ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Disember 17, 2024 -Selasa

 
  HYATT MENERUSKAN STRATEGI PERTUMBUHAN RINGAN ASET DENGAN RANCANGAN UNTUK MENGAMBIL ALIH DREAM HOTEL GROUP

Thursday 01/12/2022



Table

Dream Downtown (Foto: Business Wire)


Pengambilalihan bertujuan meluaskan tawaran hotel gaya hidup unik Hyatt dengan portfolio jenama berkembang pesat yang menumpukan kepada pengalaman menjamu selera hidangan dan hiburan malam hari yang meriah


CHICAGO, 1 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Hyatt Hotels Corporation (NYSE: H) dan Dream Hotel Group mengumumkan perjanjian untuk ahli gabungan Hyatt mengambil alih jenama dan platform pengurusan hotel gaya hidup Dream Hotel Group termasuk jenama Dream HotelsThe Chatwal Hotels dan Unscripted Hotels, dengan hartanah di beberapa pasaran hotel paling terkemuka dunia di seluruh benua Amerika, Eropah dan Asia.

Pengambilalihan aset ringan ini akan merangkumi portfolio 12 hotel gaya hidup terurus atau francais, dengan 24 lagi perjanjian pengurusan jangka panjang ditandatangani untuk hotel yang dijangkakan dibuka pada masa akan datang. Setelah persetujuan dicapai, pengembangan ini akan menambahkan lebih daripada 1,700 bilik kepada portfolio gaya hidup Hyatt dan meningkatkan bilangan bilik Hyatt di Bandar New York sebanyak lebih daripada 30%. Pengambilalihan ini meneruskan strategi pertumbuhan ringan aset Hyatt berikutan transaksi yang dikendalikan untuk mengambil alih Two Roads Hospitality pada tahun 2018 dan Apple Leisure Group pada tahun 2021 – dan yang terkini, perjanjian kerjasama Hyatt dengan German Lindner Hotels AG, untuk mengembangkan lagi jejak jenama Hyatt di Eropah.

Setelah persetujuan dicapai, Hyatt akan membayar harga pembelian asas sebanyak $125 juta, dengan tambahan sehingga $175 juta dalam tempoh enam tahun akan datang apabila hartanah masuk ke dalam perancangan dan dibuka. Yuran pengurusan stabil yang berkaitan dengan harga pembelian asas sebanyak $125 juta dijangkakan berjumlah kira-kira $12 juta dan, setakat harga pembelian luar jangka sebanyak $175 juta dibayar, yuran pengurusan tambahan stabil dijangkakan sehingga lebih kurang $27 juta. Jumlah harga pembelian asas bersama harga pembelian luar jangka mewakili pengambilalihan menarik digandakan dalam digit tunggal yang tinggi pada unjuran pendapatan stabil.

Hartanah Dream Hotel Group terkenal dengan pengalaman menjamu selera hidangan dan hiburan malam hari yang meriah termasuk restoran popular, tempat hiburan mewah dan kelab malam eksklusif yang dibina atas kerjasama strategik dengan peneraju industri berinovatif dan pemenang anugerah.
Pengambilalihan itu akan mengembangkan jejak jenama Hyatt dalam pasaran utama, termasuk Nashville, Hollywood, South Beach, Durham, beberapa lokasi di Bandar New York dan satu di Catskills. Kontrak yang ditandatangani mewakili destinasi strategik tambahan termasuk Las Vegas, Saint Lucia dan Doha.

