ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 20, 2024 -Isnin

 
  FWD TAKAFUL MELANCARKAN "YOUR PROTECTION CALCULATOR"

Wednesday 12/10/2022



Table

FWD Takaful melancarkan “Your Protection Calculator”, kalkulator kewangan yang menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk anda mengetahui tahap perlindungan takaful berbanding orang lain dengan latar belakang yang serupa​


Rakyat Malaysia kini boleh menentukan tahap perlindungan takaful yang sesuai dengan perisian yang menggunakan kecerdasan buatan (AI)

KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- FWD Takaful Berhad (“FWD Takaful”) baru-baru ini telah melancarkan Your Protection Calculator (“YPC”), perisian menggunakan kecerdasan buatan (AI) yang direka untuk membantu rakyat Malaysia menilai dan menentukan tahap perlindungan takaful yang sesuai.
 
YPC membandingkan keperluan perlindungan takaful pengguna dengan orang lain yang mempunyai latar belakang yang serupa agar mereka boleh mengetahui kedudukan mereka. Perisian ini menyenaraikan keperluan perlindungan pengguna mengikut keutamaan, jurang perlindungan dan anggaran kos. Perisian ini juga akan mencadangkan produk berdasarkan keperluan perlindungan pengguna. Oleh itu, ia akan menjimatkan masa pengguna daripada melakukan kajian.
 
Wan Ahmad Najib Wan Ahmad Lotfi, Ketua Pegawai Strategi dan Pengedaran Digital FWD Takaful, berkata, “Ramai tidak mengetahui tentang faktor-faktor yang menentukan keperluan perlindungan kewangan mereka. Selain itu, kebanyakan pengguna sedar akan kepentingan perlindungan kewangan, tetapi mereka tidak tahu jenis perlindungan yang mereka perlukan. Sebagai sebahagian daripada usaha berterusan kami untuk membina ekosistem digital, YPC menyasar untuk menyediakan maklumat berlandaskan AI. Oleh itu, pengguna dapat membuat keputusan yang lebih tepat mengenai perlindungan yang mereka perlukan.”
 
Tambahan pula, mereka yang menggunakan YPC boleh mendapat diskaun sehingga 30% bagi sumbangan bulan pertama jika mereka menyertai pelan takaful yang disyorkan kepada mereka.
 
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Your Protection Calculator, layari kitatakaful.com/yourprotectioncalculator. Sebagai alternatif, hubungi 1300 13 7988 atau e-mel contact.my@fwd.com untuk maklumat lanjut.

Mengenai FWD Takaful Berhad
 
FWD Takaful Berhad (“FWD Takaful”) adalah pengendali takaful di Malaysia yang menawarkan perkhidmatan takaful keluarga. FWD Takaful dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 dan dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia. FWD Takaful adalah unit perniagaan takaful Kumpulan FWD.
 
Untuk maklumat lanjut, sila layari fwd.com.my.
 
Mengenai Kumpulan FWD
 
Kumpulan FWD (“FWD”) adalah perniagaan insurans hayat Asia dengan kira-kira 10 juta pelanggan merentasi 10 pasaran, termasuk beberapa pasaran insurans yang paling pesat berkembang di dunia. Ditubuhkan pada tahun 2013, FWD menumpukan usaha untuk menjadikan insurans lebih mudah, cepat dan lancar, dengan pembaharuan yang inovatif dan pelan perlindungan yang mudah difahami, disokong oleh teknologi digital. Melalui pendekatan yang mengutamakan pelanggan ini, FWD komited untuk mengubah pandangan orang ramai terhadap insurans dan takaful.
 
Untuk maklumat lanjut, sila layari fwd.com.

Untuk pertanyaan media, sila e-mel ke media.my@fwd.com

SUMBER: FWD Takaful Berhad

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Jacleen Martin
Brand, PR & Communications, Marketing
E-mel: Jacleenjacinta.martin@fwd.com  


Nama: Aslinda Aminuddin
PR & Communications, Marketing
E-mel: aslinda.aminuddin@fwd.com 


--BERNAMA
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.