ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 20, 2024 -Isnin

 
  MARY KAY INC. MEMAJUKAN KEPIMPINAN WANITA DI DALAM PEMULIHARAAN MELALUI PERTUKARAN PEMBELAJARAN MAYA

Thursday 13/10/2022



Table

​Mary Kay Inc. telah berusaha untuk meningkatkan kepimpinan wanita di dalam pemuliharaan marin dan bagi menonjolkan inovasi dan tindakan yang dijalankan oleh pemimpin wanita merentasi Segi Tiga Terumbu Karang untuk melindungi kepelbagaian biologi marin. (Grafik: Mary Kay Inc.)


DALLAS, 13 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Mary Kay Inc., sebuah penyokong global bagi kelestarian korporat dan pemerkasaan wanita, baru-baru ini telah mengambil bahagian di dalam satu pertukaran pembelajaran maya yang dihoskan oleh Coral Triangle Center (CTC), The Nature Conservancy (TNC) dan Sekretariat Serantau Inisiaitif Segi Tiga Terumbu Karang berhubung Terumbu Karang, Perikanan dan Keselamatan Makanan (CTI-CFF).

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20221012005232/en/

Acara itu, “Pemimpin Wanita Melindungi Kepelbagaian Biologi Terancam dan Spesies Terancam Segi Tiga Terumbu Karang,” menyoroti inovasi dan tindakan yang dijalankan oleh pemimpin wanita merentasi Segi Tiga Terumbu Karang dalam melindungi kepelbagaian biologi marin serta menonjolkan inisiatif yang diterajui wanita yang berjaya dalam pengurusan sumber marin dan perlindungan lautan yang mapan. Inisiatif ini memberi tumpuan kepada perlindungan kepelbagaian biologi, tindakan iklim, dan pengurusan kawasan perlindungan marin yang dikaitkan dengan matlamat global untuk melindungi 30% daripada lautan dunia menjelang tahun 2030.

Segi Tiga Terumbu Karang itu adalah tempat kepada sebahagian daripada terumbu karang yang paling pelbagai dan cantik di dunia dan menyediakan sebuah habitat bagi lebih 250 spesies ikan. Walau bagaimanapun, kebanyakan haiwan marin dan ekosistem di Segi Tiga Terumbu Karang diancam oleh aktiviti manusia.

Mary Kay menyertai ahli panel dari CTC, CTI-CFF, TNC serta WWF Malaysia, Conservation International, dan University of the Philippines Diliman untuk berkongsi kisah-kisah yang memberikan inspirasi dalam melindungi penyu laut, dugong, jerung dan perikanan secara lestari.

Banyak daripada projek yang disokong oleh Mary Kay mencapai kejayaan pemuliharaan, kesaksamaan jantina dan pemerkasaan ekonomi di dalam komuniti. Di Segi Tiga Terumbu Karang, Mary Kay terus bekerjasama dengan TNC dan wanita di Papua New Guinea dan Mangoro Market Meri, sebuah kumpulan yang memasarkan produk bakau mapan, seperti kerang dan ketam nipah, sambil melindungi pokok bakau daripada dituai untuk kayu mereka. Komuniti ini menerima latihan di dalam bidang kepimpinan, celik kewangan, dan pengurusan perniagaan untuk menjanakan pendapatan dan peluang pekerjaan yang amat diperlukan, di samping memberi manfaat kepada ekosistem bakau.

Mary Kay telah juga menyokong usaha TNC dengan KAWAKI di Kepulauan Solomon untuk melindungi penyu laut dan menjalankan pendidikan pemuliharaan dan program kesihatan masyarakat di Taman Laut Komuniti Arnavon, yang termasuk menjalankan latihan jantina dengan 30 renjer taman, ahli KAWAKI dan pihak berkepentingan komuniti yang lain untuk memahami dan mencabar norma berasaskan jantina yang boleh menghalang penglibatan wanita di dalam taman itu. Program pendidikan pemuliharaan dan sanitasi mereka telah menjangkau ke 2,000 orang di sekolah-sekolah dan masyarakat tempatan.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai komitmen Mary Kay terhadap kelestarian, sila layari marykayglobal.com/sustainability dan muat turun strategi kelestarian  global Mary Kay: Memperkayakan Kehidupan Hari Ini untuk sebuah Hari Esok yang Mapan.

Maklumat mengenai Mary Kay Inc.

Satu daripada pemecah glass ceiling yang asal atau yang merujuk kepada kesukaran kaum wanita untuk naik pangkat ke peringkat lebih tinggi, Mary Kay Ash telah mengasaskan syarikat kecantikan beliau pada 1963 dengan satu matlamat: memperkayakan kehidupan wanita. Impian itu telah berkembang menjadi sebuah syarikat bernilai berbilion dolar dengan berjuta-juta anggota tenaga jualan persendirian di hampir 40 buah negara. Sebagai sebuah syarikat pembangunan keusahawanan, Mary Kay komited untuk memperkasakan wanita dalam perjalanan mereka melalui pendidikan, bimbingan, sokongan, rangkaian dan inovasi. Mary Kay berdedikasi untuk melabur di dalam sains di sebalik kecantikan dan untuk menghasilkan penjagaan kulit, kosmetik warna, makanan tambahan dan wangi-wangian yang berinovatif. Mary Kay percaya dalam memperkayakan kehidupan hari ini untuk hari esok yang mapan, melalui kerjasama dengan organisasi dari seluruh dunia yang memberi tumpuan kepada menggalakkan kecemerlangan perniagaan, menyokong penyelidikan kanser, memajukan kesaksamaan jantina, melindungi mangsa yang terselamat daripada penderaan rumah tangga, mencantikkan komuniti kita dan menggalakkan anak-anak untuk mengejar impian mereka. Ketahui lebih lanjut di marykayglobal.com, cari kami di FacebookInstagram, dan LinkedIn atau ikuti kami di Twitter.

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20221012005232/en/

Hubungi

Komunikasi Korporat
marykay.com/newsroom
972.687.5332 atau media@mkcorp.com

Sumber : Mary Kay Inc.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.