Menyokong Pewujudan Medan Permainan yang Sama Rata untuk Semua OrangVIENNA, 6 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Huawei menyeru pemain industri ICT untuk mewujudkan medan permainan yang sama rata bagi semua orang, bukan hanya pekerja mereka sendiri dalam Kertas Putih pertamanya mengenai Pendekatan Keadilan, Kesaksamaan & Peluang di acara Wanita dalam Teknologi yang diadakan di Forum Peter Drucker.
Kertas Putih ini merupakan sebahagian daripada kempen berterusan Huawei yang bertujuan untuk meningkatkan pendidikan kemahiran digital dan akses untuk wanita di seluruh dunia. Seperti banyak syarikat yang lain dalam industri ICT, Huawei telah menyokong keadilan, peluang dan kesaksamaan dalam operasi mereka sendiri. Terutamanya, syarikat ini telah mengambil langkah yang boleh diukur untuk meningkatkan kepelbagaian dalam tenaga kerja mereka dan meningkatkan perwakilan dalaman kumpulan terpinggir.
Sememangnya umum mengetahui bahawa hasil yang ketara dan nyata daripada program sedemikian selalunya direalisasikan dengan perlahan. Oleh itu, Huawei telah menumpukan banyak usahanya melangkaui batas kumpulan bakatnya sendiri dan mencipta program khusus yang bertujuan untuk memanfaatkan bidang teknologi secara keseluruhan.
Dengan menggunakan ICT untuk menghubungkan orang yang tidak terhubung, Huawei berharap dapat memberi semua orang laluan mereka sendiri dan peluang yang adil untuk mengejar impian mereka. Kertas Putih tersebut merangkumi beberapa temu bual dengan pekerja Huawei di seluruh dunia tentang perkara yang dilakukan oleh mereka untuk mencapai matlamat ini.
Acara "Karnival Wanita dalam Teknologi" telah menghimpunkan pemimpin wanita yang terkemuka dari seluruh dunia serta bakat muda yang akan datang untuk memberikan inspirasi kepada lebih ramai bakat wanita muda supaya berkembang maju dan mengambil peranan kepimpinan dalam pelbagai industri.
Pemenang Hadiah Nobel, Ada Yonath telah memulakan acara itu dengan berkata, "Sains adalah tidak bersandarkan jantina dan begitu juga dengan banyak bidang yang lain".
Huawei telah melancarkan inisiatif Wanita dalam Teknologi secara rasminya pada tahun 2020. Dengan mengikuti falsafah "Teknologi untuk Wanita, Teknologi oleh Wanita, Teknologi dengan Wanita", Huawei telah berusaha untuk membangunkan dan menggunakan teknologi yang akan memberikan manfaat khusus kepada wanita, membina persekitaran yang lebih mesra wanita dalam industri teknologi serta menggalakkan lebih ramai wanita mengambil peranan kepimpinan.
Selepas hampir tiga tahun, inisiatif Wanita dalam Teknologi kini dilancarkan di banyak negara di seluruh dunia. Pada bulan Julai 2022, program pusingan ketiga Sekolah Kepimpinan Wanita Dalam Zaman Digital milik Akademi Kepimpinan Eropah telah diadakan di Prague, Czech. Program ini telah menghimpunkan pemimpin wanita masa depan dalam kelas pakar, projek pasukan, sesi pembelajaran aktif, aktiviti kumpulan, makan malam bertema dan pengalaman budaya selama seminggu. Huawei Ghana juga sedang menjalankan kursus untuk 50,000 pelajar dan peniaga wanita tentang keselamatan siber serta kemahiran digital yang lain.
Huawei juga telah mengeluarkan dua video yang menyerlahkan model peranan pemimpin wanita.