ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 20, 2024 -Isnin

 
  ARM MENGUMUMKAN PELANTIKAN PAUL E. JACOBS DAN ROSEMARY SCHOOLER KE LEMBAGA PENGARAHNYA

Friday 02/12/2022



CAMBRIDGE, England, 2 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Arm hari ini telah mengumumkan pelantikan ahli Lembaga Pengarah baharu Dr. Paul E. Jacobs, pengerusi dan CEO XCOM Labs dan mantan CEO dan pengarah eksekutif Qualcomm Inc., dan Rosemary Schooler, mantan naib presiden dan pengurus besar korporat Pusat Data dan Jualan AI untuk Intel. Kedua-duanya membawa pengalaman syarikat awam signifikan yang merangkumi pembangunan teknologi, strategi perniagaan dan urus tadbir korporat ke dalam Arm ketika ia terus membuat persediaan untuk penyenaraian awam.

“Wawasan unik dan pengalaman meluas yang dibawa oleh Paul dan Rosemary akan membantu kami berkembang dan mempelbagaikan ahli Lembaga kami di samping memberikan nilai yang besar kepada Arm pada saat yang penting ini dalam perjalanan kami,” kata Rene Haas, CEO Arm.

Haas menambah, “Paul mempunyai rekod prestasi yang hebat dalam membangunkan teknologi terkini dan menerajui Qualcomm melalui fasa pertumbuhan yang luar biasa, dan Rosemary telah menunjukkan keupayaan kepimpinan yang cemerlang, menetapkan dan melaksanakan keutamaan, memacu inovasi dan memupuk hubungan pelanggan merentasi pelbagai perniagaan Intel sepanjang kerjaya beliau yang panjang di situ. Saya tidak sabar untuk bekerja bersama Paul dan Rosemary dalam usaha untuk memantapkan kedudukan kami dalam menerajui ekosistem semikonduktor dan membuat persediaan untuk pasaran awam.”

“Saya telah bekerja dengan Arm sejak telefon pintar dan internet wayarles mula memasuki pasaran,” tambah Paul E. Jacobs. “Apabila pengkomputeran menjadi lebih meluas, banyak peluang baharu tercipta atas kedudukan Arm yang menerajui pasaran. Saya teruja untuk menyertai Lembaga Arm dan bekerja dengan pasukan bertaraf dunia di sini untuk membantu memacu revolusi teknologi yang seterusnya.”

“Arm telah siap sedia untuk menjadi peneraju dalam industri semikonduktor dan pengkomputeran,” kata Rosemary Schooler. “Bekerja dengan pelanggan untuk menyelesaikan cabaran teknologi yang paling kompleks telah menjadi fokus kerjaya saya. Saya amat gembira untuk menyertai Arm dan tidak sabar untuk membantu syarikat memperluaskan jejaknya dalam pengkomputeran ke seluruh dunia.”

Tentang Paul E. Jacobs

Paul E Jacobs, Ph.D ialah pengerusi dan CEO XCOM Labs, yang ditubuhkannya pada tahun 2018 untuk membangunkan teknologi wayarles dan aplikasi berprestasi tinggi. Sebelum XCOM, Dr. Jacobs berkhidmat sebagai CEO dan pengerusi eksekutif Qualcomm Inc, di mana beliau mengetuai usaha syarikat untuk membangun dan mengkomersialkan teknologi mudah alih asas terkini yang memacu revolusi internet wayarles dan telefon pintar. Dalam tempoh perkhidmatan beliau sebagai CEO, hasil Qualcomm telah meningkat empat kali ganda dan permodalan pasarannya meningkat dua kali ganda. Dr. Jacobs ialah seorang pencipta prolifik dengan lebih 80 paten A.S. telah atau akan diberikan dalam bidang teknologi dan peranti wayarles.

Pada masa ini Dr. Jacobs berkhidmat sebagai pengarah Dropbox, Inc dan FIRST. Beliau mendapat B.S. dalam Kejuruteraan Elektrikal dan Sains Komputer, M.S. dalam Kejuruteraan Elektrikal, dan Ph.D dalam Kejuruteraan Elektrikal dan Sains Komputer daripada UC Berkeley. Beliau menubuhkan Institut Jacob Berkeley untuk Inovasi Reka Bentuk. Dr. Jacobs juga merupakan ahli Akademi Kejuruteraan Negara dan Felo Akademi Seni dan Sains Amerika.

Tentang Rosemary Schooler

Rosemary Schooler adalah seorang pemimpin yang sudah terbukti kebolehannya dengan pengalaman lebih 30 tahun dalam industri teknologi global. Perkhidmatan terkini beliau adalah sebagai naib presiden korporat dan pengurus besar Pusat Data dan Jualan AI untuk Intel Corporation. Sepanjang kerjayanya selama 33 tahun di Intel, Puan Schooler mengurus dan mengawasi strategi jualan dan korporat untuk perniagaan IoT syarikat. Beliau juga memegang jawatan naib presiden dan pengurus besar di beberapa inisiatif pemula Intel dalam perniagaan terbenam/IoT, rangkaian dan storan, termasuk PnL, seni bina, pembangunan produk dan usaha kejayaan pelanggan. Dalam peranan beliau dalam rangkaian, Puan Schooler menerajui inisiatif transformai industri termasuk Pemvisualan Fungsi Rangkaian (NFV) dan teknologi seperti Kit Pembangunan Satah Data (DPDK).

Puan Schooler telah menyokong usaha industri termasuk ATIS dan TIA serta organisasi bukan untung termasuk Pusat Negara untuk Wanita dalam Teknologi (NCWIT). Beliau berkhidmat sebagai pengarah bebas sebelum ini untuk Cloudera dan pada masa ini berkhidmat dalam lembaga untuk Zurn Water Solutions. Puan Schooler mendapat BS dalam sains seramik dan kejuruteraan daripada Penn State University.

Tentang Arm

Teknologi Arm mentakrifkan masa hadapan pengkomputeran. Reka bentuk pemproses kami yang menjimatkan tenaga dan platform perisian telah mendayakan pengkomputeran canggih dalam lebih 240 bilion cip dan teknologi kami menguasakan produk kami dengan selamat daripada sensor hingga telefon pintar dan superkomputer. Bersama dengan 1,000+ rakan kongsi teknologi, kami mendayakan kecerdasan buatan untuk bekerja di mana sahaja, dan dalam keselamatan siber, kami membentuk asas untuk kepercayaan dalam dunia digital; daripada cip hingga awan. Masa hadapan dibina atas Arm.

Semua maklumat yang diberikan “seadanya” dan tanpa waranti atau pewakilan. Dokumen ini boleh dikongsi secara bebas, diatribusi dan tanpa pengubahsuaian. Arm ialah tanda dagangan berdaftar Arm Limited (atau syarikat subsidiarinya). Semua jenama atau nama produk ialah harta pemegangnya masing-masing. © 1995-2022 Arm Group.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
Maklumat Hubungan
Media
Komunikasi Luar Arm
Kristen Ray
kristen.ray@arm.com

Perhubungan Pelabur
Arm IR
Ian Thornton
ian.thornton@arm.com
 
Sumber: Arm

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.