“Kami amat menghormati perkara yang telah diwujudkan oleh pengasas Dream Hotel Group, Sant Singh Chatwal dan Ketua Pegawai Eksekutif, Jay Stein, serta pasukan mereka dan berterima kasih atas kepercayaan yang diberikan kepada kami oleh Dream Hotel Group untuk menjaga jenama tersebut dan meneruskan kejayaan yang dikecapi ke masa depan,” kata Mark Hoplamazian, presiden dan ketua pegawai eksekutif, Hyatt. “Kami menanti untuk meneruskan perjalanan pertumbuhan kami bersama lebih daripada 600 ahli keluarga Hyatt baharu yang akan meningkatkan lagi kepakaran bahagian gaya hidup kami dan mengembangkan kejayaan bahagian tersebut yang cukup berdedikasi. Kami teruja untuk menawarkan pengalaman yang lebih banyak memberikan inspirasi dan program keraian kepada tetamu dan ahli program kesetiaan kami dan membawa nilai rangkaian Hyatt kepada semakin ramai pemilik dan pemaju hotel yang pandai menilai di seluruh dunia.”

“Hyatt mempunyai rekod prestasi terbukti dalam memelihara perkara yang menjadikan hotel gaya hidup istimewa dan merupakan rumah baharu paling sesuai untuk jenama Dream Hotel Group kami yang sedang berkembang,” kata Sant Singh Chatwal, pengerusi dan pengasas, Dream Hotel Group. “Sebagai pemilik hartanah Dream Hotel Group, saya menanti untuk melihat bahagian seterusnya dalam perjalanan kami ini dan berasa yakin dengan masa depan yang cerah untuk hotel, pemilik, tetamu dan ahli pasukan kami sebagai sebahagian daripada keluarga Hyatt.”

Transaksi itu dijangkakan akan selesai dalam beberapa bulan yang akan datang, tertakluk kepada kelaziman syarat persetujuan. Berikutan dengan penyempurnaan transaksi ini, Hyatt akan berusaha mengalu-alukan hartanah baharu ke dalam program kesetiaan World of Hyatt, dengan membawa lebih banyak tawaran penginapan dan destinasi ke pangkalan ahli program tersebut. Ahli World of Hyatt adalah antara pengunjung paling bernilai dalam industri yang lebih banyak berbelanja dan menginap lebih lama, menjana hasil berkualiti tinggi kepada pemilik hartanah Dream Hotel Group.

Pengasas Dream Hotel Group, Sant Singh Chatwal akan meneruskan komitmennya sebagai pemilik empat hotel yang sudah dibuka dan dua hotel bakal dibuka pada masa akan datang, juga dijangkakan akan menyertai portfolio Hyatt. Ketua Pegawai Eksekutif Dream Hotel Group, Jay Stein akan menyertai Hyatt sebagai Ketua Dream Hotels bertujuan membimbing integrasi jenama Dream Hotel Group ke dalam portfolio Hyatt, memastikan DNA unik setiap jenama dipelihara sambil memanfaatkan keupayaan Hyatt untuk mengoptimumkan prestasi hartanah. Di samping itu, Ketua Pegawai Pembangunan Dream Hotel Group, David Kuperberg akan menyertai Hyatt sebagai Ketua Pembangunan – Dream Hotels; Ketua Pegawai Operasi, Michael Lindenbaum akan menyertai Hyatt sebagai Ketua Operasi Global – Dream Hotels.

Berhubung dengan transaksi itu, Moelis & Company LLC yang berkhidmat sebagai penasihat kewangan kepada Hyatt dan Latham & Watkins LLP bertindak sebagai penasihat undang-undang.

Istilah “Hyatt” digunakan dalam siaran ini untuk memudahkan rujukan kepada Hyatt Hotels Corporation dan/atau satu atau lebih banyak ahli gabungan syarikat tersebut.

