ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 10, 2024 -Jumaat

 
  KEGEMBIRAAN PEKERJA MENJADI SEMAKIN KUAT APABILA FIRMA TEKNOLOGI GLOBAL MERAIKAN HARI IBU BAPA

Tuesday 22/11/2022



Table

Ribuan ibu bapa pekerja dialu-alukan di pejabat FPT Software di seluruh negara (Foto: Business Wire)



HANOI, Vietnam, 22 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Semasa industri teknologi di seluruh dunia dilanda dengan masalah pemberhentian pekerja, FPT Software, perniagaan IT terkemuka di Asia Tenggara, mengalu-alukan ribuan ibu bapa pekerja ke pejabat syarikat bertujuan menunjukkan rasa terima kasih yang tulus ikhlas dan komitmen dalam menyediakan keadaan kerja terbaik untuk kakitangan syarikat.

Sejak tahun 2006, 19 November telah disambut sebagai Hari Ibu Bapa untuk FPT Software bertujuan menunjukkan rasa terima kasih kepada ibu bapa pekerja syarikat. Hari tersebut disambut sehari lebih awal sebelum Hari Guru Vietnam dengan pendapat bahawa ibu bapa mesti diberikan penghormatan terlebih dahulu, apabila merujuk kepada budaya kebangsaan.

Pada tahun ini, dengan bertemakan “Bawa Ibu Bapa Anda ke Tempat Kerja”, acara ini dianjurkan di empat bandar utama bagi menyambut kedatangan ribuan ibu bapa di pintu tempat kerja. FPT Software ialah firma teknologi pertama di Vietnam yang mengambil inisiatif ini, konsep yang sama dikongsi oleh Google atau LinkedIn.

Ibu bapa pekerja dibawa melihat tempat kerja anak mereka. Dari sana, mereka memperoleh pengalaman hari kerja anak mereka sepenuhnya, daripada mesyuarat korporat sehingga di ruang makan tengah hari syarikat. Ini memberikan mereka peluang melihat sendiri keadaan hari kerja anak mereka, yang pasti menambahkan beberapa konteks perbualan harian yang kerap berlaku semasa pertemuan ahli keluarga.

Hari Ibu Bapa ialah antara detik paling menarik sepanjang tahun bukan sahaja untuk pekerja FPT Software tetapi ibu bapa mereka juga. Ribuan pekerja Vietnam yang bekerja di cawangan global, meskipun tidak dapat pulang ke rumah, menjemput ibu bapa mereka menghadiri acara tersebut.

Pada waktu pagi yang dingin dan cerah, sangat ramai ibu dan bapa dengan bangga memenuhi semua ruang kerja FPT Software yang dilitupi dengan hilai tawa, keceriaan dan kegembiraan. Air mata dapat dilihat menitis dan kata-kata telah didengari dengan teliti.

Bercakap pada majlis itu, Cik Chu Thi Thanh Ha, Pengerusi FPT Software menekankan bahawa “Kejayaan FPT Software tidak boleh dijamin tanpa dedikasi setiap pekerja dan sokongan tidak berbelah bahagi daripada ibu bapa mereka,” dan menggalakkan pekerjanya meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga mereka, “untuk ibu bapa, tiada vitamin yang lebih baik berbanding teks atau panggilan telefon daripada anak-anak mereka pada setiap hari.”

FPT Software komited untuk menyediakan persekitaran kerja paling sesuai yang mungkin kepada pekerja. Perniagaan sedang membina sistem kampus mengikut standard syarikat IT terkenal seperti Google atau Facebook. Selain itu, pekerja dan keluarga mereka disokong dengan faedah pinjaman perumahan dan kereta, penjagaan kesihatan dan pendidikan daripada FPT Group.

Bersama usaha tersebut, baru-baru ini FPT Software berjaya menerima anugerah daripada Great Place to Work® kerana menjadi satu daripada "Tempat Kerja Terbaik di Asia”. Syarikat IT itu diiktiraf untuk budaya korporat positif, berdasarkan penjagaan dan sokongan tulen bagi warga kerja syarikat, daripada keselamatan fizikal kepada kesejahteraan psikologi dan emosi.

Apabila diadakan acara Hari Ibu Bapa ini, syarikat menegaskan semula komitmen kepada pekerja dan meyakinkan ibu bapa bahawa anak mereka memperoleh penjagaan terbaik yang mungkin. Malah, pekerja menggunakan acara ini sebagai peluang mengucapkan terima kasih kepada mereka yang sentiasa ada bersama mereka.

Enam belas tahun sejak permulaan majlis istimewa ini, sambutannya menjadi bertambah besar sejajar dengan pertumbuhan perniagaan, sambil menyebarkan mesej kasih sayang FPT Software kepada khalayak yang lebih luas. Ini merupakan komitmen jangka panjang syarikat bertujuan meletakkan pekerja sebagai tonggak utama operasi dan menegaskan semula persekitaran kerja yang unik syarikat IT terkemuka di Asia Tenggara.

FPT Software ialah penyedia teknologi dan perkhidmatan IT global yang beribu pejabat di Vietnam, dengan memperoleh hasil pendapatan lebih daripada USD 632.5 juta dan mempunyai seramai 25,500 pekerja di 28 negara. Sebagai perintis dalam transformasi digital, syarikat ini menyampaikan perkhidmatan bertaraf dunia untuk 1,000+ pelanggan di seluruh dunia. Produk FPT Software telah dibentangkan di seluruh dunia, dalam perniagaan terkenal daripada semua bidang, e-dagang, automotif, penerbangan atau perkhidmatan penjagaan kesihatan dan sebagainya.

Individu untuk dihubungi

Hubungan media
Cik Mai Duong
FPT Software
Pengurus PR
E-mel: MCP.PR@fsoft.com.vn

Cik Dzung Duong
Pengurus Penjenamaan Korporat
E-mel: DungDTH1@fsoft.com.vn

Laman web: https://www.fpt-software.com/newsroom/
 
Sumber: FPT Software

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.