ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 09, 2024 -Khamis

 
  SSM SUMBANG PERALATAN PERUBATAN KEPADA HOSPITAL SULTANAH MALIHA LANGKAWI MELALUI WAKALAH ZAKAT KORPORATNYA

Tuesday 25/10/2022



Table
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Perkhidmatan Korporat) SSM merangkap Pengerusi JPZCSR SSM, YBrs. Encik Amir Ahmad memberi sumbangan peralatan perubatan kepada Hospital Sultanah Maliha (HSM) Langkawi

LANGKAWI, 25 Okt (Bernama) -- Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada 23 Oktober 2022 menyampaikan sumbangan berbentuk peralatan perubatan kepada Hospital Sultanah Maliha (HSM) Langkawi melalui peruntukan Wakalah Zakat Korporatnya.
 
Sumbangan peralatan tersebut telah disampaikan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Perkhidmatan Korporat) SSM, YBrs. En. Amir Ahmad melibatkan 10 unit katil hospital, lima unit Patient Transport Trolley, tiga unit Accu Autopsy Saw, satu unit Treadmill dan satu unit Cataract Set yang kesemuanya bernilai RM173,260. Sumbangan ini bertujuan membekalkan sokongan peralatan berteknologi dalam mengendali rawatan dan pemulihan pesakit khususnya di Pulau Langkawi.
 
En. Amir turut berkata, dalam melaksanakan fungsi dan tanggungjawabnya, SSM turut menitikberatkan urusan kebajikan dalam membantu golongan yang memerlukan melalui peruntukan Wakalah Zakat Korporat dan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) SSM seiring dengan aspirasi Keluarga Malaysia bagi menerapkan keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran.
 
Program ini turut dihadiri oleh Pengarah Hospital Sultanah Maliha, YBrs. Dr. Akmal Naziah Dato' Hj. Ahmad, Timbalan Pengarah || (Perubatan) Hospital Sultanah Maliha Langkawi, YBrs. Dr. Nor Harizah Binti Afifi dan Timbalan Pengarah Pengurusan Hospital Sultanah Maliha Langkawi, YBrs. Puan Nor Shahida Baharin. 

Dari 1 Januari 2022 hingga 31 Ogos 2022, SSM telah mengagihkan peruntukan wakalah zakat korporat SSM sebanyak RM6,164,731 kepada golongan asnaf fakir miskin dan asnaf fisabilillah di seluruh negara manakala bagi peruntukan CSR pula, SSM telah mengagihkan sebanyak RM554,278 kepada golongan yang memerlukan.
 
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Panggilan SSM di talian 03-77214000 atau emel kepada enquiry@ssm.com.my.
 
DIKELUARKAN OLEH: SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA
TARIKH: 23 OKTOBER 2022  

SUMBER: Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: 
Nama: Puan T.K Letchumy  / Cik Noor Azreen Amira 
Tel: 03-2299 4686 / 03-2299 4597

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.