Maklumat Tentang Hyatt Hotels Corporation

Hyatt Hotels Corporation, yang beribu pejabat di Chicago, ialah syarikat hospitaliti global terkemuka yang berpandukan tujuan penubuhan – untuk menjaga ramai individu supaya mereka boleh menjadi yang terbaik. Setakat 30 September 2022, portfolio Syarikat telah mengandungi lebih daripada 1,200 hotel dan hartanah semua termasuk di 72 negara merentasi enam benua. Tawaran Syarikat merangkumi jenama dalam Koleksi Abadi, termasuk Park Hyatt®Grand Hyatt®Hyatt Regency®Hyatt®Hyatt Residence Club®Hyatt Place®Hyatt House® dan UrCove; Koleksi Tanpa Had, termasuk Miraval®Alila®Andaz®Thompson Hotels®Hyatt Centric® dan Caption by Hyatt; Koleksi Bebas, termasuk The Unbound Collection by Hyatt®Destination by Hyatt™ dan JdV by Hyatt™; dan Koleksi Inklusif, termasuk Hyatt Ziva®Hyatt Zilara®Zoëtry® Wellness & Spa ResortsSecrets® Resorts & SpasBreathless Resorts & Spas®Dreams® Resorts & SpasVivid Hotels & Resorts®Alua Hotels & Resorts® dan Sunscape® Resorts & Spas. Anak syarikat yang mengendalikan program kesetiaan World of Hyatt® ialah ALG Vacations®, Unlimited Vacation Club®, Perkhidmatan pengurusan destinasi Amstar DMC dan perkhidmatan teknologi Trisept Solutions®. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.hyatt.com.

Maklumat Tentang Dream Hotel Group

Dream Hotel Group ialah jenama hotel dan syarikat pengurusan yang kaya dengan sejarah pengurusan hartanah iaitu selama 35 tahun di beberapa pasaran hotel yang paling berdaya saing di dunia, termasuk New York, Los Angeles, Miami, Bangkok dan yang terkini, Nashville. Sebagai rumah kepada Dream Hotels, Unscripted Hotels, The Chatwal dan jenama baharu iaitu By Dream Hotel Group, Dream Hotel Group merangkumi tiga bidang perniagaan: Jenama Proprietari, Pengurusan Hotel dan Menjamu Selera Hidangan & Hiburan Malam Hari. Syarikat komited kepada falsafah bahawa reka bentuk, perkhidmatan dan pengalaman tetamu yang berpandangan jauh mesti tersedia di semua segmen pasaran. Dream Hotel Group berdedikasi menawarkan kepada pengunjung dengan hubungan tulen ke destinasi pilihan mereka melalui pendekatan yang benar-benar asli. Untuk maklumat lanjut mengenai Dream Hotel Group dan jenama syarikat tersebut, sila kunjungi www.DreamHotelGroup.com dan ikuti @dreamhotelgroup dalam Twitter dan LinkedIn.

