengan mempercepatkan pertumbuhan melalui keputusan yang menyedari risiko. Kami menghubungkan tadbir urus, pengurusan risiko dan pematuhan merentasi perusahaan lanjutan.  ConnectedGRC dan tiga barisan produk kami – BusinessGRC, CyberGRC dan ESGRC – adalah didasarkan kepada satu platform tunggal yang berskala yang menyokong anda di mana sahaja anda berada dalam perjalanan GRC anda.

MetricStream beribu pejabat di San Jose, California, dengan sebuah pusat operasi dan R&D di Bangalore, India, serta jualan dan operasi sokongan di seluruh dunia. Maklumat lanjut tersedia di www.metricstream.comLinkedInFacebook, dan Twitter.

Sertai kami pada 8 dan 9 November di London untuk Sidang Kemuncak GRC ke-10 kami – Alami Kuasa Sambungan. 

Lihat versi sumber di  businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20221009005013/en/

Hubungi

Preeti Goswami
preeti.goswami@metricstream.com
+91-9654394164

Sumber : MetricStream, Inc.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.