ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 09, 2024 -Khamis

 
  "UNIVERSITI CAMBRIDGE DI TIMUR" BERSINAR: UNIVERSITI ZHEJIANG YANG BERFIKIRAN GLOBAL MEMAINKAN SATU PERANAN YANG SEMAKIN MENINGKAT DI DALAM MENDORONG SDG

Wednesday 30/11/2022

AsiaNet 99026

Table

 ZJU sedang mengusahakan 17 SDG


HANGZHOU, China, 30 Nov., 2022 /Xinhua-AsiaNet/--

Persidangan Agung Keenam Belas bagi Akademi Sains Dunia untuk kemajuan sains di negara-negara membangun (TWAS) telah diadakan di dalam satu format hibrid dari 21 hingga 24 November.

Beratus-ratus ahli sains -- termasuk felo TWAS, Gabungan Muda dan Alumni TWAS, menteri-menteri sains dan teknologi, dan orang kenamaan dari seluruh dunia -- berkumpul dalam satu mesyuarat dalam talian dan luar talian di Hangzhou, ibu kota bagi wilayah pantai timur China Zhejiang.

Dalam Tahun Antarabangsa bagi Sains Asas untuk Pembangunan Lestari yang ditetapkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, mereka telah membincangkan cara bagaimana untuk memanfaatkan sains asas bagi menggalakkan pengambilan keputusan berasaskan bukti dan pembangunan lestari di negara-negara membangun.

Acara di luar talian itu telah diadakan di sebuah universiti yang paling berprestij di China, Universiti Zhejiang (ZJU), di mana saintis British yang terkenal Dr. Joseph Needham telah menyifatkannya sebagai "Universiti Cambridge di Timur".

Sebab mengapa institusi pengajian tinggi China ini berhak menjadi tuan rumah bagi satu persidangan antarabangsa yang berpengaruh itu bukan sahaja kerana sejarah selama 125 tahun dan warisan akademik mereka, tetapi juga kerana komitmen mereka yang telah lama wujud terhadap tanggungjawab sosial dan komitmen global sebagai satu titik permulaan yang penting dan matlamat bagi penanaman bakat, penyelidikan saintifik dan perkhidmatan sosial.

Sebagai sebuah universiti penyelidikan komprehensif yang terkemuka, pencapaian penyelidikan ZJU di dalam banyak bidang sains asas menyumbang kepada merealisasikan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) PBB 2030.

Di dalam bidang perubatan, landskap sel manusia yang pertama di dunia pada tahap sel tunggal telah dilahirkan di ZJU pada tahun 2020, di mana kaedah penyelidikannya akan memberi satu kesan yang mendalam terhadap pengenalpastian keadaan sel normal dan yang berpenyakit dalam tubuh manusia, dan dijangka dapat membantu doktor untuk mengenal pasti keadaan dan asal sel yang tidak normal pada masa hadapan.

Ye Ming'er, profesor madya bagi hortikultur di ZJU, telah dinamakan sebagai “Wira Makanan” oleh Pertubuhan Makanan dan Pertanian di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu kerana usaha beliau yang berterusan di dalam mempromosikan teknologi pokok buah-buahan selama lebih 30 tahun. Pendekatan inovatif beliau telah meningkatkan pertumbuhan dan kadar hasil bagi beberapa buah-buahan, meningkatkan pendapatan petani serta melindungi sumber asli.

“Kami juga telah membina sebuah persekitaran ekologi yang sihat di dusun itu, di mana biri-biri memakan rumput dan tahinya pula digunakan sebagai baja untuk pokok buah-buahan, sekali gus melindungi alam sekitar dan memastikan keselamatan makanan,” kata Ye.

Dalam membantu menangani perubahan iklim, projek demonstrasi julang air tiruan yang pertama di China, yang diketuai oleh ZJU dan disiapkan dengan rakan sebaya domestik yang lain, berupaya untuk meningkatkan kadar hasil fitoplankton dan alga, memulihkan persekitaran ekologi marin, dan meningkatkan penyerap karbon marin. Ia telah disenaraikan sebagai sebuah program penyerap karbon marin oleh Panel Antara Kerajaan PBB mengenai Perubahan Iklim.

Senarai itu berterusan. Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, ZJU telah menyepadukan Agenda PBB 2030 untuk Pembangunan Lestari ke dalam kesemua aspek bagi pembangunan mereka, dengan memberi tumpuan kepada memupuk kecekapan pembangunan lestari pelajar, memperkayakan ekologi akademik, mengukuhkan penyelidikan antara disiplin, dan menggalakkan penyelarasan dan kerjasama global.