Pernyataan Pandang ke Hadapan

Pernyataan Pandang ke Hadapan dalam siaran akhbar ini, yang bukan fakta sejarah, ialah pernyataan pandang ke hadapan dalam pengertian Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Persendirian 1995. Penyataan ini merangkumi pernyataan tentang cadangan pengambilalihan jenama dan platform pengurusan hotel gaya hidup Dream Hotel Group oleh Syarikat, termasuk jangkaan manfaat kewangan dan operasi yang terhasil daripada pengambilalihan itu, kelebihan kepada tetamu dan pemilik yang diperoleh daripada pengambilalihan itu, bilangan hartanah yang dijangka akan dibuka pada masa akan datang sebagai sebahagian daripada pengambilalihan itu, jangkaan penggabungan hotel yang diambil alih sebagai sebahagian daripada pengambilalihan ke dalam program kesetiaan World of Hyatt, jarak masa yang dijangkakan untuk menyempurnakan pengambilalihan itu, prospek atau acara pada masa akan datang, serta melibatkan risiko yang diketahui dan tidak diketahui yang sukar diramalkan. Sebagai hasilnya, keputusan, prestasi atau pencapaian sebenar kami mungkin berbeza dengan banyak daripada yang dinyatakan atau tersirat oleh pernyataan pandang ke hadapan ini. Dalam sesetengah hal, anda boleh mengenal pasti pernyataan pandang ke hadapan dengan menggunakan perkataan seperti "mungkin boleh," "boleh," "jangka," "berniat," "rancang," "cari," "duga," "percaya," "anggar," "ramal," "berpotensi," "teruskan," "kemungkinan," "akan," "mungkin akan" dan kelainan istilah ini dan ungkapan serupa, atau sifat negatif istilah ini atau ungkapan serupa. Pernyataan pandang ke hadapan tersebut sudah tentu berdasarkan anggaran dan andaian yang, sungguhpun dianggap munasabah oleh kami dan pengurusan kami, ia sememangnya masih belum pasti. Faktor yang boleh menyebabkan pencapaian sebenar berbeza dengan banyak daripada jangkaan semasa termasuk, tetapi tidak terhad kepada: risiko berkaitan dengan pengambilalihan Apple Leisure Group, termasuk kejayaan integrasi perniagaan Apple Leisure Group; tempoh dan keparahan pandemik COVID-19 atau apa-apa kemunculan tambahan dan kadar pemulihan berikutan pandemik atau apa-apa kemunculan tambahan; kesan jangka pendek dan jangka panjang pandemik COVID-19, termasuk ke atas permintaan untuk perjalanan, sementara dan kumpulan perniagaan dan tahap keyakinan pengguna; impak tindakan yang diambil oleh kerajaan, perniagaan, atau individu sebagai respons kepada pandemik COVID-19 atau apa-apa kemunculan tambahan ke atas ekonomi global dan serantau, had atau larangan perjalanan dan aktiviti ekonomi; keupayaan pemilik pihak ketiga, pemegang francais, atau rakan kongsi usaha niaga hospitaliti untuk berjaya mengemudi impak pandemik COVID-19 atau apa-apa kemunculan tambahan; ketidaktentuan ekonomi secara umum dalam pasaran global utama dan keadaan ekonomi global yang semakin teruk atau tahap pertumbuhan ekonomi yang rendah; kadar dan rentak pemulihan ekonomi berikutan kemerosotan ekonomi; kekangan dan gangguan rantaian bekalan global, peningkatan kos buruh dan bahan berkaitan dengan pembinaan dan peningkatan kos disebabkan oleh inflasi atau faktor lain yang mungkin tidak dapat diimbangi sepenuhnya oleh peningkatan hasil dalam perniagaan kami; risiko yang menjejaskan segmen mewah, pusat peranginan dan penginapan semua termasuk; tahap berbelanja dalam segmen perniagaan, masa senggang dan kumpulan, serta keyakinan pengguna; penurunan dalam kadar penginapan dan purata harian; keterlihatan terhad dengan tempahan pada masa akan datang; kehilangan kakitangan utama; keadaan politik dan geopolitik domestik dan antarabangsa, termasuk pergolakan politik atau rusuhan awam atau perubahan dalam dasar perdagangan; permusuhan, atau takut kepada permusuhan, termasuk serangan pengganas pada masa akan datang, yang menjejaskan perjalanan; kemalangan berkaitan perjalanan; bencana alam atau buatan manusia seperti gempa bumi, tsunami, puting beliung, taufan, banjir, kebakaran hutan, tumpahan minyak, kejadian nuklear dan wabak global pandemik atau penyakit berjangkit, atau takut kepada wabak tersebut; keupayaan kami untuk berjaya mencapai tahap keuntungan operasi tertentu di hotel yang mempunyai ujian