ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 20, 2024 -Isnin

 
  ILLUMINATION DAN NINTENDO MENGUMUMKAN TRELER KEDUA DAN PELAKON SUARA JEPUN UNTUK FILEM THE SUPER MARIO BROS.

Thursday 01/12/2022



SANTA MONICA, Calif. & KYOTO, Jepun, 1 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Illumination (Ibu Pejabat: Santa Monica, CA, Amerika Syarikat; Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif: Chris Meledandri) dan Nintendo Co., Ltd. (Ibu Pejabat: Kyoto, Minami-ku, Jepun; Wakil Pengarah dan Presiden: Shuntaro Furukawa, “Nintendo” kemudian dari ini) mengumumkan hari ini bahawa treler kedua untuk Filem The Super Mario Bros., iaitu filem animasi baharu berdasarkan dunia Super Mario Bros. semasa penstriman Nintendo Direct pada hari ini.

Di samping itu, kedua-dua syarikat tersebut mengumumkan pelakon suara Jepun untuk watak Mario, Puteri Peach, Luigi, Bowser dan Toad.

Pelakon suara Jepun

Table


• Perihal Filem The Super Mario Bros., filem animasi The Super Mario Bros.
Filem animasi The Super Mario Bros., yang diterbitkan oleh Chris Meledandri dari Illumination dan Shigeru Miyamoto dari Nintendo, akan dibiayai bersama oleh Universal Pictures dan Nintendo. Filem ini akan dikeluarkan di seluruh dunia oleh Universal Pictures.

Pengarah filem ini iaitu Aaron Horvath dan Michael Jelenic (rakan usaha sama dalam Teen Titans Go!Teen Titans Go! To the Movies) telah menghasilkan karya daripada lakon layar oleh Matthew Fogel (karya Illumination, Minions: The Rise of Gru). Filem ini dibintangi oleh Chris Pratt sebagai Mario, Anya Taylor-Joy sebagai Puteri Peach, Charlie Day sebagai Luigi, Jack Black sebagai Bowser, Keegan-Michael Key sebagai Toad, Seth Rogen sebagai Donkey Kong, Fred Armisen sebagai Cranky Kong, Kevin Michael Richardson sebagai Kamek dan Sebastian Maniscalco sebagai Spike.

• Perihal Illumination
Illumination, yang diasaskan oleh Chris Meledandri pada tahun 2007, ialah salah satu penerbit terkemuka filem animasi peristiwa dalam industri hiburan, termasuk Despicable Me—francais animasi yang paling berjaya dalam sejarah sinematik—dan juga filem Dr. Seuss’ The LoraxDr. Seuss’ The GrinchThe Secret Life of Pets serta Sing . Filem The Super Mario Bros.  daripada Illumination yang akan dikeluarkan tidak lama lagi akan menyertai pustaka studio yang merangkumi dua daripada 10 filem animasi paling popular sepanjang masa. Francais ikonik Illumination yang digemari—terdiri daripada watak yang berbeza dan tidak dapat dilupakan, mempunyai daya tarikan dunia dan berkaitan dengan budaya—telah mengaut keuntungan lebih daripada $8 bilion di seluruh dunia. Illumination telah menjalin hubungan perkongsian pembiayaan dan pengedaran eksklusif dengan Universal Pictures. Filem Illumination yang akan datang pada tahun 2023 merangkumi Filem The Super Mario Bros. dan Migration.

• Perihal Nintendo
Nintendo Co., Ltd., yang mempunyai ibu pejabat di Kyoto, Jepun, telah menghasilkan francais yang terkenal di seluruh dunia, termasuk Mario™, Donkey Kong™, The Legend of Zelda™, Metroid™, Pokémon™, Animal Crossing™, Pikmin™ dan Splatoon™, melalui penyepaduan dalam produk perkakasan dan perisiannya. Nintendo bermatlamat untuk menyampaikan pengalaman hiburan yang unik dan intuitif kepada semua orang, membuat dan memasarkan peranti permainan video seperti keluarga sistem Nintendo Switch™, membangun dan mengendalikan aplikasi untuk peranti pintar, serta bekerjasama dengan rakan kongsi dalam pelbagai inisiatif hiburan yang lain seperti kandungan visual dan taman tema. Nintendo telah menjual lebih daripada 5.4 bilion permainan video dan lebih 800 juta unit perkakasan di seluruh dunia. Misi berterusan Nintendo sejak pelancaran Nintendo Entertainment System™ lebih 30 tahun yang lalu, hingga hari ini dan ke masa hadapan, adalah untuk mencipta hiburan unik yang membawa senyuman pada wajah semua orang di seluruh dunia.
 
Maklumat Hubungan

Sarah Rothman
Sarah.Rothman@ledecompany.com
 
Sumber: Illumination

--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.