ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 20, 2024 -Isnin

 
  TERUSAN PINGLU AKAN MENYUMBANG KEPADA PENGUKUHAN KOMUNITI CHINA-ASEAN YANG LEBIH DEKAT BAGI MASA DEPAN YANG SAMA

Wednesday 02/11/2022

AsiaNet 98569

NANNING, China, 2 Nov., 2022 /Xinhua-AsiaNet/--

Dalam tiga suku pertama bagi tahun ini, jumlah perdagangan di antara China dan ASEAN telah mencecah RMB 4.7 trilion, satu peningkatan sebanyak 15.2%, untuk menyumbang 15.1% daripada jumlah perdagangan luar China. Di antaranya, eksport ke ASEAN telah meningkat 22% kepada RMB 2.73 trilion, import dari ASEAN ialah RMB 1.97 trilion, satu peningkatan sebanyak 6.9%. Jelas sekali, China dan ASEAN adalah rakan dagang terbesar di antara satu sama lain.

Dengan berkuat kuasanya Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP), kerjasama perdagangan dan pelaburan di antara China dan ASEAN telah membawa peluang-peluang yang semakin meningkat. Tidak dapat dinafikan bahawa jumlah perdagangan di antara China dan ASEAN akan terus berkembang pesat di masa hadapan. Tambahan pula, China menumpukan usaha yang tidak pernah berlaku sebelum ini untuk bersiap sedia bagi pembangunan ini dengan membina sebuah terusan, Terusan Pinglu, di Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang yang berjiran dengan blok ASEAN, dengan hasrat untuk mempercepatkan pengangkutan barangan di antara China dan ASEAN.

Pembinaan Terusan Pinglu itu, yang dirancang dengan jumlah panjang keseluruhan kira-kira 135 kilometer dan dijangka menelan belanja satu anggaran jumlah pelaburan melebihi RMB 72 bilion, telah pun dimulakan pada Ogos tahun ini. Ia dijadualkan dibuka untuk pelayaran dalam tempoh empat tahun dan dirancang untuk mengendalikan kapal seberat 5,000 tan. Terusan Pinglu itu bermula dari Bandar raya Hengzhou di peringkat daerah di Kota Nanning, dan memasuki Teluk Beibu melalui Sungai Qinjiang di Daerah Lingshan di Bandar raya Qinzhou, demikian menurut Pinglu Canal Group Co., Ltd.

Menurut Wu Peng, seorang pakar di dalam perancangan dan reka bentuk bagi projek Terusan Pinglu, “Terusan Pinglu itu akan menjadi satu pencapaian perintis dalam sejarah pembinaan terusan di China, kerana ia merupakan terusan terbesar seumpamanya. Kapal-kapal pedalaman boleh berlayar terus ke pelabuhan laut. Apabila siap nanti, ia akan menjadi sebuah terusan yang sangat sibuk yang terkenal kerana jumlah muatan yang besar, kapal yang mempunyai berat tan yang besar dan sejumlah besar kapal.”

Pada masa lampau, bagi barangan dari barat daya China untuk pergi ke laut melalui jalan air, pilihan yang ada adalah sama ada melalui Sungai Yangtze atau Sungai Xijiang, tetapi sebuah sungai yang mengalir ke arah selatan sehingga ke laut tidak wujud. Muara Sungai Yangtze terletak di timur China, lebih 2,000 kilometer jauhnya dari perbandaran barat daya Chongqing, manakala muara Sungai Xijiang berada di Guangzhou di tenggara China. Kedua-dua saluran ini untuk mendapatkan akses ke laut adalah sangat memakan masa bagi kedua-duanya.

“Terusan Pinglu itu akan membuka satu saluran baharu untuk aliran utama bagi Sungai Xijiang untuk memasuki ke laut dalam jarak yang paling pendek. Melalui Terusan Pinglu itu, pelayaran sungai pedalaman bagi barangan dari wilayah barat daya ke laut akan dipendekkan oleh lebih daripada 560 kilometer berbanding dengan yang melalui Guangzhou.” Chen Hongqi, Setiausaha bagi Jawatankuasa CPC bagi Jabatan Pengangkutan bagi Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang, berkata bahawa apabila terusan itu siap, wilayah di barat daya dan barat laut China akan disokong oleh laluan yang paling pendek, yang paling menjimatkan dan yang paling mudah untuk ke laut.

Menurut analisis daripada orang dalam industri, Terusan Pinglu itu akan membuka satu laluan masuk ke laut yang baharu di Xijiang Golden Waterway, untuk membentuk sebuah saluran laluan air sungai-laut yang akan berhubung secara berkesan dengan pembangunan di Kawasan Greater Bay Guangdong-Hong Kong-Macau, menggalakkan pendalaman berterusan bagi kerjasama ekonomi dan perdagangan Guangxi dan barat daya China dengan negara-negara ASEAN dan RCEP, dan mengintegrasikan Guangxi dan wilayah barat daya China dengan lebih baik ke dalam pembinaan sebuah komuniti China-ASEAN yang mempunyai masa depan yang sama.

Apabila projek itu siap, terusan baharu itu bukan sahaja memudahkan perdagangan China-ASEAN, tetapi akan juga membawa peluang besar untuk Guangxi, di mana terusan itu terletak. Pada masa ini, lokasi di mana-mana di sepanjang terusan itu telah mula menggunakan lebih banyak faktor pengeluaran dan industri berhampiran pelabuhan di sekitar projek dan di pelabuhan pantai. Selepas terusan itu boleh dilayari, industri sokongan di sepanjang laluan itu akan membentuk satu kelebihan daya saing yang besar.

Sebagai titik permulaan bagi Terusan Pinglu, Nanning, ibu kota bagi wilayah autonomi Guangxi Zhuang, sedang merancang pembinaan Bandar Baru Timur Nanning, dengan mengambil inisiatif untuk menyepadukan ke dalam kawasan ekonomi Terusan Pinglu, dengan memupuk kluster perindustrian berhampiran pelabuhan yang bermanfaat, dan bersungguh-sungguh mewujudkan sebuah pangkalan pembuatan kenderaan tenaga baharu dan alat ganti untuk melayani pasaran ASEAN, dengan visi untuk membangunkan Bandar Baru Timur Nanning menjadi sebuah “taman industri model bagi pembangunan ekonomi ke arah laut”.

“Setelah siap nanti, terusan itu akan membawa peluang besar kepada Guangxi, dan memupuk pembentukan sebuah struktur pembukaan menyeluruh yang dicirikan oleh kesalinghubungan di dalam dan di luar negara, penghubungan di antara darat dan laut, dan saling melengkapi di antara timur dan barat. Projek itu akan mengubah secara mendalam susun atur perindustrian, struktur pembangunan ekonomi dan sosial bagi Guangxi, dan mendorong Guangxi untuk mempercepatkan transformasi mereka menjadi sebuah pelabuhan gerbang antarabangsa dan pelabuhan laut hab antarabangsa,” kata Ouyang Bin, seorang ahli Jawatankuasa CPC bagi Jabatan Pengangkutan bagi Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang.

Sumber: Pinglu Canal Group Co., Ltd.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.