prestasi atau jaminan yang memihak kepada pemilik pihak ketiga kami; impak pengubahsuaian dan pembangunan semula hotel; risiko berkaitan dengan rancangan peruntukan modal kami, program pembelian semula saham dan pembayaran dividen, termasuk pengurangan, atau penghapusan atau penggantungan, aktiviti pembelian semula atau pembayaran dividen; sifat bermusim dan kitaran perniagaan hartanah dan hospitaliti; perubahan dalam susunan taburan, seperti melalui perantara perjalanan internet; perubahan dalam citarasa dan pilihan pelanggan kami; hubungan dengan rakan sekerja dan kesatuan sekerja, serta perubahan dalam undang-undang buruh; keadaan kewangan dan hubungan kami dengan, pemilik hartanah pihak ketiga, pemegang francais dan rakan kongsi usaha niaga hospitaliti; kemungkinan ketidakupayaan pemilik pihak ketiga, pemegang francais, atau rakan kongsi pembangunan untuk mengakses modal yang diperlukan untuk membiayai operasi semasa atau melaksanakan rancangan untuk pertumbuhan kami; risiko berkaitan dengan potensi pengambilalihan dan pelupusan, serta pengenalan konsep jenama baharu; masa pengambilalihan dan pelupusan, serta keupayaan kami untuk berjaya mengintegrasikan pengambilalihan yang lengkap dengan operasi sedia ada; kegagalan menyempurnakan transaksi yang dicadangkan (termasuk kegagalan memenuhi syarat mencapai persetujuan atau memperoleh kelulusan yang diperlukan); keupayaan kami untuk berjaya melaksanakan strategi kami bagi mengembangkan pengurusan dan perniagaan francais kami sambil pada masa yang sama mengurangkan aset berasaskan hartanah kami dalam jangka masa yang disasarkan dan pada nilai yang dijangkakan; penurunan dalam nilai aset hartanah kami; penamatan perjanjian pengurusan atau francais kami yang tidak dijangkakan; perubahan dalam undang-undang cukai persekutuan, negeri, tempatan, atau asing; kenaikan kadar faedah, upah dan kos operasi lain; turun naik kadar tukaran mata wang asing atau penstrukturan semula mata wang; kekurangan penerimaan jenama atau inovasi baharu; turun naik umum pasaran modal dan keupayaan kami untuk mengakses pasaran sedemikian; perubahan persekitaran berdaya saing dalam industri kami, termasuk akibat daripada pandemik COVID-19, penggabungan industri dan pasaran tempat kami beroperasi; keupayaan kami untuk berjaya meluaskan program kesetiaan World of Hyatt dan program keahlian berbayar Kelab Percutian Tanpa Had; kejadian siber dan kegagalan teknologi maklumat; hasil prosiding undang-undang atau pentadbiran; pelanggaran peraturan atau undang-undang berkaitan dengan perniagaan francais kami; dan risiko lain yang dibincangkan dalam pemfailan Syarikat dengan SEC, termasuk laporan tahunan kami mengenai Borang t10-K, yang pemfailan boleh didapati daripada SEC. Semua pernyataan pandang ke hadapan yang dikaitkan dengan kami atau individu yang bertindak bagi pihak kami dengan jelas layak secara keseluruhannya oleh pernyataan amaran yang ditetapkan di atas. Kami memberi amaran kepada anda supaya tidak meletakkan pergantungan yang tidak wajar pada mana-mana pernyataan pandang ke hadapan, yang dibuat hanya pada tarikh siaran akhbar ini. Kami tidak bertanggungjawab atau memegang apa-apa kewajipan untuk mengemas kini secara terbuka mana-mana pernyataan pandang ke hadapan ini untuk menggambarkan keputusan sebenar, maklumat baharu atau peristiwa pada masa akan datang, perubahan dalam andaian atau perubahan dalam faktor lain yang memberi kesan kepada pernyataan pandang ke hadapan, kecuali setakat yang diperlukan oleh undang-undang berkenaan. Jika kami mengemas kini satu atau lebih banyak pernyataan pandang ke hadapan, tiada kesimpulan perlu dibuat bahawa kami akan melakukan kemas kini tambahan berkenaan dengan pernyataan tersebut atau pernyataan pandang ke hadapan yang lain.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/52984513/en 

Bahagian untuk dihubungi

Hubungan media untuk maklumat lanjut:

Hyatt:
Franziska Weber
franziska.weber@hyatt.com

Hubungan Pelabur:
Noah Hoppe
noah.hoppe@hyatt.com

Dream Hotel Group:
Katie Fontana
kfontana@dreamhotelgroup.com
 
Sumber: Hyatt Hotels Corporation

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.