Pada Mac 2021, ZJU telah melancarkan ZJU Global untuk Kebaikan Sosial (Z4G) bagi menyepadukan pembangunan universiti itu sendiri ke dalam agenda global, menyumbang bahagian mereka kepada pelaksanaan SDG PBB di China, dan membantu membina sebuah model pembangunan lestari China.

Selepas pengeluaran Z4G itu, ZJU telah mengadakan satu siri aktiviti untuk melaksanakan tindakan mereka. Pada penghujung bulan itu, ZJU, bersama dengan lebih 50 universiti terkemuka di dunia termasuk Universiti Harvard, telah mengeluarkan Kenyataan Bersama bagi Pemimpin Universiti Global mengenai Agenda 2030 untuk Pembangunan Lestari. Ini adalah inisiatif global yang pertama untuk pembangunan lestari yang dimulakan oleh sebuah universiti China.

Pada April tahun ini, ZJU, bersama-sama dengan tiga buah universiti luar negara, telah bersama-sama mengadakan Simposium Keneutralan Karbon Asia Pasifik yang pertama secara dalam talian, dengan menampilkan perbincangan mantap mengenai penangkapan, penggunaan dan penyerapan karbon, tenaga lestari serta bandar raya lestari dan pembinaan. Mesyuarat dalam talian itu memainkan satu peranan di dalam mempromosikan perkongsian pengetahuan merentas institusi di rantau Asia Pasifik dan penyelesaian kepada cabaran-cabaran global yang utama.

Empat bulan kemudian, ZJU berganding bahu dengan rakan-rakan global mereka untuk melancarkan Sekolah Musim Panas Global SDG, yang menarik hampir 1,000 orang pelajar cemerlang dari lebih 80 buah negara dan wilayah di seluruh dunia untuk menyertai secara dalam talian.

Mereka bertukar-tukar pandangan dengan cendekiawan terkemuka di dalam dan luar negara. Perbincangan telah dijalankan berhubung isu-isu seperti tadbir urus bandar pasca COVID-19 dan membina sebuah rantaian bekalan makanan yang selamat dan mapan, menyumbang bahagian mereka kepada sebuah masa depan yang lebih baik untuk dunia.

Stephanie Ann, seorang peserta sekolah musim panas dari Singapura, memuji modul Keneutralan Karbon itu. “Pendekatan holistik itu terhadap perubahan iklim adalah yang menjadikan Sekolah Musim Panas ZJU SDG itu sangat berwawasan. Pensyarah, tugasan dan tugasan kumpulan bukan sahaja membolehkan kami untuk menggunakan pengetahuan yang telah kami pelajari, tetapi juga mendorong kami untuk merenung dan meneroka topik-topik itu secara sendiri.”

Pada Persidangan Agung TWAS ke-16, Deklarasi Hangzhou telah diumumkan sebagai tambahan kepada pengumpulan idea dan penyelesaian tentang SDG dan sains asas. Perisytiharan itu menyeru semua pihak berkepentingan untuk berganding bahu, menegakkan konsep bagi sains terbuka, mengukuhkan kerjasama Selatan-Selatan dan Utara-Selatan, dan bekerja bersama untuk membuka prospek baharu bagi pembangunan sains asas global.

“Pada masa hadapan, kami berharap agar dapat bekerjasama dengan anda untuk menyokong pembangunan inklusif dan hijau, meningkatkan sains asas dan penyelidikan pelbagai disiplin, memupuk bakat inovatif terkemuka di dalam sains asas dan memperdalamkan lagi penglibatan antarabangsa,” kata Ren Shaobo, Pengerusi bagi Majlis Universiti ZJU, pada majlis perasmian bagi Persidangan itu.

“Oleh itu, kami berharap dapat meningkatkan sumbangan tersendiri pendidikan tinggi kepada pembangunan bersama bagi umat manusia dan kemakmuran masyarakat kita yang berkekalan,” kata Ren.

Sumber: Universiti Zhejiang
 
Pautan Lampiran Imej:

Pautan: http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=435136

Kapsyen: Majlis perasmian Persidangan Agung ke-16 TWAS

Pautan: http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=435142

Kapsyen: ZJU sedang mengusahakan 17 SDG

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.